Monday, October 11, 2010

SAWADIKaaaaa ( p )




In the land of sawadika ( for ladies ) or sawadikap ( for guys ) , the taxis smell of pandanus leaves and jasmine. The sweet smell make us feel relaxed and the people are friendly and welcoming - with their melodious sawadikap !

The public toilets smell of refreshing kaffir lime fruits, and there's water so there's no need for us to beristinja' . Their toilets are very clean -- they put Malaysian public toilets to shame , with the stinking smell and water all over the floor, not to mention the tissue papers scattered everywhere ( incl the children's pampers and sometimes ladies sanitary towels )....wah mengutuk habis-habisan tu!
Eh, perlu ke ada seorang menteri untuk menjaga kebersihan supaya pelancong tak serik datang ke Malaysia?

My daughter Beautiful Life had her MICEB exhibition duty in Bangkok, after that she intended to visit the death railway in Kanchanaburi ( Southern Thai ). So me and my sister took the opprtunity and joined her towards the end of the week. We went to the historical River Kwai which was about 2 hours drive from Bangkok. After that we went to Ayuthia to visit the ancient relics, the reclining Budha, the dancing elephants and later to floating market along the Menam Chao Praya.


The Death Railway over The River Kwai in Kanchanaburi.

River Kwai now, becomes a tourist attraction




The remnants of once glorious Ayuthia, the ancient capital of Siam





The hustle and bustle of floating market



And of course after the strenous journey to Kanchanaburi, Ayuthia , floating market and theatre, we spent other days sightseeing cum shopping around Bangkok.




Guess what we found!.......a beautiful swarovsky evening bag!



There are a lot of Muslim restaurants in Nana , Soi 3/1, in fact the whole road look like some middle eastern town!


Shopping at Chatuchak


Gembira bukan main bila jumpa apa yang dicari!



More shopping at Chatuchak


....and more shopping?


And last but not least......... the loot!


Dok tahulah gi dok beli barang kok se lagu tu, nok bui kayo oghe Bakok jah!

ps.
Guano kito ( The Alams ).......Bakok pulok pah ni?

Sunday, October 3, 2010

Long Lost Relative


Pada bulan puasa yang lepas, adik saya telah menemani jiranya seorang ajk Wanita Umno pergi menghantar bantuan raya pada orang miskin dan orang-orang tua di kampung kami. Bila tiba di sebuah rumah yang tersorok, penghuni rumah tu mengenali adik saya. Adik pun terkejut ga, siapakah orang tua yang berumur lebih 80 tahun ? rupa-rupanya dia adalah sepupu arwah mak.

Bila saya balik raya baru-baru ni ,kami pun pergi semula ke rumah Cu ( beliau mebahasakan dirinya) bertemu dan bertanya kabar tentang hubungan dia dengan arwah mak. Bila diselidik, rupa-rupanya betul dia sepupu mak yang kami tak pernah jumpa. Menurut katanya dia kerap datang ke rumah semasa kami kecil-kecil dulu.

Kami pun begitu gembira, sebab selama ni ingatkan mak sebatang karah tiada saudara mara, yang ramai adalah keluarga dari belah arwah ayah.


Kami berbincang di bawah bangsal sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Adik, saya, Cu, cucunya dan Faridah (salah seorang dari 12 orang anak Cu ) , kami sedang bertanya-yanya kabar fasal ahli keluarga mak dan bagaimana Cu berkait dengan mak.




Cu yang berumur 84 tahun, masih kuat, masih kuat ingatan, dan gigih bekerja sendiri. oleh kerana anak-anaknya ramai yang jadi nelayan, beliau pandai buat belacan, budu, ikan kering, buat keropok dan buat otak-otak, semuanya secara manual. Keropok dan otak-otak dijual sendiri ke kampung yang berdekatan dengan berjalan kaki ( dah ada pelanggan tetap sejak berpuluh-puluh tahun!). Balik kampung sekali lagi nak order keropok dan otak-otak yang Cu buat!





Semua gembira dengan jejak kasih, dan saya bercadang untuk meluang banyak masa dan mengenali semua ahli keluarga Cu serta mendengar cerita-cerita dari keluarga sebelah mak yang telah meninggal 6 tahun dulu semasa berumur 86 tahun!

Saturday, October 2, 2010

Taman Yang Hilang!.......2



Sambung cerita taman yang dah hilang tu, berselang seli dengan pokok kemunting terdapat pula pokok senduduk. Juga jenis pokok renek yang berbunga dan berbuah hampir sepanjang tahun. Bunga bewarna light purple dan buah pula bila masak bewarna ungu pekat kehitam-hitaman, kalau makan buahnya bibir, lidah dan jari akan jadi ungu kehitaman!

Pokok senduduk juga hampir pupus bersama dengan pokok kemunting, jadi untuk menyelamatkannya, mak telah menyemai sepokok senduduk untuk saya. Saya tanam pokok itu di KL dan lihatlah hasilnya!







Tadaaaa! pokok senduduk yang rendang dipenuhi bunga dan buah. Setiap lepas subuh burung-burung akan






Berbanding dengan pokok kemunting, pokok senduduk lebih banyak didapati dan mudah ditanam. Rata-rata di kampung masih ada pokok senduduk liar tumbuh dimerata tempat. kalau sayangkan senduduk, selamatkanlah dia!





Pokok bird's nest atau pokok langsuir merupakan pokok tumpang yang tumbuh di hutan dan banyak juga terdapat pada pokok kelapa sawit. Beberapa tahun dulu orang asli di Rompin, Muazam Shah dan lain-lain perkampungan yang menghala ke Kuantan menjual banyak pokok-pokok hutan. Bermacam-macam pokok tumpang yang dijual, termasuk tanduk rusa, periuk kera dan lain-lain. Bird's nest mudah hidup di mana saja dan banyak anak berbanding dengan yang lain-lain yang lebih suka dengan natural habitat dia!








Friday, October 1, 2010

Taman Yang Hilang!








Berpuluh-puluh tahun dulu ,di belakang rumah kami di kampung terdapat kawasan hutan kecil yang dipenuhi pokok kemunting! Hutan ni pulak adalah macam taman bunga sikit, sebab pokok kemunting ni pokok yang renek dan rendang, bunga warna pink dan berbunga serta berbuah hampir sepanjang tahun. Bila jenguk dari tingkap rumah nampak pink sejauh mata memandang.
Tapi cerita pun tak guna lagi sebab taman tu kini dah bertukar jadi taman perumahan. Nasib baik arwah mak dah tanam sepokok kemunting di laman rumah , jadi dapatlah kami menikmati kecantikannya hingga ke hari ini. malangnya pokok ni tetap satu juga, tak pulak beranak pinak, walau pun dah lebih 10 tahun ditanam ( tak tahu macam mana mak tanam pokok tu dulu ).





Bunga pink, buah pula bila masak warna merah kehitam-hitaman, banyak biji dan rasanya manis.







Wednesday, September 29, 2010

Do Not Beat The Dongson Drum

Kalau seorang sahabat datang menceritakan sesuatu kepada kita, kemudian meminta kita merahsiakan cerita tu ( sebab dia sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hatinya dan untuk meringankan beban emosinya ), adakah kita selepas itu secepat kilat mengangkat cable dan menyiarkan berita hangat macam yang CNN buat setiap pagi , petang ,siang , malam tu?

Semoga Allah beri ganjaran yang baik bagi yang memikul amanah. Jangan meluahkan rasa pada orang yang tak amanah, takut nanti secret yang sangat secret tu rupe-rupenye dah jadi open secret!

Kalau rahsia tu boleh memudaratkan orang lain, jangan tangguh lagi, repot aje pada polis! jangan lupa dah repot tu fotostat surat repot atau ambil nombor repot tu. Macam yang berlaku pada jiran saya, suaminya dah langgar lori yang tengah relaks tepi jalan. Habis rebeh sebelah kereta dia, lalu dia pergi repot polis untuk claim insuran. Tak taulah macam mana ceritanya, dia kena buat repot sekali lagi pada minggu yang berikutnya sebab pegawai yang bertugas pada minggu berikutnya tak tau nak cari mana repot yang dah dibuat pada minggu yang lepas tuh!

Huh! dah berbelit-belit pulak cerita repot kat balai polis ni!

Monday, September 27, 2010

Tak Makan Saman

Hujung minggu lepas kami ke Kuantan menghadiri kenduri kahwin. Tak sangka pulak bertemu dengan ramai ahli keluarga tuan kenduri. Walaupun dah lebih 30 tahun tak bertemu dengan mereka tapi kami masih mengenali antara satu sama lain.

Ramai di antara mereka rata-rata 10 - 15 tahun lebih muda dari saya ( mereka adalah adik-adik , sepupu dan ibu saudara tuan kenduri ). Apabila bertanya kabar, masing-masing menceritakan keadaan mereka, ada yang mengidap diabetik, ada yang telah mendapat kanser payu dara. Yang mendapat kanser payudara memberitahu bahawa dia telah kehilangan payudara, tapi telah disahkan oleh doktor bahawa dia sudah berada di zon selamat sejak 10 tahun dulu. Sekarang ini dia menjalani kehidupan yang normal. Alhamdulillah!!

Bagi yang mengidap diabetik pula, kedua-duanya memberitahu saya mereka telah menggunakan insulin ( ubat cucuk ) sejak dua tahun yang lepas. Saya tanya mereka, adakah mereka masih minum air manis dan makan manis banyak sangat. Jawapan mereka nak buat macam mana, tak boleh nok gi kalau tak minum air manis atau makanan manis. Mereka pun tunjuk pada saya segala parut-parut kudis di kaki dan di tangan mereka yang telah menjadi hitam.

Saya yakin doktor dah berbuih mulut nasihatkan mereka, tapi seperti biasa ramai yang buat tak makan saman. Kedua-duanya masih muda, umur baru dalam pertengahan 40an dan seorang lagi baru mencecah 50 tahun. Semoga tv mengiklankan lebih banyak lagi akibat buruk yang menimpa seseorang jika gula dalam darah mereka tinggi melambung. Mungkin mereka rasa takut sikit, dan kurangkan gula dalam makanan mereka!

Iklan tv yang berterusan lama kelamaan dapat mendidik rakyat yang mungkin kurang faham dengan penyakit-penyakit besar seperti diabetik, darah tinggi, kolesterol tinggi, denggi dan virus H1N1 atau HIV yang boleh membawa maut . Termasuk juga menjaga kebersihan di tempat awam dan di tandas awam ( kasihanilah pengguna-pengguna yang lain ! )

Wednesday, September 22, 2010

Musibah Besar Melanda

Air Sungai Indus di Pakistan telah merempuh tebing dan menenggelamkan kawasan sekitarnya , melibatkan sekurang-kurangnya 18 juta penduduk menderita dan sengsara kehilangan rumah dan harta benda. Paling menderita ialah kanak-kanak kecil , mengikut United Nations Children's Fund ( Unicef ) yang menganggarkan 105,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mungkin akan mati akibat kekurangan makanan dan kebuluran dalam anggaran sehingga 6 bulan .( Lihat Unicef untuk gambar-gambar dan maklumat lanjut ).

Nst pada hari ini , Khamis 23 Sept bertajuk -- A place where kids face a slow death, membuatkan hati saya sungguh geram kerana ada kematian yang berlaku disebabkan kongkongan adat dan agama ( ? ).Suhani Bunglani adalah seorang ibu di antara berjuta-juta ibu yang mungkin menghadapi masalah yang sama, iaitu rela melihat anaknya mati dari menghantar anaknya ke hospital semata-mata kerana tidak mendapat kebenaran dari suaminya ( yang tidak berada di tempat itu pada waktu itu ).

Sepatutnya dan sebenarnya walau dalam keadaan apa pun mesti ada peruntukan bila berlakunya keadaan darurat. Suhani Bunglani begitu takut nak bawa anaknya ke hospital walaupun truck telah menunggu untuk membawanya pergi. Setelah mendapat jaminan dari bapanya barulah dia bawa kedua-dua anak perempuannya yang mendapatkan rawatan, itu pun hatinya masih takut akan reaksi suaminya apabila dia pulang nanti ( entah dari mana ).

Kasihan kaum wanita hidup begitu terkongkong dengan adat dan ugama sehingga begitu takut bertindak sendiri tanpa kebenaran suami. Seolah-olahnya tugas wanita hanya untuk melahirkan anak-anak aje. Suhani ada tiga anak yang dilahirkan setiap tahun. Anak pertama berumur 2 tahun, anak kedua 1 tahun dan anak yang baru lahir meninggal dunia kerana kebuluran, kepanasan dan keadaan tempat tinggal ( kem) yang kotor dan tak terurus.

Tak taulah bagaimana mereka hendak meneruskan hidup dengan mangsa yang ramai sebegitu, adakah yang sanggup memberi bantuan secukupnya dan sepenuhnya? Adakah masa akan memulihkan mereka? dan berapa lama pulak masa tu?

Ya Allah, selamatkan Malaysia semoga tidak dilanda musibah yang sebesar itu!

Tuesday, September 21, 2010

Kecuaian Membawa Padah

Apa yang berlaku di Seremban pada 20hb September begitu mengejutkan, seorang bayi perempuan berumur 3 bulan telah tidak sedarkan diri dan diistiharkan meninggal dunia setelah sampai di hospital Seremban.

Lebih sepuluh tahun dulu, perkara yang sama berlaku pada seorang rakan. Anak beliau yang berumur beberapa bulan telah meninggal dunia ketika sedang menghisap susu di rumah penjaganya.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, adakah nurseri atau day care centre berdaftar atau tidak, kalau berdaftar, adakah pekerja-pekerja mereka mempunyai kelayakan dan kemahiran, dan latihan nak jaga anak-anak orang tu. Kalau main tangkap muat aje, inilah jadinya. Atau tak cukup kaki tangan nak mengendalikan kerja-kerja mereka dengan alasan sukar cari pembantu. Katakanlah 20 orang kanak-kanak dan bayi, mana mungkin cukup dengan 2 atau 3 orang kakitangan saja!

Sepatutnya pemantauan perlu dibuat ke atas pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Pastikan penjagaan sempurna atau tidak, makanan yang diberi berkhasiat atau tidak ( ada juga yang menghidang mi maggie pada kanak-kanak kecil ) dan pekerja-pekerja pula perlu ada perasaan kasih sayang dan belas kasihan pada kakan-kanak. Kalau yang cengil dan kepala tak betul, jangan diambil bekerja!Mereka perlu amanah menjalankan kerja-kerja yang
dipertanggungjawabkan, maklumlah, kanak-kanak adalah anak- anak manusia bukan anak ayam atau anak kucing yang boleh dipelihara secara sambil lalu aje.

Eh, ade ke badan-badan kerajaan yang sepatutnya menjaga hal ehwal sebegini?

Sunday, September 19, 2010

Masih Raya Lagi.............

Masih berhari raya? Raya belum habis, rumah - rumah masih terbuka, cuma ada juga sesetengah kita yang gundah gulana. Kenapa seluar, baju makin ketat? Agaknya dah mengecut bila kena basuh. Jadi jangan risau, raya belum cukup 30 hari lagi.

Miss Fanta buat nasi tomato dan ayam masak merah yang istimewa dan dah dikurangkan sedikit penggunaan minyak sapi, butter serta susu cair atas permintaan . Di samping mihun goreng , freshly baked cake, kuih tat dan biskut dahlia ( biskut bunga cina ) dan berbagai-bagai lagi kuih-kuih kering dalam balang menunggu kami. Dan sebuah mesin penimbang berat badan berada di sudut yang kami boleh nampak. Takpe, makan dulu timbang kemudian!

Cik Fanta kata, jangan risau, penimbang tu ada sikit kreko. Kalau berat naik, jangan percaya sebab mesin tu sewel sikit. Kalau berat turun, tu boleh percaya, katanya dengan penuh serious. dia taulah sebab tu mesin timbang dia punya

Yeah.......carry on eating.........

Meanwhile in govt hospitals and private clinics, people are queuing up to see the doctors.

Ramai yang mengadu sakit kepala sebab tekanan darah makin tinggi, gula dalam darah naik, kolesterol bertambah tebal, sakit perut, sakit tekak dan batuk-batuk. Ahh......itu fenomena biasa lepas raya. Bila dah habis cuti, masuk kerja, naik lrt turun lrt, naik bas turun bas, pagi-pagi pusing KL hantar anak ke nurseri , hantar anak ke sekolah, hantar isteri ke pejabat, malam pulak hantar anak ke tempat tuisyen, ke tempat mengaji Quran dan fardu ain, siapkan makan malam dan berbagai lagi kesibukan yang tak terkatakan, maka raya yang sebulan tu sesungguhnya berbaloi ( ? )..........

Friday, September 17, 2010

Tak Jumpa Cari Kebahagiaan

Sesungguhnya apa yang kita rancangkan tak akan semuanya menjadi. Ada yang lain rancang lain jadinya. Pernah berlaku dalam hidup seseorang, yang selama hari ini menjeruk hati kerana hidupnya tak bahagia. Semuanya disalahkan pada suaminya yang sejak pencen asyik menyusahkannya saja. Apa taknya, laki dia tu dah jadi macam begitu bergantung padanya, semua perkara perlu disediakan oleh isterinya, nak minum air suruh isteri ambil, setokin, kena letak dekat kaki , makan pulak pagi masak lain , petang masak lain. Kira-kiranya makcik tu macam nak histerikal dibuatnya.

Dia sentiasa mengadu, bilalah dia nak hidup senang, makin tua, makin teruk, sampai tak ada masa nak ambil tahu hal diri sendiri, katanya. Nak dijadikan cerita si suami pun jatuh sakit dan meninggal dunia. Kami fikir sudah tentulah dia begitu bahagia, selama ni dia komplen tak dapat cukup duit di tangan sebab suami dia aga kedekut. Sekarang dia boleh berihat cukup-cukup, tak payah masak teruk-teruk, semua duit pencen suami dia dapat, boleh belanja apa dia suka. Orang yang jadi penghalang kebahagiannya dah tiada!

Tapi , tiba-tiba pulak dia tak bahagia........ tiada orang tolong buangkan sampah, rumput panjang dia kena uruska, segala bil dia kena selesaikan, dan macam-macam lagi benda yang dia tak ambik tahu selama ni tiba-tiba jatuh atas kepala dia. Yang paling hebat sekali, hidup dia dah tak bermakna, kesorangan, tak ada orang nak dibuat berkelahi, hidup pun kurang mencabar tak macam dulu.

Pendek kata, dia dapat sepenuh kebebasan yang diimpi-impikan selama ini, duit penuh di tangan, boleh lepak sesuka hati tak payah masak pagi petang, tak ada sesiapa yang menyakitkan hati dia lagi..................tapi kenapa tak bahagia pulak?

Wednesday, September 15, 2010

Tak Patut...........

Ramai orang mempersoalkan kenapa ramai yang sanggup bayar tuisyen anak-anak tak kira semahal mana pun. Bila sampai tang anak mengaji Quran, begitu diperlekehkan seolah-olahnya guru Quran tu patut ajar free aje, tak ikhlas kalau harapkan bayaran. Sebab tulah ustaz kata, guru Quran mesti ada kerja lain ( pendapatan lain ) sebab kalau harap ikhlas orang aje, lama-lama tak boleh beri makan anak bini!

Begitulah nasib yang menimpa ahli keluargaku di kampung. Asal-asalnya tolong ajar anak jiran dua orang , lama-lama makin ramai hingga 20 orang. Dah serba salah nak tolak, pakat-pakat minta tolong . Ada yang janji dua orang anak aje, bila bawak jadi 6, tambah 2 anak adik dan 2 anak abang.

Bukan pulak dia nak mengungkit, tapi punyalah blurrr mak bapak budak-budak tu, main serah aje anak mengaji, tak fikirlah susah payah orang mengajar, sampai kering tekak, bulan pertama hulur jugak 10 ringgit untuk anak 2,3 orang , bulan yang kemudian-kemudiannya pulak buat-buat tak ingat nak unjuk hulur. Ada yang sanggup kata, anak dia asyik pergi tuisyen ( sebab nak periksa upsr ) jadi mengaji pun tak cukup 5 kali seminggu atau dengan kata lain, tak nak bayarlah tu!

Yang anehnya ada tempat mengaji di kawasan dekat-dekat situ, tapi kena bayar 20 ringgit satu kepala, semua pakat-pakat tok se ata ngaji belako , mugo anok ghama , soghe-soghe tu ado tigo pak anok! kalau tak mampu bayar mahal pun bertabik-tabiklah sikit, buat-buatlah budi ke tok guru tu. Janganlah lepas serah anak, batang hidung mak bapak pun tak nampak. Kalau jumpa di pekan sari pun buat-buat tak kenal!

Begitulah adenye! jangan main serah-serah aje anak-anak tu akak oii, nanti kena tok guru ajar ilmu songsang, barulah terkedu!

Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...