Monday, December 25, 2017

Selamat Tinggal Bungaku...



Pokok berbunga kuning di atas hadiah dari seorang kawan -benihnya berasal dari Taiwan.
Asalnya kecik saja tapi bila sayatanam dalam tempayan besar, pokoknya membesar dan berbunga lebat....
Tapi setelah beberapa lama pokok  tiba- tiba kering dan dan mati...
Rupa-rupanya akarnya bertambah besar dan menghalang air keluar dari pasu dan akhirnya saya kehilangan pokok yang cantik dan menyesal sebab tak berapa endahkan dia selama nih!

Saturday, December 16, 2017

Drama Tahun 1960



.....very intriguing...

Masa kecik- kecik dulu banyak jugak tengok perkara yang berlaku dalam masyarakat kampung , tapi masa tu belum faham apa-apa...

Bila Kak Ton naik pelamin pakai gaun putih yang sungguh menawan kami yang nangoi-nangoi dok melenggak di barisan depan. Tengah elok- elok bersanding tiba-tiba Kak Ton terlentok lepas tu menjerit sekuat- kuat hati. Akhirnya Kak Ton di usung masuk ke dalam bilik.

Bila dah tua-tua begini barulah faham cerita disebalik histeria tuh! Rupa-rupanya Kak Ton dah ada jejaka pilihan ( tapi takut nak ghoyak - zaman dulu anak-anak gadis dilarang berboy friend) Sang jejakapulak takdok pitih nok masuk meminang. Bila ada jejaka lain masuk meminang mak ayah Kak Ton terus terima.

Setelah berkahwin beberapa tahun Kak Ton bercerai dengan suaminya dan berkahwin pulak dengan Abang Ji. Baru pecah cerita rupanya selama ni Kak Ton dok bergewe dengan Abang Ji. Perkahwinan kedua itu kekal sehingga ke anak cucu.

Apabila Kak Ton meninggal dunia Abang Ji terus hidup membujang. Baru- baru ni ada ura-ura Abang Ji nak kawin lain tapi anak- anak pulak tak setuju! Anak- anak ni pun satu! Pernah satu masa  dapur Abang Ji naik asap hitam sebab jerang air sampai hangus cerek......kena panggil Bomba padamkan api!
Bagilah bapak kawin, ada jugak orang tolong dia jerang air kat dapur...




Tuesday, December 5, 2017

Cucur Jagung



...for breakfast, lunch or tea..semua boleh....ikut suka hati.
Pagi tadi sibuk sikit tak sempat nak goreng cucur jagung, pegi beli nasi lemak lebih cepat , dapat makan segera.

Tengahari baru sempat masak, adunan cucur jagung telah pun dibuat dan disimpan dalam fridge pada malam sebelumnya..


Jadi, untuk makan tengah hari, makan cucur jagung je...nak masak pun bukan rajin sangat. Selalu je husben pegi beli lauk segera..



Cucur jagung ni not a bad idea jugak buat makan tengahari. Tapi pada petangnya  beli mihun sup pukul 6 - kena cepat makan , sebab mata dah kelabu dok makan minyak pada tengah hari tadi..

Bila makan segala makanan yang bergoreng - we are not eating cucoq but we are drinking oil....sebenarnyer!


Wednesday, November 29, 2017

Pemandangan Musim Hujan


 Nampak sejuk dan menghijau



Tapi ada yang tak dapat dijemur kat luar, kat tepi tingkap je pun boleh...








Sunday, November 19, 2017

Hantu Yang Paling Berhantu



Masa kecik dulu memang banyak cerita seram , semuanya cerita hantu - ada hantu dapur, hantu kopek, hantu jarang gigi, hantu kum- kum dan lain- lain hantu untuk menakutkan kanak- kanak nakal yang tak dengar cakap. Jenis hantu pun very mild- hanya budak kecik je yang seram. Hantu kopek? Where got seram...hahaha!

Bila dah besar dan dah dewasa barulah mai cerita hantu yang real - p#ntian@k, hantu r%y#  dan lain-lain hantu yang nak sebut pun naik seram jugak!

Banyak pulak cerita orang kena rasuk hantu, kena kerkah dek hantu, dan segala macam jenis hantu yang berhantu! Ianya sungguh sinonim dengan orang Melayu! Yours truly pun rasa seram jugak - kalau ada orang ajak masuk rumah kosong kat tengah hutan pada waktu malam....woooo...

Tapi hantu yang paling HANTU sekali dalam Malaysia ni ialah  hantu yang duit 2.6b masuk dalam akaun peribadi dia ( dia mengaku sendiri! But with a twist lah...Tok Arab bagi kat dia.) pahtu dia dok wat senyaap je hinggalah pecah tembelang! Wat ni lah yang paling seram sekali!!!

Untuk  entry ' Cerita Seram Lagi Menyeramkan' sila  klik di sini

Okay... Meraban dah patutnya Makin lama makin seram  link kat sini ....tapi pegi tempat lain pulak haha!





Kerabu Jantung: Makin lama makin seram.........

Kerabu Jantung: Makin lama makin seram.........

Wednesday, November 15, 2017

Buah Nona


Atau nama botaninya ialah Annona squamosa.

Pertama kali dapat buah nona yang besar begini, teruja jugak..

Sahabat dan juga jiran kami ada kebun kecik yang dipenuhi pokok buah-buahan di belakang rumah, inilah salah satu hasil dari kebunnya....


..rasa buah nona sungguh manis..
Sesuai untuk orang yang dapat hypo....haha!
Buah nona yang saya kenal selama ini kecik saja mungkin lain species.
Oleh kerana tanaman ini dijaga dengan cara yang betul...voil`a...inilah hasilnya!


Pokok nona kat kampung tu kena buff up sikit tambah baja pokok dan baja buah biar dia gemuk dan besar!


Saturday, November 11, 2017

Buah Tangan...


...orang baru balik dari Mekah..


Ada banyak masalah jugak nak bagi buah tangan pada ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga - maklumlah penuh sebuah bas pegi menghantar ke Kelana Jaya dulu tu....

Masa di Mekah pegi membeli belah, tapi dok risau takut lebih muatan . Kalau nak pos dari Mekah memakan belanja lebih pulak..Risau bukan main dibuatnya..

Mujur jugak rakan sebilik bukak rahsia - barang- barang yang di beli di Mekah dan Madinah
 ada berlambak dijual di Malaysia - sejadah,jubah, tasbih, kopiah, selendang dan macam- macam lagi yang semuanya sama : MADE IN CHINA...

Korma, kismis, buah tin, coklat, kekacang pun banyak dan seiras seperti yang dijual di Mekah wa Madinah...

Barulah Kak Besah tarik nafas lega....
InsyaAllah semua orang boleh dapat buah tangan...

ps. Donno wat to do with the yellow lines...














Thursday, November 2, 2017

Adakah Kita Berada Di Persimpangan....


.......menuju ke arah entah bagaimana.....

Saya sangat terkejut bila diberitau pasar mini kawasan perumahan tempat saya tinggal akan ditutup. Perkara pertama yang terlintas difikiran saya.....alamak susahlah nanti nak kena pegi jauh nak dapatkan barang- barang dapur . Selama ini Pasar Mini Mega yang dipenuhi serba mak nenek barang-barang keperluan rumah yang kering mahu pun basah semua ada di situ!

Semua pakat heran mini market yang sangat laris tu tiba- tiba nak bungkus? Cashier yang peramah dan sentiasa ceria nampak murung.....tak taulah nak cari kerja kat mana.....Tokey dia pun dok termenung panjang....yang katanya tak tahan kena bayar gst up-front ( tak tau apa maksud dia, kena tanya ahli ekonomi )

Tapi saya lagi terkejut bila pergi ke Ampag Point dan dapat tahu 4 bulan lagi kedai yang supply linen dah nak tutup. Mereka tak jual kain dah...hanya nak maintain tailoring je! Kedai jahit tak perlu modal sebanyak mengimport kain ela! Rata-rata kedai di Ampang Point dah bertukar jadi kedai makan! Dah jadi macam food court laa ni.

Banyak butik dan lain-lain kedai yang jual pelbagai barangan dah tutup atau berpindah ke tempat lain....


Before I say goodbye to my favourite kain ela outlet, sempat jugak membeli 2 pasang kain ela yang menurut kata AJ the store manager...
Yang kotak- kotak ni cantik buat blouse. The brown one is very classic....
Ye lah AJ......


Kain ni boleh simpan untuk raya tahun depan.InsyaAllah semoga Allah panjangkan umur saya dan semoga Allah memakmur Malaysia....aamiin!!








Tuesday, October 24, 2017

Dapat Title Baru!



Bila menziarah Z baru- baru ni kami dijamu dengan minuman teh beng kaw iaitu teh susu ais yang sungguh pekat. Tak lupa juga dia menghidangkan makanan kegemaran kami iaitu .....keropok leko, otak- otak dan sata....

Kami dapat tahu salah seorang adiknya H hidup dalam serba kekurangan. Peti ais pun tiada di rumahnya. Dia buat kuih untuk menyara enam orang anaknya. Buat kuih pun tak boleh banyak sebab tiada tempat nak simpan bahan - bahan mentah.

Suami dia buat kerja apa?
Suami dia dah tinggalkan dia, dah kawin dengan orang lain, tak balik terus ke rumah.
Ada dia bagi nafkah?
Ada tapi nak bagi makan anak yang enam orang tu tak cukup, tak kira pakaian, belanja sekolah.....
Wah, teruk tu!
Ya lah kak dia sekarang dapat title baru - bukan janda, bukan balu tapi isteri kena tinggal...

Sedih juga dengar kisah H, yang dianiaya suaminya.....tak tahu macam mana nak tolong. Kalau suami cerai dia langsung tak dapat makan anak- anak dia. Jadi sangguplah dia digantung tak bertali begitu......



Friday, October 20, 2017

Kenduri Kawen!




Selalunya dalam majlis kenduri kahwin adalah tempat pertemuan dengan kawan- kawan atau jiran- jiran. Masa nilah banyak di update
tentang kehidupan seharian masing- masing....

Ada cerita gembira ada juga cerita sedih - ada kawan yang telah pergi, ada yang terlantar sakit, ada yang bercerai berai diusia senja begini...ada yang hidup susah diumur pencen , disebabkan buat bisnes tak menjadi, atau kena tipu skim cepat kaya atau macam- macam lagi perkara yang kita tak sangka akan berlaku....

Tapi yang paling ketara ialah masing- masing ..makan dah tak berapa laju - sebab makan banyak takut sengkak perut, ada yang tak boleh makan makanan yang berminyak, tak boleh makan daging, tak boleh makan yang manis-manis...kalau suami ambik tapai dengan teh tarik...no darling! Your sugar is sky high already...

Orang- orang muda meja sebelah dok rancak gelak ketawa, nasi dan hidangan lauk pauk telah ditambah, cerita dorang pun berkisar pada kerjaya dan anak- anak yang baru nak membesar atau baru masuk sekolah...belum ada lagi yang kena makan ubat sebelum atau selepas makan....














Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...