Tuesday, September 21, 2010

Kecuaian Membawa Padah

Apa yang berlaku di Seremban pada 20hb September begitu mengejutkan, seorang bayi perempuan berumur 3 bulan telah tidak sedarkan diri dan diistiharkan meninggal dunia setelah sampai di hospital Seremban.

Lebih sepuluh tahun dulu, perkara yang sama berlaku pada seorang rakan. Anak beliau yang berumur beberapa bulan telah meninggal dunia ketika sedang menghisap susu di rumah penjaganya.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, adakah nurseri atau day care centre berdaftar atau tidak, kalau berdaftar, adakah pekerja-pekerja mereka mempunyai kelayakan dan kemahiran, dan latihan nak jaga anak-anak orang tu. Kalau main tangkap muat aje, inilah jadinya. Atau tak cukup kaki tangan nak mengendalikan kerja-kerja mereka dengan alasan sukar cari pembantu. Katakanlah 20 orang kanak-kanak dan bayi, mana mungkin cukup dengan 2 atau 3 orang kakitangan saja!

Sepatutnya pemantauan perlu dibuat ke atas pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Pastikan penjagaan sempurna atau tidak, makanan yang diberi berkhasiat atau tidak ( ada juga yang menghidang mi maggie pada kanak-kanak kecil ) dan pekerja-pekerja pula perlu ada perasaan kasih sayang dan belas kasihan pada kakan-kanak. Kalau yang cengil dan kepala tak betul, jangan diambil bekerja!Mereka perlu amanah menjalankan kerja-kerja yang
dipertanggungjawabkan, maklumlah, kanak-kanak adalah anak- anak manusia bukan anak ayam atau anak kucing yang boleh dipelihara secara sambil lalu aje.

Eh, ade ke badan-badan kerajaan yang sepatutnya menjaga hal ehwal sebegini?

2 comments:

whm6840 said...

Kerabu Jantung,

Tadika-tadiska-taska atau apa-apa 'ka' kat Malaysia ni sepatutnya berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ada syarat-syarat dikenakan.. antara lain nisbah jagaan dan penjaga.

Tapi tak tahula pemantauan KEKWA macam mana.

Semalam saya hantar Nada ke nurseri, langsung tak ada pembantu dalam bilik yang utk 2mths-3yo. Pintu ternganga, grill pun tak berkunci. Ada dua orang baby sedang nyenyak tidur.

Saya berdiri sambil dukung Nada for almost 1 minit baru ada yang datang. Saya tak tahan betul….. terus tegur, jangan tinggal bilik tak berkunci macam tu. Kalau ada yang 'gila' datang culik baby 2 orang tu.. macam mana nak jawab kat mak dia nanti and be prepared to be sued.

1 minute is a very long period for ‘shit’ to happen. Saya harap diaorang ambik teguran saya seriously.

Saya pergi office dengan hati gundah-gulana. Itu tak payah cerita benda-benda kecik lain yang saya terpaksa pejam sebelah mata.

Kerabu Jantung said...

Aunty rasa takut dengar cerita -cerita begini.
Diharap KEKWA , janganlah buat kerja sambil lewa. Masyarakat mengharap pada pihak kerajaan supaya pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dipantau secukupnya. Kalau yang tak ikut peraturan tu, jangan dilepaskan begitu saja!

Amende kata? tak cukup staff? berlambak orang yang takde kerja yang lulus macam-macam, ambiklah mereka! Buck up your ministry!

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...