Monday, September 14, 2009

Anda ikut mazhab mana.............................

Setiap Ramadan akan berlaku perselisihan faham tentang mazhab. Sama ada mazhab 8 atau mazhab 20. Masing-masing kondem mengondem, ada kata sembahyang terawih 8 rakaat mengikut sunnah nabi, nabi tak pernah buat lebih dari 8 di masjid ( di rumah sembahyang sampai bengkak kaki mereka tak ambil kira sebab nak menegakkan hujjah mereka ).

Begitu juga dengan yang sembahyang 20 rakaat, berhujah dengan amalan yang dilakukan oleh Saidina Umar, siapakah Saidina Umar itu yang nak diketepikan ijtihadnya. Maka berlarutanlah perselisihan pendapat ini hingga tiada penghujungnya.

Pernah sekali seorang kawan yang bekerja di Pulau Pinang tapi bermastautin di Kedah, kerap lambat balik kerja jadi dia akan berbuka puasa di tengah jalan dan bersembahyang di mana-mana mesjid atau surau yang berdekatan. Selepas selesai 8 rakaat terawih, beliau bergegas hendak pulang, tiba-tiba tok imam melalui pembesar suara menegurnya, ia perlu menghabiskan 20 rakaatnya!

Setiap kali puasa saya kena berjihad dengan diri sendiri bila sampai masa terawih.I really envy people sembahyang terawih 20 rakaat dengan bergayanya. Bila I sembahyang selepas lapan I jadi tak tentu arah, mengantuk, tak kusyuk dan kadang-kadang bercelaru, tok imam berdiri I duduk, tok imam duduk I berdiri. jadi kenalah berhenti sembahyang. Berjuang disaf dari muda sampai tua, bila tua barulah pandai sikit bagaimana nak habiskan 20 rakaat. Caranya mudah saja, selepas 8 rakaat tukar tempat, lepas 16 tukar tempat.....barulah dapat melawan nafsu ammalaaass....

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...