Saturday, February 25, 2012

Demi Masa.....

Masa dulu-dulu, bila waktu petang kebanyakan orang akan keluar rumah bersiar-siar, ambil angin. Yang duduk di tepi sawah dapat nikmat angin petang yang tak terhingga, begitu juga yang duduk di kawasan pantai. Ramai juga lepak di tepi padang atau atas pangkin bawah pokok rendang depan rumah atau depan rumah jiran. Masa ini kanak-kanak dan golongan muda bermain untuk mengeluarkan peluh.

Adegan yang seronok dilihat ialah, bila bang Maghrib dilaungkan, kanak-kanak dan golongan muda cepat aje hungga naik ke rumah siap sedia nak solat ( takut mak bising ), tapi kaum bapa dan atuk-atuk ramai jugak yang masih santai lagi, buat-buat pekak badak ( sebab hati dah keras ) - kaum bapak nak habiskan rokok, yang atuk-atuk pulak nak habiskan serdak-serdak kopi o. Pendek kata bila bulan dah naik barulah buat selamba itik nak pergi ambik wudu'.

Seorang Ustaz muda telah diarah bertukar ke sebuah pulau terpencil di utara tanah air. Ustaz terperanjat bukan main -  ramai yang tak boleh baca al Quran, tak berapa bersolat dan ramai lagi yang tak ke masjid atau ke surau di kampung tu.  Mereka kata kampung depa takde bekalan letrik, isyy..kalau ada letrik kami tak jadi macam ni. Anak-anak dan isteri kami boleh mai mengaji kat surau  ( sebut anak isteri je, nama sendiri tak sebut pun! )

Kebetulan pulak masa tu dekat nak pilihan raya, tok wokil pun mai , orang kampung dengan diketuai Ustaz dok merintih tentang anak-anak sekolah tak dapat mengaji , letrik takde -  waktu malam semua gelap! Alhamdulillah tak berapa lama sampailah bekalan letrik kat kampung tu! Terang benderang kampung macam syurga dunia, happy bukan main depa tu! Next election nak pangkah lagi tok wokil ( yang memang nak KENA  tu!! ) walaupun tunjuk muka 5 tahun sekali!

Alkisah sejak maghrib , punya tunggu makmum tak mai-mai, jauh sekali anak-anak dan isteri-isteri nak mai mengaji - hanya Ustaz, Tok Imam, Tok Bilal dok jemaah 3 orang - bila Tok Imam dan Tok Bilal balik, Ustaz dok cokoh sorang-sorang dalam surau, masih tak putus harapan lagi.

Bila Ustaz balik dari surau , rupanya riuh rendah setiap rumah orang kampung tu................ tengah seronok menonton tv ( masa tu belum ada Astro! )

 Koho tinggi Ustaz angkat tangan minta taufik dan hidayah !




No comments: