Thursday, October 25, 2012

Qurban Di Satun.........1





Azadekazza  mengajak Beautiful Life pi menyaksikan upacara qurban yang akan dijalankan oleh ahli keluarganya di Satun, dekat dengan Hat Yai . Satun atau pun orang Kedah panggil Setoi ( Setul )terletak di Selatan Siam dan menghadap  ke Laut Andaman - terdapat ramai  penduduk keturunan Melayu Islam di sana dan mengikut sejarahnya memang mereka tu asal orang Kedah ( Setul/Setoi asalnya ialah wilayah Kedah ), tapi oleh kerana kalah perang dengan Siam ia telah diambil menjadi jajahan Siam.

Bila cakap fasal Setoi adik beradik di Yan selalu kata, mungkin  ada adik beradik depa kut belah Setoi . My sister in law dan suaminya pernah ke sana dan selalu mengajak kami pegi tengok kehidupan mereka yang begitu jauh ketinggalan berbanding dengan kita di Malaysia..

Bila Beautiful Life mencadangkan kami ikut serta ( terutama kerana bagi peluang pada ayahnya yang teringin nak  trace keturunan Ku di Setoi ), kami pun rasa begitu senang hati nak menyertainya. Apabila saya beritahu kawan-kawan rapat rancangan melakukan qurban di Satun, ramai juga yang  masuk share. Mungkin tahun depan boleh buat program ibadah qurban di Satun!

Nuwal prepared the itinery of our trip to Satun and Hat Yai  dengan  menaiki keretapi dari KL Central ke Padang Besar. Dari Padang Besar ( Perlis ) kami terus dibawa ke Satun ( Siam ) yang memakan masa tak sampai sejam.

Boleh pilih cara perjalanan iaitu:

Keretapi KL - Hat Yai
Keretapi KL - Padang Besar ( which is nearer to Satun )
Bas ekspress KL - Hat Yai
Air Asia - KL - Hat Yai
atau boleh drive sendiri ( jangan lupa bawak grant kereta ).







No comments:

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...