Monday, September 3, 2012
Beraya Sakan Weh!
Rata-rata bila ditanya , macam mana Raya? Ramai yang jawab - penat!
Ramai juga yang menjawab - terlalu banyak makan!
Tak kurang juga yang mengeluh berat badan bertambah.
Mengingatkan saya semasa kecik emak sibuk melayan kanak-kanak yang datang beraya, tak putus-putus, bertali arus selama beberapa hari. Lepas minum dan makan kuih , dapat duit raya, mereka pun beredar ke rumah lain.
Masa kecik tak tau rupanya mak sibuk sekali sediakan juadah dan membasuh gelas , bila dah besar kena tolong mak sediakan minuman dan basuh gelas tak henti-henti - kadang-kadang tarik muka 14 sebab malas nak basuh gelas.
Bila dah dewasa dan berkeluarga sendiri, kita pulak mengambil alih tugas mak melayan budak-budak datang raya, kerah habis semua anak-anak lelaki perempuan suruh basuh gelas dan penuhkan kuih raya dalam balang - depa pun mengeluh .....bukan kerana kepenatan tapi tak boleh duduk rehat-rehat!
Yang datang raya tu adalah kawan-kawan mak dan jiran-jiran , kemudian anak-anak mereka, kemudian cucu-cucu mereka pulak. Kadang-kadang mak dah tak kenal generasi yang baru - kamu anak sapa? kamu cucu sapa? Dah tak boleh nak trace sebab dah banyak lapis. Tok nenek mereka ramai yang dah meninggal, tapi mak hidup selama 87 tahun!
Rupa-rupanya tak habis di situ, adik perempuan saya yang mewarisi rumah keluarga , juga menerima tetamu cucu cicit kawan mak dulu termasuk ramai lagi budak-budak lain yang tidak dikenali yang datang beraya dari rumah ke rumah, tak henti-henti dari pagi sampai petang. Mujurlah malam budak-budak tak datang beraya mungkin dan letih atau buat planning untuk esoknya - nak pegi ceruk mana pulak!
Sebab tulah la ni orang buat open house - penat sekali aje!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
2 comments:
Suka suasana raya zaman kanak-kanak... main redah je ge raya umah sesapa pun... yang penting dapat duit raya... hehehe....
phoDua tiga tahun dahulu ada anak-anak datang ke rumah. Tetapi sekarang sudah tidak ada. Agaknya sudah ditempatkan di satu kawasan yang jauh maka saya rasa juga kesunyian tidak pengunjung seperti mereka.
Post a Comment