Wednesday, September 22, 2010

Musibah Besar Melanda

Air Sungai Indus di Pakistan telah merempuh tebing dan menenggelamkan kawasan sekitarnya , melibatkan sekurang-kurangnya 18 juta penduduk menderita dan sengsara kehilangan rumah dan harta benda. Paling menderita ialah kanak-kanak kecil , mengikut United Nations Children's Fund ( Unicef ) yang menganggarkan 105,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun mungkin akan mati akibat kekurangan makanan dan kebuluran dalam anggaran sehingga 6 bulan .( Lihat Unicef untuk gambar-gambar dan maklumat lanjut ).

Nst pada hari ini , Khamis 23 Sept bertajuk -- A place where kids face a slow death, membuatkan hati saya sungguh geram kerana ada kematian yang berlaku disebabkan kongkongan adat dan agama ( ? ).Suhani Bunglani adalah seorang ibu di antara berjuta-juta ibu yang mungkin menghadapi masalah yang sama, iaitu rela melihat anaknya mati dari menghantar anaknya ke hospital semata-mata kerana tidak mendapat kebenaran dari suaminya ( yang tidak berada di tempat itu pada waktu itu ).

Sepatutnya dan sebenarnya walau dalam keadaan apa pun mesti ada peruntukan bila berlakunya keadaan darurat. Suhani Bunglani begitu takut nak bawa anaknya ke hospital walaupun truck telah menunggu untuk membawanya pergi. Setelah mendapat jaminan dari bapanya barulah dia bawa kedua-dua anak perempuannya yang mendapatkan rawatan, itu pun hatinya masih takut akan reaksi suaminya apabila dia pulang nanti ( entah dari mana ).

Kasihan kaum wanita hidup begitu terkongkong dengan adat dan ugama sehingga begitu takut bertindak sendiri tanpa kebenaran suami. Seolah-olahnya tugas wanita hanya untuk melahirkan anak-anak aje. Suhani ada tiga anak yang dilahirkan setiap tahun. Anak pertama berumur 2 tahun, anak kedua 1 tahun dan anak yang baru lahir meninggal dunia kerana kebuluran, kepanasan dan keadaan tempat tinggal ( kem) yang kotor dan tak terurus.

Tak taulah bagaimana mereka hendak meneruskan hidup dengan mangsa yang ramai sebegitu, adakah yang sanggup memberi bantuan secukupnya dan sepenuhnya? Adakah masa akan memulihkan mereka? dan berapa lama pulak masa tu?

Ya Allah, selamatkan Malaysia semoga tidak dilanda musibah yang sebesar itu!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...