Tuesday, November 24, 2009

Drama Swasta - Babak 2

Sepuluh tahun kemudian, saya bertanya sahabat saya ,sudahkah dia memberitahu anaknya keadaan sebenar. Dia agak jengkel dengan saya. Sedangkan dia tahu anaknya tengah keliru, maklumlah sudah bersekolah, surat beranak bin lain, ayah yang ada sekarang nama lain. Masa kecik bolehlah tipu, nama ayah dalam surat beranak tu masa ayah susah, toreh getah, bila ayah dapat kerja, tukar nama baru.

Berkali-kali beritahu dia, cakaplah yang betul, sebab masa kecik terkejut kecik, bila dah besar nanti dia akan terkejut besar. Akhirnya dia akur, nekad nak beritahu anaknya itu di satu masa yang sesuai.

Tiba masa yang sesuai, terjadilah satu drama yang menyayat hati, bila ibu memberitahu anaknya bahawa dia bukan ibu sebenar. Anak terkejut , tak berapa faham -- mak tipu ni, ek, mesti mak tipu.

Betul sayang, mak cakap yang betul

Tapi sapa mak sebenar saya?

O, dia orang jauh, bapa sayang pun dah tak ada.

Kenapa dia bagi pada mak?

Sebab dia susah, takde suami,

Alah, kalau kita, biarlah susah sama susah, makan pasir pun tak apa.

Eh, jangan macam tu, dia nak sayang hidup senang, cukup makan, cukup pakai, boleh pergi sekolah, belajar pandai-pandai.

Memalingkan muka ke tempat lain, lalu keluar dari bilik. Ibu mengikut dari belakang dan ambil album semasa anaknya masih bayi.

Mak ni sama juga, macam mak yang lahirkan sayang. Sayanglah satu-satunya anak mak, takde yang lagi di dunia ini. Tengok gambar masa sayang baby lagi, mak peluk, mak cium, mak bela dari kecil sampai besar macam ni.

Anak melihat album denga sebelah mata aje, lalu masuk ke bilik semula, diikuti oleh ibu.

Sapa dia mak saya

Dia ada di negeri...............Kalau sayang nak jumpa dia kita boleh cari

Tak apalah.... tak nak.....

Adegan drama berlarutan hingga pukul 12 malam dipenuhi dengan dialog-dialog yang menyayat hati. Air mata kedua-dua beranak tumpah macam hujan di musim tengkujuh. Tapi Alhamdulillah pada keesokan harinya keadaan sudah pulih seperti sedia kala, cuma ada sedikit perubahan pada sianak, sangat bersopan pada ibunya. Tapi setelah beberapa hari kemudian keadaan pulih seperti sedia kala, buat degil dengan mak, campak tuala merata atas lantai, mak berleter......

Pada hari ini sianak tak kesah dah fasal siapa dia. Terkejut kecik aja pada mulanya dan keadaan sudah balik seperti sedia kala. Alhamdulillah.

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...