Orang suka bila ada pilihan raya , tak kira besar atau kecil. Kawasan yang tak pernah diambil peduli oleh wakil-wakil mereka akan berubah wajah. Kalau dulu ramai orang kampung yang tak kenal wakil rakyat mereka , bila tiba pilihan raya - budak atas dukung mak pun kenal.......mak.. tu tok wakil kitee.........( terkejut badak mak budak tu, sebab anak dia kenal wakil rakyat! )
Masa nak mengundi, mintak apa pun boleh - nak supermarket, nak hospital, nak wifi, nak padang golf, nak hiway kat kampung....boleh, semua boleh! Bior bebenor pakcik oi.......Buat ape tak mintak kilang besar atau perusahaan ape-ape yang patut, ada juga peluang pekerjaan kat kampung. Kalau orang dah tak menganggur , ada kerja tetap dan dah banyak pitih, tok wakil datang 5 tahun sekali pun takpe. Tapi, awas-awas kalau orang lain potong jalan, jangan pulak berpeluh sejuk tok wakil!
Pendek kata, musim mengundi, rakyat setempat akan makmur - kedai makan, rumah sewa, kerja-kerja sambilan, pasang banner, itu ,ini , sewa mikrofon, cetak t-shirt, dapat makan free dan boleh pulak berjumpa dan berjabat salam dengan orang besar-besar. Pendek kata sepanjang masa kempen, macam hari rayalah jugak! Sebab tu ada jugak yang dajal mintak doa bagi wakil rakyat dia mati, sebab nak dapat free wifi kat kampung dia! ( dok baik awe buat doa lagu tuh! )
Setelah habis mengundi, maka senyap sunyilah kampung tu seperti sedia kala. Tinggallah segala sampah sarap bersepahan atau janji-janji( ? ) manis. Diharapkan semoga kampung yang di ceruk-ceruk hulu akan berubah wajah dengan kepimpinan tok wakil yang baru yang lebih amanah dan yang lebih berusaha dan yang lebih sayangkan kampungnya dan yang tak pentingkan statusnya dan yang lebih baik dari yang sebelumnya....dan......dan......
Hingga berjumpa dilain pilihanraya tak kira kecik ke besar !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Salam kerabu jantung. Setuju dengan apa yang anda tulis. Sama-sama kita doa Allah anugerah pemimpin yang beriman, dan takut hanya pada Allah swt sahaja. Jika ia takut pada Allah, maka saya yakin dia akan kota janji, tidak ada kepentingan diri dan benar-benar membela rakyat dan tidak merampas hak rakyat.
Salam ngasobahseliman, terima kasih menjenguk blog kerabu jantung.
Kalau pemimpin tak amanah,akan rosak bangsa dan negara!
Post a Comment