Saturday, September 15, 2012
Mohon Murah Rezeki
Ada kawan kata kalau nak murah rezeki, solat sunat banyak-banyak, mintak doa waktu sujud - mintak rezeki banyak-banyak. Tapi kena spesifik rezeki apa yang kita nakkan tu, kalau tidak kita akan dapat rezeki apa-apa saja, sebagaimana berlaku pada seorang kawan :
Semalam I berdoa minta Allah bagi rezeki yang banyak, hari ini makbul doa tu. Hari ni saja I dapat 30 biji limau. Pagi tadi jumpa kawan lama, dia bagi I sebungkus limau ( 10 biji ) , lepas tu pegi pasar Siti Khadijah, beli banyak sayur dan buah-buah , tuan gerai hadiah saya sabungkus limau ( 10 biji ). Balik rumah suami bawak balik sebungkus buah limau ( 10 biji ). Aii, kalaulah I mintak duit banyak-banyak mungkin dapat duit 3 guni hari ni , katanya dengan berseloroh....
Tapi ada pulak seorang kawan lain yang berdoa pada Allah - mohon banyak rezeki, tapi pada hari esoknya sambung balik doa malam tadi, mohon pada Allah kalau nak beri rezeki, jangan terlalu banyak, memadai lebih sikit dari yang dia ada pada masa tu, sebab dia takut Allah bagi rezeki dengan istidraj - dia tak mahu dirinya binasa dalam kemewahan.
Ada lagi seorang kawan, dari rumah berkobar-kobar nak mintak pada Allah rezeki yang banyak , nak jadi multi millionare , sampai depan Kaabah, tukar doa dengan cara yang lebih sopan minta rezeki yang halal, minta tambah iman, tambah ilmu dan minta ampun banyak-banyak pada Allah bagi pihak diri, ibubapa dan ahli keluarganya!
Pendek kata minta lah dengan Allah apa saja yang baik buat diri kita, jangan dok buat menipu orang dah le!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment