Friday, December 26, 2014

Banjir Besar!





Bajir besar melanda Kelantan, Trengganu dan Pahang, kemudian diikuti Perak dan Perlis. Kini negeri Johor pula sedang bersiap sedia.


Ya Allah


Kalau begini besarnya banjir, ke mana arah hendak dituju? Mudah-mudahan tiada siapa yang terperangkap di sini......

Air memenuhi semua arah - semoga semua penghuni di kawasan ini telah selamat berpindah... 



Siapakah yang dapat menahan kemaraan air yang deras sebegini...





..dan siapakah yang dapat menahan keruntuhan ini...



Seboleh-bolehnya setiap pelusuk dijenguk dan penghuni-penghuni yang terkandas diselamatkan


Pasukan penyelamat menjalankan tugas bertungkus lumus.


Marilah kita berdoa agar bencana ini segera berakhir dan mereka yang berada dalam kesusahan serta kehilangan rumah tangga dan harta benda mendapat bantuan secukupnya. Semoga mereka dapat memulakan kehidupan baru yang lebih baik selepas banjir besar 2014 ini. Aamin!

Gambar-gambar dari carian google.


2 comments:

Acik Erna said...

Aamiin.semoga semua yang terlibat selamat dan dapat diselamatkan

Kerabu Jantung said...


InsyaAllah..aamiin.