Thursday, September 27, 2012
Dikejar Samseng
Setelah terputus hubungan selama 30 tahun , dengan tak disangka-sangka mereka bertemu semula, di sebuah hospital, sama-sama pergi melawat orang sakit. Mereka pun berjanji untuk makan tengahari bersama di sebuah tempat yang istimewa - maklumlah banyak yang nak dicerita - fasal diri sendiri, fasal anak cucu.
Tahun 80an dulu tak macam sekarang, takde handphone dan takde facebook atau lain-lain, kalau terputus hubungan, memang akan terputus terus. Y menceritakan halnya setelah berpisah dengan sahabatnya , dia berada dalam kesusahan, kena hambat dek gangster yang mengutip hutang ( sekarang ni dikenali sebagai ah long ). Dia jadi buruan pengutip hutang, tAk kira siang malam, hingga anak-anaknya di sekolah pun diganggu. Masa dulu gangster tu baik sikit dari ah long - dulu depa main gertak-gertak je, kalau sekarang , dah lama dia kena bunuh.
Oleh kerana dia bekerja kerajaan, dia senang dikesan, jadi dia dinasihatkan supaya berhenti kerja sebelum kena declare bangkrap , kalau tidak mungkin dia tak dapat pencen. Lepas tu dia pun pindah rumah dan tak dapat dikesan lagi.
Borak punya borak bila dah nak beredar, tiba-tiba Y mengeluarkan sebuah envelop dan dihulurkan pada sahabatnya . Sahabat pun terkejut bila buka envelop tu ada duit purple baru dan masih keras beberapa puluh keping. Y pun kata , kalau you masih ingat, you pernah bagi pinjam duit pada I lama dulu. I nak ucapkan terima kasih pada you sebab bagi pinjam duit tanpa soal panjang. You tau, masa tu I susah sangat, setiap bulan dikejar samseng -samseng tu!
Kejadian itu berlaku akibat baik hati pegi jadi penjamin orang nak buat bisness - bisness lingkup dia terperangkap dengan masalah hutang orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dah Jadi Bionic Women
Kita tak tau rupanya bila dah meningkat tua banyak juga kena tukar spare parts dalam badan .Bahagian badan yang sangat biasa kena repair ial...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment