Saturday, November 21, 2009

Drama Swasta - Babak 1

Dalam tahun 80an, ibu saya pernah berkata, sesetengah drama tv sebenarnya nak beri pegajaran pada kita semua, sebab ada cerita yang ditampilkan merupakan cerita benar. Saya pun jawab balik, mak, jangan percaya drama-drama tu, mengarut aje, rekaan manusia ! Ada ke menasabah, cerita dengki kat orang , nak pegi bakar rumah orang tu, gila ape, tak pernah-pernah terjadi kat kampung kita, dan pelbagai lagi contoh yang saya beri.

20 tahun kemudian cerita yang tak munasabah itu pun berlaku pada diri sendiri atau terjadi pada kawan-kawan , atau orang yang kita kenal dan tak kenal. Masa tu mak dah tak ada nak beri tahu apa yang mak kata itu ada betulnya.

Saya pernah ditawarkan seorang anak , yang masih dalam kandungan. Seorang kenalan lama, Z yang mempunyai seorang ahli keluarga yang sedang mengandung 7 bulan, suami menghilang entah ke mana. Memang selalu dia menghilangkan diri, bila dia balik, duduk sebulan dua dengan isteri dan anak-anak, dia menghilang lagi, tinggal isteri yang telah pun mengandung. Oleh kerana tak mampu menyara anak yang akan lahir, dia sanggup berpisah dengan anak yang bakal dilahirkan.

Oleh kerana saya tak sanggup nak terima tanggungjawab yang besar, kebetulan pada masa yang sama, seorang sahabat yang kematian anak ingin mengambil anak angkat, jadi saya sampaikan hajat sahabat itu pada Z. Setelah berpuas hati tentang budi pekerti dan kedudukan kewangan sahabat saya tadi, siibu rela menyerahkan anak itu pada sahabat saya. Mereka berjanji bila lahir saja anak itu akan diserahkan terus pada sahabat saya.

Kebetulan masa bayi itu lahir, sahabat saya sedang berada di Mekah, dan dalam masa seminggu lagi akan balik. Jadi saya pergi ke hospital ( seperti yang dijanjikan ) untuk mengambil bayi itu untuk dibawa balik ke rumah saya dahulu. Tiba di hospital, Z beritahu ibu bayi itu nak tidur semalam dua dengan anaknya.

Dua hari kemudian , saya menerima panggilan telefon dari Z minta datang ke rumahnya untuk mengambil bayi. Semasa saya sampai, Z dan sepupunya sedang menangis, berpeluk-pelukan bertiga beranak, bayi kecil dipeluk erat, dikucup, seolah-olah tak mahu dilepaskan.

Pada masa itu saya tak tertahan air mata, sayu dan sedih melihat bagaimana hibanya seseorang ibu nak melepaskan anaknya . Masa itu saya rasa diri sebagai monster yang datang nak merampas anak orang. Saya rasa begitu zalim kerana nak memisah dan memutuskan kasih sayang antara anak dan ibu. Peristiwa itu masih terpahat diingatan saya hingga kini.

Masa belum lahir macam mudah aje nak beri anak, lahir aje terus ambik bawak balik. Rupanya kita terlupa bahawa kita adalah manusia yang ada perasaan, kasih sayang, kasihan belas, jadi ianya tidak semudah yang disangkakan!!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...