Friday, March 21, 2025

Me And My Puak Gerabak..


Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi kerana keadaan yang menentukannya.

Kalau kita tinggal berlainan tempat dengan sedara mara sudah tentu  akan jarang berjumpa. Mungkin setahun sekali pada waktu Raya, atau kalau ada yang sakit atau kematian atau ada majlis  perkahwinan..

Sepupu-sepupu yang sangat rapat masa kecik dulu, bila berjumpa dah tak ada gurau senda dan buat merapu lagi, mungkin masing- masing dah tua perangai pun telah berubah...

Walaupun perasaan kasih sayang tetap tersemat di hati tapi masing- masing telah menjalankan kehidupan sendiri. Gaya hidup pun dah berbeza, yang berpangkat dan berharta tak sama dengan yang biasa- biasa....tapi kita bersaudara..

Kadang- kadang kita bernostalgia masa kecik2 dulu sentiasa bermain bersama.

Semasa saya masih bersekolah rendah setiap hujung tahun arwah mak akan bawak saya dan adik pergi ke Kampung Aur. Rumah sepupu saya di tebing  Sungai Aur - setiap pagi dan petang kami mandi sungai. 

Air sungai jernih dan cetek , boleh nampak ikan. Tapi di tengah sungai air sangat dalam. Bila mandi anak sepupu saya akan berenang ke tengah sungai tapi saya maintain kat gigi air je ....

Ada kalanya dia mengayuh sampan bawak saya mudik ke hulu sungai dan singgah di pengkalan, lepas tu berkayuh balik. Masa tu kami berumur 11 tahun. Saya punyalah teruja! Saya sangat bercita-cita nak belajar berenang dan mengayuh perahu.  

Pada umur tu selalu berfikir kenapa lah saya duduk di Kuala Rompin bukan di Kampung Aur!



Friday, March 7, 2025

Ambik Jalan Kanan Atau Jalan Kiri ......


Kebanyakan dari kita sejak kecik lagi dah belajar mengaji...

Baca pandai dah, baca lancar dah..tapi kita tak tahu makna pulak. Mungkin datang suatu masa kita nak tahu maknanya, lalu kita beli Al Quran terjemahan...baru faham apa yang kita baca..

Sekarang dah ramai menghadiri kelas- kelas tajwid dan kelas tafsir juga kelas tadabbur. Ilmu makin bertambah..lebih faham maksud ayat dan macam- macam perkara mengenai Ilmu Al Quran.

MasyaAllah Tabarakallah...rupanya dunia ini banyak berubah setelah dilanda wabak...paling ketara tersebarnya pelbagai ilmu di alam maya. Boleh pilih jalan kanan atau jalan kiri..

Masa PKP dulu saya terserempak dengan syarah Kitab Sirah Nabawiyyah Raheeq  AlMaktum oleh Ustaz Salman Ali  dari Qatar di Youtube. Rupanya ini peluang yang baik sebab selama ni didn't come across orang menadah Kitab Sirah Rasulullah SAW ni..

Dari sini kita dapat huraian yang lebih mandalam tentang peristiwa perang yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda seperti yang dirakam sebahagiannya dalam Surah At Taubah dan beberapa Surah lain.

Pendetailan tentang pembukaan Kota Mekah, peperangan , ancaman dan pengkhianatan Kaum Yahudi dan Kafir Mekah. Paling utama kejahatan golongan munafik yang merupakan duri dalam daging pada Kaum Muslimin.

Ala kulliy hal kalau kita mengambil one step at a time...lama- lama banyak steps jugak jadinya...bak kata pepatah :  Sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit.......atau beberapa buah bukit......kalau umur panjang dan istiqomah.....



Wednesday, February 19, 2025

Tiada Family Tree...

 

Semasa adik saya mengahwinkan anaknya pada awal tahun lepas, hanya saya dan anak- anak cucu saja jadi tulang belakang majlis. Sepupu dan anak2 sepupu yang lain tinggal berjauhan. Mereka datang pada hari kenduri. 

Ahli keluarga sebelah ayah yang ada di Rompin semua telah meninggal dunia - hanya tinggal beberapa orang anak saudara sepupu. Ibu bapa saya, ibu saudara, bapa saudara semua dah tiada.

Masa saya kecik sepupu semuanya dah berkahwin dan anak2 mereka sebaya dengan saya. Sepupu pun seorang demi seorang mati of old age atau mati sakit.

Semasa balik Rompin baru- baru ni anak- anak kata..

-Mak kita ni takde family tree kan? 

Masa saya dilahirkan kedua- dua belah  datuk dan nenek dah takde. Orang lain ada tok nenek saya tak pernah ada..

Emak saya anak Cina yang dibela oleh keluarga Melayu dari Kemaman ( asal dari Kelantan ). Kemudiannya mereka berpindah ke Rompin. Setelah kedua- ibubapanya mati mak saya tiada keluarga lain lagi. Keluarga mak bermula bila berkahwin dengan ayah.

Jadi bagi keluarga saya, family tree mula dari ayah saya kepada saya dan anak cucu hingga ke masa akan datang - sort of macam pokok baru tumbuh. 

Anak saya kata orang lain ada ibubapa yang kahwin campur Melayu - Cina, tapi dorang tahu susur galur keturunan dia sampai ke negeri Tongsan.

Dulu- dulu I dok perasan that I ada darah Kublai Khan. My husband gelak - where got The Khan's Clan yang migrate kat Tanah Melayu nih!




Sunday, February 2, 2025

Sangat Berkecil Hati

 

Ramai ibubapa berkecil hati terhadap anak- anak mereka, terutamanya ibu- ibu....tanpa pengetahuan anak -anak..

Seorang bapa yang telah pencen menceritakan dia cuba mendekati anak-anaknya . Bila anak- anak tengok tv dia pun join sama. Malangnya lepas seorang demi seorang anaknya beredar dari situ. Dia rasa sangat hampa dengan perbuatan anak- anaknya.

Ye lah pakcik oii..masa ekau muda dan budak- budak tu masih kanyak lagi ekau tak nak bertegur sapa dan bermanis muka dengan depa. Tahunya nak tunjuk temper je dengan anak-anak - kononnya ekau tu orang yang sangat sibuk dan penat bekerja....depa pun takutlah nak dekat..

Ada ibu yang mengadu hal bila dia terlantar sakit anak perempuannya tiap-tiap hari datang bawak makanan untuk dia, tapi sekejap je, duduk pun jauh-jauh - lepas tu terus balik. Sambil menangis mengenangkan anaknya tidak langsung mendekatinya dan langsung tak bertanya kabar.......

Madame.....mungkin dia tak tau apa nak buat....tak pandai nak bermesra ( sebab ekau pun selama ni tak pernah bagi muka kat dia)....apa kata ekau sapalah dia, beritau dia tang mana yang ekau sakit..mintak tolong dia picit atau sapukan minyak ( contohnya ).... InshaAllah akan tercetus rasa kasih sayang ibu dan anak yang selama ini mungkin tak pernah dizahirkan...

Ala kulliy hal memang ada anak-anak yang jenis tak mengenang budi, ada yang sampai ke tahap si Tenggang. Itu bukan salah ibu mengandung tapi hasil perbuatan anak-anak itu sendiri...

Ibu-ibu pun janganlah pegi sumpah anak jadi batu macam si Tenggang tu, bukan ada faedahnya...Cuba sumpah jadi kereta Ferrari ke atau ATM machine ke...ada manfaat jugak...

Akhir kalam sebaiknya kita memaafkan mereka dan mendoakan mereka segala kebaikan dan keinsafan....adanya......




Monday, January 6, 2025

Tahniah Srikandi Wanita

 

Balik kampung baru ni dapat berita yang mengejutkan - Mek Kiah berjaya merangkul pingat emas!  Masuk pertandingan apa? Takde pun keluar dalam berita utama....

Akak pegilah tanya, dia pun baru semalam balik kampung dengan anak-anaknya..Hari ni dia pegi ziarah rumah tok dia.

Esoknya bila berjumpa Mek Kiah kita pun tahniah kat dia sebab dapat pingat emas. 

Pingat emas apanya? Dapat surat cerai adalah...

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun..bila pulak engkorang  bercerai berai ni?

Bulan lepas ... Kiah dah lama bersabar dengan abang Leh. 

Engko mintak cerai ke?

Buat planning dulu..Ada kawan ajar macam mana nak trace hp dia. Dari situ Kiah tahu mana dia pegi. Kiah upah orang pegi tengok dia. Rupanya setiap minggu dia masuk hotel dengan seorang..yang bukan muhrim..

Kiah pegi mengadu ke pejabat kadi. Pegawai pencegah maksiat beritau dia kena bekerja sama - bagitau  lokasi suaminya pada masa itu dan dia pun kena berada di kawasan berdekatan. As soon as  pasangan dah masuk bilik dia kena call terus team penguat kuasa yang ever ready nak serbu.....

Pada hari yang berkenaan - selepas suami dia keluar,  dia pun pergi ke hotel berkenaan dan dari jauh dia nampak kereta suaminya. Dia pun sembunyi jauh sikit dari tempat tu dan terus dial nombor penguat kuasa pencegah maksiat. Kejap lagi dia nampak Black Maria lalu terus ke hotel dan beberapa lama kemudian keluar dari situ...

Mission accomplished! 

Mek Kiah ada cerita bagaimana dia dapat nombor bilik hotel tu ( kena beritau pencegah maksiat nombor bilik sekali ) - takut salah terjah...

Akhir kalam semua wanita kena tahu hak mereka dan kena pandai jaga diri. Kalau dia teraniaya , kena cari jalan keluar. Bukan menangis siang malam, buke baloh si'e malae atau bukan cari tok moh...

Kalu kena madu... jangae gi serang madu...Mu gi tenyeh laki mu dulu...mugo dio yang gi akad nikoh....kan?



Sunday, December 15, 2024

Adat Berjual Beli

 

Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati...

Paling best bila pegi Pasar Siti Khadijah membeli belah. Peniaga-peniaga di situ paling peramah dan pandai mengambil hati pelanggan..

Mari lah tengok kain batik molek - molek...baru sampai..banyak pilihan......atau ...rasalah sambal daging ni, kalau suka buleh beli bawak balik....

Pendek kata setiap lorong yang kita lalu akan disapa, mereka akan perkenalkan barang jualan dan ajak singgah...harga boleh kurang lagi....

Kadang- kadang- kalau ada sedara mara datang ziarah kami bawak beli belah. Bila banyak barang yang di borong, peniaga akan bagi bonus seperti sehelai kain batik atau lain- lain yang sesuai.

Sebab tu orang suka pergi ke Pasar Siti Khadijah...

Kak D berpesan pada saya kalau nak berborong sakan pilih peniaga lelaki yang muda - jangan pergi kedai orang tua..Sebabnya lelaki muda mudah berkira, untung sikit dah ok asal barang laku dan boleh pusing modal. 

Katanya ada juga perempuan tua atau lelaki tua yang payoh bbaso sebab pegang harga dok lepah....

Ala kulliy hal pandai- pandai lah kita membeli belah...Kalu hok kito nok beli tu molek doh...jangae lah dok menawar sampai ke petang...



Wednesday, November 27, 2024

Cita-Cita vs Angan- Angan

 


Saya dah lama teringin nak tanam cendawan. Rasa macam best je kalau tanam cendawan kat rumah . 

Minggu lepas Tina beri saya sebungkus cendawan tiram. Di kawasan rumah Tina ada projek Kebun Komuniti  di Jalan Berlian dan Jalan Zamrud . Mereka menanam sayur di kawasan belakang dapur masing-masing - back to back sepanjang- panjang deretan rumah mereka. 

Projek ini telah berjaya dan hasilnya dijual setiap hujung minggu.

Tina beritau kalau nak tanam cendawan kena beli bongkah dia dan bubuh benih dalam tu. Kena siram hari- hari dan tutup dengan tuala. Dan kena letak di tempat yang gelap - bilik gelap.


Bongkah cendawan - Shopee


Kalau nak tanam sebongkah atau dua je tak perlu bilik gelap. Jadi nak bubuh kat mana? Dalam lemari bawah dapur? Atau pada satu penjuru dalam bilik stor? Tina kata lipas suka makan cendawan....tak boleh letak ikut suka..

Lagi satu cita-cita saya ialah nak tanam pokok vanilla. Saya pernah tengok dokumentari orang  berkebun vanilla. Pokok vanilla ni macam pokok okid, sangat cantik bila dia berbunga...

Ahli-ahli Kebun Komuniti telah pun membuat lawatan ke ladang vanilla di Pulau Pinang. Tina beritau saya pokok vanilla ni lain sikit dari pokok- pokok lain.

Pokok vanilla ambik masa tiga tahun untuk berbunga. Setelah berbunga kena pulak didebungakan oleh lebah yang khas diimport dari Mexico ( mak aii...)...supaya ia mengeluarkan buah ( vanilla pods ) . Dalam buah vanilla ada biji- biji kecik yang digunalan sebagai bahan pewangi dalam kueh mueh.



Gambar Ihsan Amazon

Atau pun pendebungaan boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kapas - ambik debunga jantan letak pada stigma bunga betina dari pokok ke pokok.....( wuih! nak buat macam mana tu? )

Rasanya lagi murah dan senang pegi beli vanilla dalam botol kat kedai runcit je...

Bukanlah nak kata...cita-cita ni tak kira kecik atau besar mesti ada cabarannya. Sebab tu lah kalau bercita- cita kena ada semangat yang kental dan hendaklah ia sesuatu yang munasabah.

Kalau cita- cita tak munasabah tu angan- angan namanya. Macam Mat Jenin - tengah panjat pokok kelapa berangan- angan nak jadi kaya dan dapat kawin anak Raja. 

Khalas -  lalu terjatuh dari pokok - tak tau apa jadi!


Monday, November 18, 2024

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin




Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bertahan walaupun kedua-dua lutut dah jem.

Sebelum pembedahan saya terserempak pulak dengan video-video di Youtube - sangat menggerunkan dengan alat-alat yang bersusun kecik besar atas tray di bilik pembedahan...and they are not scissors..saya tak berani tengok!

Hari pembedahan, Pakar Bius beritau saya akan dibius di bahagian pinggang - secara epidural. 
O.....K.....that means I'll be wide awake?
No and don't worry you won't feel anything and I make sure you will  be calm and sedated. 
Dan beliau telah berada disebelah saya sepanjang pembedahan...

The thing about epidural ni pulak you can hear voices from the very far end of your ears - the clanking of tools ( bunyi macam penukul - wuihh! ) and faint voices talking... in between my deep sleep....

Akhirnya - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah - syukur tidak terhingga kepada Allah SWT saya telah selamat menjalani pembedahan sebulan lalu. 

Hari ini Doktor mengesahkan lutut saya telah mengalami pemulihan secara sepatutnya.... Syukrillah.. Saya dah boleh berjalan lurus
dan tak senget sebelah sebab my bow leg has been straightened... Barakallahu fiik Sir!

Akhir kalam kalau lutut dah sakit, pergilah berjumpa dengan Doktor yang pakar...dan janganlah baling nasihat pakar ke bawah stemroll...

Wednesday, October 30, 2024

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

 


'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan..

Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lutut akan mengambil masa 5 hari untuk pulih dan boleh berjalan..

Me and Beautiful Life pun mulalah kemas baju - as for me 3 helai t-shirt, 3 helai blouse dan dua pants, 3 helai kain batik, sepasang baju kurung dan lain- lain yang berkaitan hingga penuh bag masing-masing. Siap bag macam nak pergi holiday...

Rupanya setiap hari pakai uniform hospital..haha..

Apabila Doktor buat lawatan pada pagi esoknya, beliau memberitahu saya - I think ramai orang yang berdoa untuk you.....pembedahan berjalan  lancar. 

Alhamdulillah..

Doktor terlupa dia seorang PAKAR BEDAH yang berpengalaman - beliau lebih menyandarkan kebesaran Allah dari kepakarannya. 

Semoga beliau dilimpahi Rahmat Allah di dunia dan di akhirat....aamiin....

Ramai jugak doktor- doktor di luar sana will announce....The operation was done successfully! ( nok ghoyak dio doktor yang hebat! )

Pada masa itu saya sangat insaf bahawa kita patut sentiasa bersyukur dan jangan ambil ringan atas setiap doa yang diberikan pada kita. Kita tak tau doa siapa yang Allah makbulkan.. 

MashaAllah, Tabarakallah..kita tak tahu apakah yang Allah akan kurniakan....

Bagi mereka yang mendoakan, semoga Allah membalas mereka dengan yang lebih baik... diluaskan rezeki dan sihat tubuh badan... aamiin..


Wednesday, October 2, 2024

Tukar Kepala Lutut!

 

Pada tahun 2003 saya dirujuk pada Pakar Ortopedik di HKL sebab ada masalah lower back pain. Masa menunggu doktor saya nampak ada beberapa orang yang berkerusi roda. 

Lepas tu saya nampak papan tanda - Tempat Tukar Kepala Lutut. Saya pun tergelak - bior bebenor -tukar kepala lutut?

Pastu gi ghoyak habis kat kawan- kawan - HKL ada tempat tukar kepala lutut! 

Alohlah mu ni oghe tahu belako doh, mu sorang jah dok tahu!

Masa itu saya sungguh kurang pengetahuan tentang sakit lutut. Walaupun kerap bertemu dengan orang sakit lutut tapi kita ni buat tak kisah sangat sebab lutut tak sakit. Kalau ada orang operate lutut - ...ok dah operate lutut.. eh, kena masuk besi ke? adakah masuk besi dalam lutut? atau atas lutut? atau pada lutut ?

Ambo dok tahu gapo langsung! Macam....ianya tak akan terjadi pada saya.

Hari ni..saya berada di depan seorang Pakar Ortopedik discussing about my ailing knee! Lutut dah sakit sangat - dah sendiri kena baru tau langit itu tinggi! Kena terima hakikat kena buat pembedahan lutut!

Dengan in denial nya mintak doktor bagi option lain. Doktor pun bagi dua option iaitu operate belah tepi lutut atau yang keduanya buat satu support dari pangkal betis  ( the details in the web ) . 

Ambo pong dengan happynya pilih yang belah tepi, rasanya macam sikit je operate dan sikit je besi yang terlibat.....

When MRI result came in, rupanya kepala lutut dah teruk...tiada option lain lagi melainkan.... tukar kepala lutut!........

Rasa macam nak kiamat dah...



Wednesday, September 18, 2024

Enam Tahun Dah Pandai...

 ...tiga bahasa..

Pagi tadi saya saya ada temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Temujanji pukul 8 pagi, saya sampai pukul 8.15 pagi, sudah ada beratus orang di ruangan menunggu...mungkin dorang bawak sleeping bag malam tadi...haha...

Seorang wanita India bersama anak lelakinya berumur 6 tahun datang duduk di sebelah saya. Comel je dan bukan main  manja dengan maknya. 

And this grandmama tak lepas peluang mengusik si comel tu..

Dah sekolah ke belum?

Dia malu-malu nak jawab...lalu lari- lari anak ke hujung sebelah sana. Rupanya grandmama dia duduk menunggu kat situ...

Mak dia kata kat rumah cakap banyak - pandai cakap Melayu!

Dia suka tengok Upin Ipin, sampai dia panggil nenek dia Opah!

Dia selalu marah saya kenapa asyik cakap Tamil dan English saja, cakap Melayu lah sama....

Saya sungguh terpegun dengar cerita dia. Seorang kanak- kanak kecil bukan Melayu pandai berbahasa Melayu kerana menonton  Siri Upin dan Ipin.

Sesungguhnya setiap program yang berqualiti tinggi dan dapat menyampaikan mesej pada audien dengan baik, menghasilkan kesan yang baik dan dapat menyatukan rakyat yang berbilang kaum!



Me And My Puak Gerabak..

Walaupun kita ada pertalian darah dengan seseorang, kadang kala kita tak rapat dengan mereka. Bukan kerana sombong atau tak mesra tapi keran...