Wednesday, November 4, 2009

Kuala Lumpur Dihiasi Khazanah Alam!!



Palma yang tersusun rapi di bahu jalan

Setiap hari penghuni keluar masuk Kuala Lumpur mungkin tidak menyedari bahawa bandaraya kita bukanlah sebuah kotaraya yang hanya dipenuhi dengan bangunan berkerangka besi, macam robot, tiada nilai estatika. KL bandaraya yang segar berteraskan Sungai Kelang dan Sungai Gombak sebagai degupan jantungnya. Urat-urat sarafnya pula ialah segala kehijauan pokok-pokok yang menghiasi seluruh ceruk bandaraya ini.

Mahligai bagi burung-burung yang menghuni KL

Amat menarik sekali di setiap bahu jalan dibariskan pokok-pokok rendang, yang memberi teduhan. Pada masa yang sama menjadi tempat persinggahan burung-burung di waktu pagi dan lewat petang. Mungkin suatu hari nanti seseorang akan membuat kajian tentang burung-burung yang menjadi penghuni Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Pohon rendang yang melembutkan pandangan

Tempat letak kereta berbumbung hijau!

Bangunan-bangunan tinggi yang hebat, gagah, akan jadi kaku kerana bertulangkan besi dan berdindingkan batu tetapi apabila di kelilingi oleh pokok-pokok teduhan dan pokok-pokok hiasan yang diatur rapi , ia seolah-olah telah mendapat rohnya yang tersendiri. Bahan batu diadun dengan alam semula jadi menghasilkan seni yang unik. Bandaraya KL yang menghijau!

Persimpangan antara Sungai Gombak dan Sungai Kelang

Sungai Gombak yang mengalir setia membelah Bandaraya ini menjadi nadi yang menghidupkan seluruh Kuala Lumpur. Elemen air, batu dan kehijauan memberi KL satu kelainan dari kotaraya yang ada di dunia ini. KL mempunyai keindahan dan identiti yang tersendiri yang menyejukkan mata memandang.

Laluan ke taman rahsia ?

Seluruh dunia memperkatakan tentang pemanasan global, kepupusan hutan..... tapi .....hei... ada hutan comel di sekitar KL ini!!

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...