Pernah lihat kuah mi kari membanjiri jalan? Atau nasi briyani bersepah di luar tong sampah sebab telah diselongkar oleh kucing atau anjing.
Dikatakan 50% daripada sampah yang dilupuskan setiap hari adalah dari sisa makanan. Begitu banyak makanan yang dibuang atau dibazirkan tanpa disedari oleh kita semua. Kalau setiap kita berjimat cermat mungkin timbunan sampah boleh berkurangan beberapa puluh persen.
Pernah di suatu majlis jamuan buffet, ada yang memenuhi pinggannya macam nak rak. Selepas makan tak sampai separuh pinggan this particular person announced that she couldn't finish the food because it is too much. One of the guess was quite angry with her and told her in Singapore your excess food would be weighed and you'll have to pay for it.
Tapi di Malaysia tak dengar lagi orang makan tak habis kena timbang dan kena caj.Sebab tulah banyak makanan yang dibazirkan. Saya mengaku saya juga guilty as charged dalam pembaziran bahan makanan ini. Contohnya pergi pasar beli beberapa jenis sayur termasuk sayur yang berdaun,bila tidak dimasak beberapa hari ia menjadi rosak.Seikat sayur bayam atau sawi terpaksa ditong sampahkan.
Jiran saya Kak Mah sangat bijak merancang makanannya setiap hari, dia pandai mengagak sebanyak mana hendak dimasak untuk sekali atau dua kali makan.Apabila dia berniat hendak hantar pada jiran, dia akan masak lebih sikit pada hari itu. Dan jirannya yang bertuah itu ialah saya. Masakannya memang sedap sampaikan anak-anak kata --- makcik Mah memang terer masak, cok kodok pun sedap!
No comments:
Post a Comment