Thursday, September 1, 2011

Syawal Yang Barakah

Betapa hebatnya Islam menetapkan bayaran zakat fitrah di bulan Ramadan hingga pagi 1 Syawal untuk membantu golongan fakir miskin merasai kegembiraan di hari raya apabila mendapat wang zakat fitrah.

Beberapa tahun yang lepas, di bulan Ramadan , suami saya tercicir kad pengenalan di HKL, dan kami sungguh risau, pelbagai perkara perlu dibuat, kena buat report, kena pegi Putrajaya dan sudah tentu memakan masa untuk mendapat kp yang baru. Alhamdulillah pada petang tu jugak sepasang suami isteri muda yang terjumpa kp tu dan mereka datang memulangkannya ke rumah.

Pada hari raya tahun ni, psangan itu datang berhari raya ke rumah kami, dan kami pun bertanya kabar . Mereka pun menceritakan hal mereka ( tidak langsung menganggap diri mereka dalam kesusahan ) Mereka telah tinggal dalam lori ( majikan tempat dia bekerja ) selama 4 bulan. Ini kerana mereka telah dihalau dari bilik sewa kerana tak dapat membayar sewa. Kain baju basuh di masjid ( setelah meminta kebenaran dari pegawai masjid ). Isteri pula bekerja sebagai janitor. Dan kedua-dua mereka adalah orang lurus .

Semasa tinggal di dalam lori, isterinya yang mengandung telah keguguran. Alhamdulillah kata mereka selepas tu mereka diberi tinggal di flat satu bilik oleh majikan suaminya. Mereka telah pun ada seorang anak perempuan yang dipelihara ibu suami di Tanah Merah. Sedangkan si isteri mengatakan ibunya tak berdaya membantunya sebab ibunya juga orang susah dan mengalami pelbagai penyakit kronik.

Walaupun dalam kesusahan mereka tak meminta-minta, tak pulak selekeh, pakaian dan tubuh bada mereka bersih dan tak memerlukan simpati . Jadi, kitalah yang perlu prihatin, bahawa golongan inilah sebenarnya yang memerlukan hak mereka dengan mengikut syariat yang Allah tetapkan - mereka berhak menerima zakat, fitrah dan juga sedekah dan apa jua bantuan yang kita boleh hulurkan!

2 comments:

Beautiful Life said...

Kadang2 kita rasa musibah yg menimpa kita amat teruk, tp bila dengar kisah org lain yg lagi teruk, harus rasa insaf dan bersyukur kepada Allah. Mana yg dpt hulurkan bantuan tu, kita hulurkan!

Kerabu Jantung said...

Semoga kita dimasukkan ke dalam golongan orang-oran yang prihatin....insya Allah!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...