Sunday, September 30, 2012

Salur Jantung Tersumbat!








Ever wonder how your arteries got clogged?




The innocent looking favourite curries that we take with rice, roti canai or chappati, might be one of the culprits.......








Keep them in the fridge for a few hours ( or less than that ) -  the santan will change....







...into a piece of hardened fats.......

..dan akan buat rumah kat salur jantung kite!




Thursday, September 27, 2012

Dikejar Samseng



Setelah terputus hubungan  selama 30 tahun , dengan tak disangka-sangka mereka bertemu semula, di sebuah hospital, sama-sama pergi melawat orang sakit. Mereka pun berjanji untuk makan tengahari bersama di sebuah tempat yang istimewa - maklumlah banyak yang nak dicerita - fasal diri sendiri, fasal anak cucu.

Tahun 80an dulu tak macam sekarang, takde handphone dan takde facebook atau lain-lain, kalau terputus hubungan, memang akan terputus terus. Y menceritakan halnya setelah berpisah dengan sahabatnya , dia berada dalam kesusahan, kena hambat dek gangster yang mengutip hutang ( sekarang ni dikenali sebagai ah long ). Dia jadi buruan pengutip hutang, tAk kira siang malam, hingga anak-anaknya di sekolah pun diganggu. Masa dulu gangster tu baik sikit dari ah long - dulu depa main gertak-gertak je, kalau sekarang , dah lama dia kena bunuh.

Oleh kerana dia bekerja kerajaan, dia senang dikesan, jadi dia dinasihatkan supaya berhenti kerja sebelum kena declare bangkrap , kalau tidak mungkin dia tak dapat pencen. Lepas tu dia pun pindah rumah dan tak dapat dikesan lagi.


Borak punya borak bila dah nak beredar, tiba-tiba Y mengeluarkan sebuah envelop dan dihulurkan pada sahabatnya . Sahabat pun terkejut bila buka envelop tu ada duit  purple baru dan masih keras beberapa puluh keping. Y pun kata , kalau you masih ingat, you pernah bagi pinjam duit pada I lama dulu. I nak ucapkan terima kasih pada you sebab bagi pinjam duit tanpa soal panjang. You tau, masa tu I susah sangat, setiap bulan dikejar  samseng -samseng tu!

Kejadian itu berlaku akibat baik hati pegi jadi penjamin orang nak buat bisness  - bisness lingkup dia terperangkap dengan masalah hutang orang.




Monday, September 24, 2012

Masalah Di Laluan Plaza Tol





Sebab apa berlaku kesesakan di plaza tol?

Kadang-kadang kita dok heran fasal apa laluan touch n go jadi lembab macam laluan tunai. Ada yang tak pernah nak check berapa ada kredit dalam kad touch and go dia  Bila masuk laluan  tol rupa-rupanya baru sedar kredit dalam kad tu dah habis - terpaksa undur belakang. Kalau waktu tengah sesak bayangkan kereta terpaksa beratur panjang menunggu masalah kad touch and go yang tak boleh lepas palang diselesaikan .

Kenapa laluan tunai lembab macam kura-kura?

Sebabnya ada pak lawak yang dah sampai di tempat pembayaran tol, baru nak ambik wallet dalam poket belakang lepas tu dok cari duit kecik. Ada yang begitu perfectionist dalam membayar duit tol, mesti betul-betul cukup , kalau  rm 1.20, kena bayar dengan duit seringgit dan 20 sen yang tepat. Maka menggagaulah dia untuk mendapatkan duit yang tepat begitu! Dengan memakan masa seberapa lama yang dia suka!

Orang belakang punyalah sakit hati.......


Thursday, September 20, 2012

Biar Mati Adat jangan Mati anak



Seorang kawan bercerita, kakaknya baru saja kehilangan suami dan dia buat kenduri tahlil tiap-tiap malam, setakat ni dah malam yang ke 5. Dia kata dia hanya pegi malam  pertama dan malam kedua saja, malam yang lain-lain tu dia malas nak pegi. Dia kata entah apa-apa kakak dia tu, buat amalan yang tak ikut syariat.

Saya pun pernah dengar keluhan seorang pendatang   , katanya kalau orang kampungnya buat kenduri semuanya dijemput, dan diwajibkan hadir, kalau tak hadir bila dia buat kenduri orang tak datang. Katanya kerap benar mereka buat kenduri , pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling keluarga mereka, akan diadakan kenduri - kenduri kawin, kenduri melenggang perut, kenduri cukur jambul, kenduri bersunat ,kenduri tu, kenduri ni......

Katanya dah jadi adat buat segala macam kenduri , seolah-olah macam terpaksa sebab ikut tradisi  turun temurun  dalam masyarakat dia. Dia rasa macam tertindas dengan adat dan norma-norma masyarakat. Ramai juga yang mengeluh, tapi tak berupaya nak  menidakkannya.

Mas ni seorang yang agak keras dan agak berani menentang adat yang tak membenarkan kawin sesama suku . Dia benarkan anak perempuannya menikah dengan lelaki yang seketurunan ( sesuku ). Saya pun tanya apa jadi kalau kawin sesuku? dia kata pasangan suami isteri tu akan diboikot oleh masyarakat. Habis tu anak Mas macam mana? Dia  suruh anak dan menantu berhijrah ke tempat lain, keluar dari kampung tu!

Mas menambah lagi, bila dia kenduri cukur jambul cucunya, dia tak panggil orang sekampung, memadai jiran keliling rumah dan sedara mara yang dekat. Dia tak kisah orang nak kata apa, sebab dia kata, dia yang berpenat lelah mencari duit, tinggal anak, tinggal suami bekerja di Malaysia ni, mana mampu nak buat kenduri besar!

Mas bekerja 3 trip sehari - pagi petang dan malam , 6 hari seminggu, kadang-kadang 7 hari seminggu. Saya berdoa semoga apa yang dibuat oleh Mas tu menjadi ikutan orang-orang lain  ( yang tidak bersetuju dengan adat resam yang menyusahkan )di kampungnya!








Monday, September 17, 2012

Jual Rumah, Beli Rumah

Pada suatu ketika dulu, seorang kawan memarahi adik beradiknya yang suka beli rumah kemudian menjualnya semula dengan harga yang tinggi dan dapat untung berlipat ganda. Katanya korang ni, beli rumah kawasan bandar pastu jual pulak lama-lama orang lain dok dalam bandar korang pegi duduk makin jauh dari bandar!

Pernah seorang kawan yang berniaga  handmade  karpet  menceritakan ramai ahli keluarganya yang dah beli rumah di prime area seperti Bangsar , Taman Tun dan One Utama ( pada tahu 1990an dulu ) , bila harga rumah naik melambung mereka pakat-pakat jual rumah, dapat untung banyak pegi beli rumah di Rawang yang pada masa tu harga rumah sangat rendah. Sekarang mereka dah menyesal sebab, business mereka semuanya di KL, nak turun naik KL jauh, guna banyak minyak kereta,  -  kos pegi balik + tol+ makan minum dan lain-lain lagi, menyebabkan mereka rasa rugi dan menyesal jual rumah.

Pernah ada orang kata kat saya, you jangan dok kata nak jual rumah you  , orang sekarang semua ada duit berjuta, tup tup  terlepas cakap nanti tak berumah kita - mana nak cari rumah yang murah la ni. Beberapa tahun kemudian orang yang sama datang jumpa saya.....cikgu, kalau you nak jual rumah , jangan jual kat orang lain, jual kat I !

 Boleh kalau you nak beli...2 juta lock stock and barrel ( termasuk lipas, semut dan cicak yang suka berak  dalam rumah,  tikus yang datang pada musim mengawan setiap bulan Mei! )

Dia pun menjegilkan mata ........

Ek eleh, ada hati nak jual 2 juta  rumah buruk sekangkang kera , senget benget dan berkelarah  tu!.  Jual kat orang gila bolehlah!

Akak yang nak beli sangat kan? janganlah naik angin pulak!



Masjid lama di Istanbul , Turki. I would love to see the interior of this mosque. ( Google search )



Pendek kata kalau ada harta walaupun sekecil studio apartment, jagalah harta tu baik-baik! Jangan pulak bila dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.



Saturday, September 15, 2012

Mohon Murah Rezeki


Ada kawan kata kalau nak murah rezeki, solat sunat banyak-banyak, mintak doa waktu sujud - mintak rezeki banyak-banyak. Tapi kena spesifik rezeki apa yang kita nakkan tu, kalau tidak kita akan dapat rezeki apa-apa saja, sebagaimana berlaku pada seorang kawan :

Semalam I berdoa minta Allah bagi rezeki yang banyak, hari ini makbul doa tu. Hari ni saja I dapat  30 biji limau. Pagi tadi jumpa kawan lama, dia bagi I sebungkus limau ( 10 biji ) , lepas tu pegi pasar Siti Khadijah, beli banyak sayur dan buah-buah , tuan gerai hadiah saya sabungkus limau ( 10 biji ). Balik rumah suami bawak balik sebungkus buah limau ( 10 biji ). Aii, kalaulah I mintak duit banyak-banyak mungkin dapat duit 3 guni hari ni , katanya dengan berseloroh....

Tapi ada pulak seorang kawan lain yang berdoa pada Allah - mohon banyak rezeki, tapi pada hari esoknya sambung balik doa malam tadi, mohon pada Allah kalau nak beri rezeki, jangan terlalu banyak, memadai lebih sikit dari yang dia ada pada masa tu, sebab dia takut Allah bagi rezeki dengan istidraj - dia tak mahu dirinya binasa dalam kemewahan.

Ada lagi seorang kawan, dari rumah berkobar-kobar nak mintak pada Allah rezeki yang banyak , nak jadi multi millionare  , sampai depan Kaabah, tukar doa dengan cara yang lebih sopan minta rezeki yang halal, minta tambah iman, tambah ilmu dan minta ampun banyak-banyak pada Allah bagi pihak diri, ibubapa dan ahli keluarganya!

Pendek kata minta lah dengan Allah apa saja yang baik buat diri kita, jangan dok buat menipu orang dah le!




Thursday, September 13, 2012

Tak Pernah Lihat






Masjid yang unik




Masjid di Djenne'  Mali




Aktiviti di perkarangan masjid

Google Search

Teringin nak pegi tengok aktiviti  pasar pagi  dan bersolat dalam masjid tu!










Tuesday, September 11, 2012

Jangan Dok Buat Mengelat!




Ada orang pergi menuntut ilmu, dia dengar tok guru kata tiada qada dalam solat, dia pun suka hati. Mungkin tok guru tu ada huraian yang panjang lagi mengenai mengqada solat, tapi dia ambil gist aje ie tiada qada dalam solat. Dia berasa  sangat lega , seolah-olah perbuatannya yang sengaja meninggalkan solat selama hari ni okay je! Masa masuk waktu solat, dia buat relaks ja, bila nak habis waktu baru bersolat. Waktu solat dah lama masuk, dia pergi pulak tidur hingga luput waktu, dia rasa ok sebab dia tertidur .
 Susah jugak nak lawan berkira dengan orang yang tak malu pada Allah atas perbuatan mengelatnya tuh!

Ada juga  kumpulan yang dijemput membaca Al Quran satu juz seorang dan ramai-ramai katam 30 juz dalam satu masa. Ada juga orang yang mengelat, oleh kerana dia baca lambat dia pun main tebuk je, baca langkau-langkau supaya dapat katam bersama dengan yang lain-lain. Tuan rumah cukup gembira sebab orang datang mengaji dalam rumahnya, siap makan minum yang sedap-sedap dan pelbagai cenderahati yang diberi sebagai tanda terima kasih!
Untuk menjamin keselamatan bacaan Al Quran lebih baik tuan rumah anak beranak baca sendiri....

Dalam majlis gotong royong membersihkan semak-semak di kampung, ada orang termangu-mangu, tak tau nak buat apa. Orang lain kumpul sampah sarap bubuh dalam karung, ada yang cuci longkang, ada yang tebang pokok-pokok yang meliar, ada yang mengikat dahan-dahan pokok  supaya senang dimasukkan dalam lori sampah. Ada jugak yang pegang ranting kayu dan berdiri memerhatikan orang lain bertungkus lumus buat koje!
Apa dia kesah, bukan semak samun rumah dia!






Sunday, September 9, 2012

Siapakah Yang Harus Dipersalahkan?


Kalau pegawai rendah dalam jabatan tertentu dapat buat tuntutan perjalanan yang jauh melebihi pendapatan bulanannya, mesti tak menasabah kan?

Kalau ia berlaku dalam sesebuah jabatan adakah itu salah salah pegawai tadi atau salah ketua jabatan . Kalau pegawai buat tuntutan yang tidak munasabah , ketua jabatan atau sesiapa saja yang bertanggung jawab patut menyiasat perkara itu betul-betul barulah turunkan tanda tangan tu. Jangan main tenyeh je!

Kalau main pejam  sebelah mata sama saja macam orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah .

Kalau perlakuan yang sedemikian tidak berubah atau tak diambil tindakan , lama kelamaan boleh menyebabkan sesuatu jabatan atau kerajaan akan hilang kewibawaan.

Nak jadi ketua bukan mudah, tanggungjawab sangat berat. Kalau nak jadi tok wakil kena fikir panjang, sanggupkah nak jaga kebajikan orang sekampung / sedaerah/semukim? Takut nanti dok jaga diri dan ahli keluarga sendiri je. Jadi wakil rakyat tak sampai sepenggal habis anak beranak puak gerabak dia dapat segala macam kemudahan!

Teringin benar nak tengok list calon-calon tok wakil , kalau boleh 3/4 dalam senarai  tu nama-nama baru , muka baru !   BELANAR ADA ORANG-ORANG MUDA YANG LEBIH PANDAI, LEBIH BERWIBAWA , LEBIH SAYANGKAN NEGARA DAN LEBIH AMANAH DAN YANG SANGGUP BEKERJA KERAS UNTUK NEGARA, AGAMA DAN BANGSA -  KENAL PASTILAH, PILIHLAH  MEREKA pulak.................






Friday, September 7, 2012

Friendly Fire

I read a book about friendly fire about 13 years ago. I'm not sure whether Friendly Fire is the title of that book .

What I remember most in the book is:

when the Germans fire, the British duck
when the British fire the Germans duck
when the Italians fire nobody ducks
when the Americans fire, everybody ducks!





End of 2nd World War 1945 ( Google search )
If people use weapons to settle disputes , many will die including those who are on the same side - due to miscalculations of time or place.

Wednesday, September 5, 2012

Cerita Ceritut!









Proses memasak lemang ( carian Google )





Sambil  makan di sebuah majlis open house , masing-masing buka cerita.. Macam-macam cerita ada......kalau buat buku boleh laris tu!

Eh, you tau tak pelakon utama Tanah Kubur ...
Sapa pelakon tu? ( tak pernah tengok cerita Tanah Kubur )
Nasir Bilal Khan......
Ha - ah Nasir Bilal Khan...kawan I kata dia dia dah tak nak lagi berlakon dalam drama lain , lebih suka drama macam Tanah Kubur  ( yang boleh memberi keinsafan pada seseorang)
Tapi drama tu, asyik cerita orang jahat yang mati tak elok, cuba sekali sekala tunjuk orang yang ahli syurga mati macam mana pulak
Mestilah mati dalam senyum!

I tak sukalah tengok drama Melayu - asyik-asyik cerita hantu, tak habis-habis! I lagi suka tengok cerita Korea , banyak diterapkan tentang kekeluargaan dan sayangkan negara. Lagi pulak pelakon dia semua ramping ( lelaki/perempuan ) dorang tu jaga pemakanan dorang. Dorang makan sayur-sayur dan kimchi.... ( eh, drama melayu banyak jugak yang bagus la ni! )

Budak yang bukak seluar atas gambar Nagib tu, Melayu rupanya
Yelah kalau Melayu buat kat pemimpin Melayu, apalagi orang lain,naik tocanglah!

You tau tak masa tahun 1998 dulu, masa Anuar masuk court, kan ofis I dekat-dekat situ jugak, ada pegawai I sibuk mengajak orang pergi dengar kes....dia kata kerajaan tak adil,
I pun apa lagi bantai dia balik,
Iye ke, you kata apa?
I kata pada dia you pun tak adil jugak!
Dia pun tanya I balik apa fasal you kata  I tak adil?
Fasalnya time ni waktu kerja, you diamanahkan buat keje, kalau you tinggal kerja hari-hari pegi mahkamah, lepas tu dok hasut orang - itu pun tak adil.
Dok kata kerajaan korup, yang dok asyik mintak duit kopi dan buat claim palsu tu tak korup ke?
Ramai juga pegawai kerajaan yang anti kerajaan.... (  jangan tikam belakang! )

Akak tengok Nagib bersungguh-sungguh berusaha nak menangkan hati rakyat, akak doa semoga dia berjaya.  ( InsyaAllah rajin dan usaha tangga kejayaan )
I pun macam tu  jugak
Tulah yang susahnya.........orang tak berapa suka kat bini dia..(  aiii..nak kena tenyeh mulut tu! )
Eh, you tau...R....tu...... ( mula dah nak bukak cerita )

Uhuk-uhuk-uhuuuuuuuk ada orang  terbatuk kuat -  tersedak lemang!

Monday, September 3, 2012

Beraya Sakan Weh!


Rata-rata bila ditanya , macam mana Raya? Ramai yang jawab - penat!
Ramai juga yang menjawab -  terlalu banyak makan!
Tak kurang juga yang mengeluh berat badan bertambah.

Mengingatkan saya semasa kecik emak sibuk melayan kanak-kanak yang datang beraya, tak putus-putus, bertali arus selama beberapa hari. Lepas minum dan makan kuih , dapat duit raya, mereka pun beredar ke rumah lain.

Masa kecik tak tau rupanya mak sibuk sekali sediakan juadah dan membasuh gelas , bila dah besar  kena tolong mak sediakan minuman dan basuh gelas tak henti-henti - kadang-kadang tarik muka 14 sebab malas nak basuh gelas.

Bila dah dewasa dan berkeluarga sendiri, kita pulak mengambil alih tugas mak melayan budak-budak datang raya, kerah habis semua anak-anak lelaki perempuan suruh basuh gelas dan penuhkan kuih raya dalam balang - depa pun mengeluh .....bukan kerana kepenatan tapi tak boleh duduk rehat-rehat!

Yang datang raya tu adalah kawan-kawan mak dan jiran-jiran , kemudian anak-anak mereka, kemudian cucu-cucu mereka pulak. Kadang-kadang mak dah tak kenal generasi yang baru - kamu anak sapa? kamu cucu sapa? Dah tak boleh nak trace  sebab dah banyak lapis. Tok nenek mereka ramai yang dah meninggal, tapi mak hidup selama 87 tahun!

Rupa-rupanya tak habis di situ, adik  perempuan saya yang mewarisi rumah keluarga , juga menerima tetamu cucu cicit kawan mak dulu termasuk ramai lagi budak-budak lain yang tidak dikenali yang datang beraya dari rumah ke rumah, tak henti-henti dari pagi sampai petang. Mujurlah malam budak-budak  tak datang beraya mungkin dan letih atau buat planning untuk esoknya - nak pegi ceruk mana pulak!

Sebab tulah la ni orang buat open house - penat sekali aje!

Saturday, September 1, 2012

Perihal Mak Mertua....

......yang bencikan menantu!

Tak taulah benci sangat fasal apa. Bila M kahwin dia tinggal bersama mertua yang tunjuk sangat tak sukakan menantu. Padahal M tu punya baik manusia - pernah kawan baik dia waktu sekolah dikejar anjing , dia cuba menghalang , lalu kaki dia digigit anjing tu!

Semasa dia nak melahirkan anak sulungnya, mak mertua dan adik ipar ( depa dok sekali ) - bertindak meninggalkan rumah, pergi menziarah keluarga jauh beberapa lama. Tapi M sangat sabar , dia buat tak kisah je kebengongan mak mertuanya. Oleh kerana dia berpendapatan tetap dialah yang sebenarnya menyara ibu mertua dan adik iparnya itu sebab suami dia berpendapatan tidak tetap.

Beberapa lama kemudian bila bertanya kabar - ( err..buat busy body tanya hal mak mertua orang ) dia kata Alhamdulillah, dah okay - dok rumah jaga cucu dan siap segala makan minum .Balik  makan tengahari nasi dah terhidang!

Kata dia, berkat sabar, dah happy ending -  macam cerita Hindustan!

Berlainan pulak dengan yang sorang lagi yang menghadapi keadaan yang sama, she the bread winner husband in and out of job - habis dia sergah laki dia dengan mak mertua sekali ( adalah cerewet sikit orang tua tu! )  Tak taulah siapa yang nak insaf dulu!

Susah jugak kalu oghe pue jadi breadwinner kan? kalau angkat suara sikit dikata mengungkit, menyombong dan lain-lain.....

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...