Wednesday, October 17, 2012
Mencuba Ilmu
Pada tahun 60an - 80an dulu banyak berlaku perkara pelik - konon kata ada orang yang sedang mencuba ilmu , iaitu sedang mempraktikkan ilmu yang sedang dipelajari ke atas orang-orang tertentu, kerana sakit hati atau dengki (agaknya.....).
Seingat saya seawal tahun 1960an lagi telah berlaku kejadian ganjil ke atas anak jiran yang sedang bersanding di atas pelamin dengan tiba-tiba menjerit-jerit dan menggelupur- lalu terpaksa diusung masuk ke dalam bilik. Saya yang tengah melenggak memerhati betapa cantiknya pengantin perempuan yang bergaun putih, siap dengan mahkota dan veil yang panjang, terus lari balik ke rumah sebab takut.
Beberapa tahun kemudian ( tahun 1970an ) anak teruna yang sedang bersanding di atas pelamin tiba-tiba melentok dan menangis di atas pelamin. Katanya ada orang pegi letak air batu sebongkah di bawah rumah , betul-betul di bawah pelamin. Pengantin lelaki akan menangis tak henti-henti sehinggalah air batu itu habis cair. Saya tak ingat samada pengantin dibawa masuk ke dalam atau dibiarkan air matanya mengalir beberapa lama di atas pelamin tuh! Yang saya tahu, setelah berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan tak balik-balik hingga kini.
Ada jugak kes lain , semasa akad nikah - tak lepas-lepas walau pun dah 10 kali aqad - sehingga juru nikah bangun berdiri dan mengibas-ngibas sampin dan duduk balik, dan pengantin lelaki pula disuruh minum air dan pegi ambik wudhu' semula kemudian aqad nikah diteruskan until in the wee hours of the morning baru selesai!( masa dulu akad nikah dijalankan pada waktu malam, lepas waktu Isya' )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment