Wednesday, October 31, 2018

Makan Apa Pagi Ni?


Suka makan ubi kayu rebus? Makan ubi kayu rebus dengan kelapa muda gaul dengan sedikit gula dan garam. Atau cicah dengan sambal tumis udang atau ikan bilis. Atau makan dengan ikan masin. Minum kopi pekat secawan!


Hari yang yang tak masak kat rumah, pegi beli breakfast kat gerai - boleh pilih , semua ada....Macam biasalah makan pagi dengan beratnya - ketupat cicah dengan sambal kelapa atau nasi dagang lauk gulai ikan tongkol. Pemanis mulut dengan tepung pelita. Kena minum teh takde gula akak oii..., dalam tepung pelita tu dah ada banyak sudu gula...


Sunday, October 28, 2018

Solok Cili Hijau


Cili hijau ini kurang pedas dan sesuai dibuat ' Solok'.
Cili dibelah memanjang


 Isi ikan dan kelapa muda dikisar atau diblend tanpa air, kemudian digaul dengan bawang merah, bawang putih, halia yang dicincang halus dan garam dan sedikit kepala santan masukkan dalam cili yang dibelah memanjang tadi..


 Setelah semua cili yang telah disumbat paste ikan dan kelapa itu, masukkan ke dalam periuk / kuali pengukus dan kukus selama 15-20 minit.

Bolehlah dihidangkan sebagai lauk sampingan. Solok ini selalunya menjadi lauk tambahan untuk nasi kerabu. UI

Ps. Mula makan solok ni masa duduk di Kota Baru pada tahun 1986-1990 dulu. Resepi ni baru pertama kali cuba.
Anyway the taste is nice, my children like it dan besok nak cuba lagi buat solok timun dan sarak terung!


Wednesday, October 24, 2018

From The Drop Box


Tiga bulan berada dalam keadaan kekeringan seakan mati..


Selepas musim sejuk pokok yang seakan mati mengeluarkan pucuk dan daun baru yang segar bugar..


Kemudian keluar bunga...

Kemudian keluar bunga...

Alhamdulillah, di Malaysia pokok berbunga hampir sepanjang tahun...

Saturday, October 20, 2018

Floating Markets



Sangat teruja dengan floating market, saya rakam gambar ni dalam rancangan BBC Earth di Hypp TV.

Saya sangat teringin nak tengok floating market di Bangkok tapi tak sempat. Walaupun kami dibawa ke  floating market di Ayuthia yang dibuat khas untuk pelancong sangat cantik dan menarik tapi saya rasa ingin nak tengok yang asal.

Bila pegi Ho Chi Minh City, saya nampak gambar floating market yang sungguh bewarna warni terpampang di pejabat ajensi pelancongan di kawasan hotel kami menginap.

Kami pun dengan penuh teruja memberitahu Akun our tour guide nak pegi floating market tuh!
Wah....itu floating market tak dak cantik ma..itu dalam gambat punya angkat hali new year punya, colourful cantik, tapi betut- betut punya takle itu macam...
Pendek kata si Akun tu tak nak bawak kitorang pegi, katanya kena gerak dari hotel pukul 1 pagi, sampai floating market dalam pukul 4 pagi, cuaca masih gelap. Aktiviti jual beli bermula seawal 4 pagi dan habis pukul  9 pagi.

Oleh kerana masa pun tak berapa cukup kami pun discouraged dan abaikan saja niat kami.....

Nasib baik dah naik sampan di anak Sungai Mekong, boleh bayangkan macam mana the hustle and bustle of floating markets tuh!



Wednesday, October 17, 2018

Tambah Lebih Perasa?


Ramai jugak orang kita yang tak menggunakan serbuk perasa dalam makanan sebab takut kesan sampingan seperti rambut cepat beruban, mengalami masalah pernafasan atau menyebabkan alergi dan lain- lain lagi...

Baru- baru ni H bukak cerita dia takut nak makan masakan maknya, setiap kali makan muka naik merah dan badan berpeluh dan pening. Dia ingat pembantu rumah mak dia yang menghantar makanan tu nak mengenakan dia...
Kemudiannya baru dia dapat tahu rupanya bahana serbuk perasa. Patutlah terlebih sedap makanan tu, mungkin maknya terlebih bubuh!

Ramai jugak suri rumah tak mahu menggunakan serbuk perasa, tapi bila beli makanan di kedai tak dapat dielakkan serbuk perasa tu! Bayangkan makan tomyam takde serbuk perasa - ada yang kata macam minum air paip perasa bawang besar dan serai...

Salah seorang anak sahabat baru dapat kerja jadi sous chef  - masa masak lauk kenduri kahwin dalam kawah besar, dia tanya chef nak bubuh banyak mana gula dalam gulai ( ramai yang guna gula mengganti serbuk perasa )
Chef kata gula apa? Tu hah, bubuh ajinomoto.
Banyak mana chef ?
Bubuh dua tiga senduk besar!

Mak ai! Terkejut badak budak tu! Patutlah semua orang puji masakan sedap , malahan nasi pun sedap, makan gitu saja pun boleh!

Wednesday, October 10, 2018

Berdayung Sampan


Selesai naik ' river cruise ' di Sungai Mekong, kami dibawa ke Pulau Unicorn ( pulau yang terbesar di antara pulau- pulau kecil  àà muara sungai ). Mereka mendayung sepanjang 2 kilometer setiap satu sesi.

Aktiviti bersampan di sungai begitu rancak, setiap sampan ada dua orang pengayuh -kebanyakannya perempuan. Mereka terpaksa mendayung sungguh- sungguh kerana sampan penuh penumpang dan sudah tentu berat muatannya.

Sampan membawa pelancong memenuhi sungai yang sempit, ada yang ke hulu sungai, ada yang ke hilir sungai...


Pendayung sedang berihat sambil menunggu ketibaan kumpulan pelancong seterusnya..

Tempat sampan berlabuh jauh dari kesesakan di tengah- tengah sungai.

Pemandu pelancong tidak membenarkan kami menghulur tangan keluar sampan sebab sungai ada buaya - sungai berlumpur ada buaya katanya. Mungkin dia buat cerita tu takut tangan kami terkepit sampan yang penuh sesak dalam sungai yang kecik tu...
Lagi pulak suasana sibuk penuh sampan dan bunyi bising suara orang, buaya pun pindah rumah!

Monday, October 8, 2018

Makanan Halal Di HCMC!


Banyak tahun dahulu lihat orang Vietnam di Hanoi makan kuayteow  sup  ( pho`  ) dimakan bersama  ulam di gerai tepi jalan, saya punyalah teringin nak makan, tapi apakan daya ianya non halal...


Apabila menonton rancangan international chefs di Vietnam yang mempamerkan cara membuat salad rolls
  berkulit transparent ( yang dibuat dengan tepung beras secara cottage industry dan dijemur sepanjang jalan ) rasa macam boleh buat sendiri
sebab nampak mudah..
Tambahan pulak kulit popia kering  kini dah ada dijual di Malaysia.


Sekali ni dapat peluang makan pho dan salad rolls yang halal di Ho Chi Minh City, saya tak melepaskan peluang - Yep! Lunch and dinner the same menu for me for 3 days! Haha!


Bagi yang nak pergi ke HCMC jangan risau pegi saja ke Malaysia Street ( gelaran yang diberi orang Vietnam ), menginap di salah sebuah deretan hotel yang di hadapannya ada 6 buah restoran halal...berselang seli dengan kedai kain cotton, lace, telekong, jubah, kain tudung dan lain- lain khas untuk tourist dari Malaysia ( top of the list ), Brunei dan Singapore Malays!

Deretan hotel, restoran dan kedai kain di Malaysia Street di HCMC!

Wednesday, October 3, 2018

Paku Pakis


....di kawasan rumah

Masih ingat masa kecik dulu arwah mak suka tanam paku pakis, dibubuh dalam pasu dan di letak dalam rumah, dekat kawasan meja makan.
Mak saya panggil pokok pan. Saya pun sampai besar dok panggil pokok pan jugak...
Bila dah naik sekolah menengah baru tau pokok pan tu ialah ' ferns ' dan ianya ialah paku pakis!

Bila dah pencen seorang sahabat bagi saya sepasu pokok pan, tapi dek kerana tak cakna habis kering pokok sepasu . Mana taknya ....dok harap air hujan je....


Akhirnya saya alih ke atas tanah dan ia terlindung dari pancaran matahari, lama-lama ia tumbuh dengan eloknya dan membiak dengan gembiranya di belakang rumah!

Pendek kata saya dah menebus kesalahan saya mendera dia selama ni...haha!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...