Tuesday, September 7, 2010

Malam Lailatul Qadar

Apakah dia Lailatil Qadr ? iaitu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Dan sentiasa ditunggu-tunggu pada 10 malam- malam terakhir Ramadhan.

Maka pada malam-malam itu ramailah yang menunggu-nunggu, ada yang tak tidur ( sambil tu tengok-tengok movie dalam cd ), ada yang berdengkur ( apa kisah lailatul Qadar ke tak, orang mengantuk weh!). Ada yang menjengah-jengah keluar tingkap, ada yang memandang-mandang langit.

Ramai pula yang bercerita dia nampak itu Lailatul Qadar.....bila dia buka tingkap rumahnya di kampung dia nampak kabus bergulung-gulung macam ombak di atas hamparan sawah padi. Pagi esoknya riuh sebuah rumah dihebahkan dia jumpa malam Lailatul Qadar. Riang tak terkira, sampai ke anak cucu tak habis cerita.

Cerita yang standard ialah seseorang balik rumah waktu tengah malam, singgah di perigi, dia heran kenapa dahan ketapang melampai ke tanah, sedangkan pokok ketapang tu begitu tinggi. Lalu dia pun sangkut tuala atas dahan itu, bila bangun pagi esok, tuala dah berada di dahan paling atas pokok ketapang yang tinggi lebih dari 10 kaki tuh!. Riuh sekampung cerita sipolan tu dah bertemu dengan Lailatul Qadar. Jadi herolah dia sekejap. Tapi siapa dia dan kampung mana berlaku cerita tu taklah disebut, ianya semata-mata cerita saja - menceritakan bagaimana orang bertemu dengan Lailatul Qadar di Malaysia ni!

Dari dulu hingga kini ada juga yang berharap nak bertemu pokok-pokok sujud di tengah malam atau jumpa sesuatu yang pelik seperti kabus bergulung tadi.

Ustaz, tok guru , pendakwah, tok imam, tok lebai, tok katib dan lain-lain terangkan sikit bagaimana persiapan dan adab-adab untuk bertemu dengan al Qadr. Semoga takdelah yang terjengah-jengah ikut tingkap lagi!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...