Friday, September 17, 2010

Tak Jumpa Cari Kebahagiaan

Sesungguhnya apa yang kita rancangkan tak akan semuanya menjadi. Ada yang lain rancang lain jadinya. Pernah berlaku dalam hidup seseorang, yang selama hari ini menjeruk hati kerana hidupnya tak bahagia. Semuanya disalahkan pada suaminya yang sejak pencen asyik menyusahkannya saja. Apa taknya, laki dia tu dah jadi macam begitu bergantung padanya, semua perkara perlu disediakan oleh isterinya, nak minum air suruh isteri ambil, setokin, kena letak dekat kaki , makan pulak pagi masak lain , petang masak lain. Kira-kiranya makcik tu macam nak histerikal dibuatnya.

Dia sentiasa mengadu, bilalah dia nak hidup senang, makin tua, makin teruk, sampai tak ada masa nak ambil tahu hal diri sendiri, katanya. Nak dijadikan cerita si suami pun jatuh sakit dan meninggal dunia. Kami fikir sudah tentulah dia begitu bahagia, selama ni dia komplen tak dapat cukup duit di tangan sebab suami dia aga kedekut. Sekarang dia boleh berihat cukup-cukup, tak payah masak teruk-teruk, semua duit pencen suami dia dapat, boleh belanja apa dia suka. Orang yang jadi penghalang kebahagiannya dah tiada!

Tapi , tiba-tiba pulak dia tak bahagia........ tiada orang tolong buangkan sampah, rumput panjang dia kena uruska, segala bil dia kena selesaikan, dan macam-macam lagi benda yang dia tak ambik tahu selama ni tiba-tiba jatuh atas kepala dia. Yang paling hebat sekali, hidup dia dah tak bermakna, kesorangan, tak ada orang nak dibuat berkelahi, hidup pun kurang mencabar tak macam dulu.

Pendek kata, dia dapat sepenuh kebebasan yang diimpi-impikan selama ini, duit penuh di tangan, boleh lepak sesuka hati tak payah masak pagi petang, tak ada sesiapa yang menyakitkan hati dia lagi..................tapi kenapa tak bahagia pulak?

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...