Saturday, March 6, 2010

Teratai Di Tasik Chini

malaysiagazzette.com










Semasa saya naik bas ekspress ke Muazam Shah beberapa tahun lepas, saya duduk di sebelah seorang gadis yang tinggal di kawasan Tasik Chini, dia memberi tahu bahawa mulai bulan Julai/Ogos setiap tahun tasik Chini akan dipenuhi bunga teratai dan pelancong dari Singapura, Taiwan akan datang untuk menikmati keindahan tasik Chini.

Apabila saya menceritakan hal ini pada anak-anak, mereka teringin nak pergi melihatnya. Dari KL kami sampai ke Negeri Pahang ( kawasan Felda Keratong) dan di sepanjang jalan ada papan tanda Tasik Chini, Tasik Chini, Tasik Chini........ tapi bila dah masuk simpang Tasik Chini papan tanda pun hilang. Kami meneruskan perjalanan, main agak-agak aje, sehingga beberapa lama dan tertanya-tanya adakah kita ambil jalan yang betul. Lama kemudian dan hampir putus asa baru nampak papan tanda Tasik Chini. Hingga kini kami serik nak ke Tasik Chini.

Kami tidur semalam di chalet Tasik Chini walau pun pada masa tu pokok-pokok teratai belum tumbuh semula sebab baru saja musnah dilanda banjir.

Semasa berulang alik ke Kedah, suatu hari kami sengaja singgah di Taiping, memandangkan papan tanda Taiping, Taiping, Taiping tu sungguh menarik dan mengujakan. Kami masuk ke Taiping, keliling bandar , yang sudah banyak berubah. Tapi malangnya bila nak keluar ke highway, tak jumpa jalan , terpaksa berpusing-pusing beberapa kali, cari papan tanda yang entah di mana.

Banyak juga papan tanda jalan yang terlindung oleh dahan pokok sampai tak nampak, hingga kita boleh sesat meraban-raban kalau dah tersalah jalan, terutamanya di KL ni. Seolah-olahnya, kami dah tunjuk permulaan jalan, kamu pandai-pandai sendirilah mencarinya.

Selalunya papan tanda penunjuk jalan kita boleh jumpa diawal perjalanan dan bila dah nak sampai ke sesuatu destinasi. Banyak destinasi yang ketandusan papan tanda menyebabkan ramai yang terkeliru dan tertanya-tanya. Mungkin mereka fikir semua orang pandai boleh agak sendiri jalan like, if we say keep left you just keep left apa susahnya! atau mungkin mereka kata, ah bodohnya nak cari jalan keTUDM pun tak jumpa!

Kerajaan.... kalau ada duit lebih, buatlah papan tanda petunjuk jalan tu banyak-banyak. Ini pun untuk kesejahteraan rakyat juga, janganlah sampai jadi bengong pulak kita yang dari KL yang nak pergi ke KB yang ikut jalan Gua Musang. Tambahan pula bukan semua orang yang nak ke KB tu orang Kelantan, yang pejam mata pun boleh cari jalan.



2 comments:

whm6840 said...

Wakakakaka....
Harris is one Kelantanese yang sebelah mata pun dia boleh balik KB tanpa sesat walau ikut jalan mana sekali pun.

Yeahhh, orang Kelantan memang suka balik kampung.

Anyway, couldn't agree less with you... Buatla signboard lebih2 untuk orang yang macam saya ni.

Kerabu Jantung said...

Just came back from KB.
It has changed a lot, bigger town and very clean.
Kubang Krian dah jadi bandar baru.
Tapi,orang yang disayang dah takde, Kak Ha,Mak Lang Wan Sarehah ( uncle's mak sepupu ) and Dr Fatma, jadi, terasa asing sikit bila ke sana.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...