Sunday, January 4, 2009

Israel sedang rakus

Umat Islam seluruh dunia tersangat marah terhadap perbuatan Israel yang dengan sombongnya menyerang Semenanjung Gaza dari udara dan darat ,menghujaninya dengan peluru-peluru yang (sudah tentunya) antara lain adalah buatan Amerika.

Israel dengan sekutu kuatnya itu ada sebab yang kukuh untuk menghancurkan Palestine, ekoran dari tindakan pejuang Hamas yang menghantar roket-roket yang mengenai perkampungan Israel. Bush dengan angkuhnya mengumumkan melalui corong-corong radio di Amerika menyokong tindakan Israel itu (takut nak buat pengumuman terbuka ,takut kasut buruk atau telur busuk naik ke muka),kali ini mungkin dari rakyatnya sendiri.

Penduduk dunia memerhati serangan Israel ini dengan perasaan yang tidak tergambarkan,dengan penuh kemarahan, kebencian ,geram --- kerana kita semua tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengatasinya. Ada pun PBB, konon sebagai badan pengaman antara bangsa,tapi tak ada kuasa bertindak.Kuasa Amerika lagi besar dari semua yang ada di dunia ini.Bila Amerika jegil mata sikit semua kecut perut. Pelan damai yang dirancang selamanya tak pernah menjadi. Yang menjadinya ialah penindasan demi penindasan terhadap Palestine.Membina tembok di sempadan Gaza,menyekat saluran makanan,air ,api dan lain-lain keperluan asas manusia iaitulah tindakan mengepung dan menghancurkan Gaza. Kini mereka sudah ada pasport untuk terus menerjah masuk ke Gaza melalui darat dan udara dengan mempamerkan kekuatan ketenteraannya. Sedang dunia memerhati dengan bisu seribu bahasa.

Persoalannya ,apakah yang perlu dilakukan untuk menghentika semua ini? Pelbagai perkara telah dilakukan ,tunjuk perasaan, desakan dari pelbagai negara, salurkan bantuan perubatan dan bantuan kemaknusiaan dan lain-lain lagi.Selagi Amerika menyokong perbuatan Israel,selagi itulah serangan akan berterusan sehinggalah Israel mencapai matlamatnya. Bagi kita umat Islam pula paling mudah kita boleh memberi pertolongann ialah dengan sembahyang hajat beramai-ramai atau bersendirian setiap kali kita sembahyang fardu,insyaalah.

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...