Sejak beberapa tahun yang lepas ini kawasan perumahan kami sentiasa dikunjungi tetamu yang tidak dijemput, tidak kira siang atau malam. Sebagaimana kawasan perumahan yang lain-lain di sekitar KL , waktu siang sunyi senyap, ada rumah yang kosong, ada rumah yang dihuni oleh pembantu rumah dengan anak-anak kecil, sedang tuan rumah keluar bekerja dan anak-anak yang besar keluar bersekolah. Jadi tak hairanlah kejadian pecah rumah menjadi-jadi tak kira siang atau malam.
Lebih menggerunkan pencuri-pencuri ini akan bertindak pada waktu-waktu orang sedang sibuk, atau sedang leka atau sedang kepenatan. Pada waktu pagi, pencuri yang bermotosikal akan menunggu di tepi-tepi jalan untuk meragut. Di waktu tengahari pula iaitu di sekitar pukul 3- 4 sebelum orang balik kerja mereka masuk mana-mana rumah yang tiada berpenghuni. Lebih hebat lagi ada yang masuk ke rumah mangsa waktu penghuni sedang leka misalnya menonton tv, mereka masuk ikut pintu belakang. Ada juga ' strike' pada waktu hampir subuh iaitu pada pukul 5- 6 pagi.
Paling hebat, kejadian berlaku disalah sebuah rumah di kejiranan kami pada waktu tengah malam. Mereka mengikat tuan rumah anak beranak dan menggelidah rumah dan melarikan diri dengan wang serta barang kemas.
Kejadian lain berlaku pada pukul 6 petang apabila tuan rumah keluar dan apabila mereka balik ke rumah 2 jam kemudian, rumah telah dimasuki dan sejumlah wang yang agak banyak beserta barang kemas telah hilang, wayar alarm telah terpotong. Jiran sebelah rumah pun tak sedar.
Walau pun kini kawasan kami telah menjadi 'gated area' tetapi masih ada lagi yang bolos masuk ke beberapa buah rumah pada waktu siang dan malam. Jadi, camno tu?? Bilakah pencuri-pencuri ni nak pencen agaknya!!
No comments:
Post a Comment