Tuesday, September 11, 2012
Jangan Dok Buat Mengelat!
Ada orang pergi menuntut ilmu, dia dengar tok guru kata tiada qada dalam solat, dia pun suka hati. Mungkin tok guru tu ada huraian yang panjang lagi mengenai mengqada solat, tapi dia ambil gist aje ie tiada qada dalam solat. Dia berasa sangat lega , seolah-olah perbuatannya yang sengaja meninggalkan solat selama hari ni okay je! Masa masuk waktu solat, dia buat relaks ja, bila nak habis waktu baru bersolat. Waktu solat dah lama masuk, dia pergi pulak tidur hingga luput waktu, dia rasa ok sebab dia tertidur .
Susah jugak nak lawan berkira dengan orang yang tak malu pada Allah atas perbuatan mengelatnya tuh!
Ada juga kumpulan yang dijemput membaca Al Quran satu juz seorang dan ramai-ramai katam 30 juz dalam satu masa. Ada juga orang yang mengelat, oleh kerana dia baca lambat dia pun main tebuk je, baca langkau-langkau supaya dapat katam bersama dengan yang lain-lain. Tuan rumah cukup gembira sebab orang datang mengaji dalam rumahnya, siap makan minum yang sedap-sedap dan pelbagai cenderahati yang diberi sebagai tanda terima kasih!
Untuk menjamin keselamatan bacaan Al Quran lebih baik tuan rumah anak beranak baca sendiri....
Dalam majlis gotong royong membersihkan semak-semak di kampung, ada orang termangu-mangu, tak tau nak buat apa. Orang lain kumpul sampah sarap bubuh dalam karung, ada yang cuci longkang, ada yang tebang pokok-pokok yang meliar, ada yang mengikat dahan-dahan pokok supaya senang dimasukkan dalam lori sampah. Ada jugak yang pegang ranting kayu dan berdiri memerhatikan orang lain bertungkus lumus buat koje!
Apa dia kesah, bukan semak samun rumah dia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adat Berjual Beli
Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
4 comments:
hahaha.... tu lah orang kita kan... mengelat je pandai...
....rupa-rupanya tipu diri sendiri!
Alo la KJ..
Mengelat tenaga, ngelat waktu, ngelat tertib ni terjumpa saja kat mana2..
Bila di tegur Ada yang rasa malu kot, Ada juga yang mati2 menegakkan benang basah.
Sapa nak mengaku kesalahan sendiri -
melainkan dok nampak salah orang je!
.....kecuali orang tu kena naya, lain cerita...
Post a Comment