Thursday, January 22, 2009

Patin sangkar,patin buah.

Hari ini seorang kawan mengajak saya makan tengahari di sebuah restoran baru di sekitar Lembah Kelang. Restoran itu menyediakan pelbagai masakan ikan sungai. Sebenarnya kami ingin ke Temerloh makan gulai tempoyak ikan patin,tapi bila dah nampak restoran baru kami batalkan hajat nak ke Temerloh.

Kami tiba pada pukul 11.50 di sambut dengan penuh mesra ( kalau makan di gerai tak perlu sambut menyambut,duduk aje dan pesan makanan apa yang hendak! )Saya cukup kagum dengan deko restoran yang bertaraf lima bintang ( lebih kurang macam restoran dalam channel 707 atau 703 ).

Saing ambo tu tok laki dio is in the food business. Nya madah dengan kamek restoran kedak tok is not going to make it. Sebab yang diberi ialah ianya sangat klassy, bertutup, berhawa dingin, orang susah nak masuk. Lagi pula makanannya hanya sejenis iaitu masakan ikan sungai ( walau pun ada juga menu sampingan spt laksa dll ).

Gulai tempoyaknya sungguh sedap sepadan dengan restoran,tapi seketul ikan patin ( patin buah ie ikan patin yang hidup dalam sungai Pahang dan makan buah-buah yang jatuh ke dalam sungai dan patin sangkar pula ialah ikan patin yang dipelihara dalam sangkar di sungai Pahang dan makanan yang diberi ialah makanan ikan yang diproses ) yang agak nipis potongannya senipis potongan ikan tenggiri, berharga RM35. Dan seketul hanya cukup untuk seorang makan.

Sehingga pukul 1.30 t/hari kami berdua menjadi customer of honour for the day. Selepas makan dengan kenyangnya kami mula ber( betting )selama manakah restoran itu akan bertahan. Pakak-pakak teko buleh tehe ne bule jah! Tapi mungkin restoran itu dibuka bukan untuk semua orang tapi untuk pelanggan tertentu sahaja.Bak kata orang kalau nak murah pergi mengail sendiri!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...