Friday, October 19, 2012

Pilih Menantu

Ada satu cerita kelakar, bagaimana orang-orang tahun 195oan dulu memilih menantu. Masa tu tak ramai orang yang berpendidikan tinggi dan paling dihurmati ialah orang yang warak dan ustaz. Ustaz yang paling dicari ialah yang balik dari Mekah atau Madinah atau Mesir yang pandai kallim lughatul Arabiah!

Ada seorang pemuda yang sangat berkenan dengan seorang gadis jelita, anak orang kampung seberang. Tapi dia risau sikit nak masuk meminang, sebab syarat yang dikenakan oleh bapa sigadis begitu tinggi, bagaikan tak tercapai tangan. Syaratnya ialah bakal menantu mesti pandai cakap Arab!

Dia pun berpakat dengan kawannya pergi memancing kat tepi sungai belakang rumah sigadis. Sambil memancing buat-buat bersembang kuat-kuat bagi orang tua tu dengar sembang dia

Ma anta kenali albapaknye tu ?

Walmunakitahu (  saya tak tahu / tak kenal! )

Ana alsama gaklah ( saya pun sama jugak lah! )

( dialog  dicipta oleh orang yang menceritakan kisah ini pada saya )

And so on and so forth - segala macam perkataan dan vocab yang depa rekacipta yang berbunyi ala-ala Arab sampai depa letih dan habis modal. Banyak hari jugaklah memancingnya sampai pakcik tu kenal dia. Gedebuk gedebak akhir kalam dapatlah dia menikahi anak dara pakcik tu! Tapi apa jadi selepas tu jangan soal, pendek cerita they live happy ever after macam cerita Cinderella. Panjang cerita mesti kena pelangkung dek pak mertua sebab menipu!

Masa kini lain pulak jenis penipuannya -  misalnya rombongan pengantin lelaki bawak cek tendang, atau bawak duit palsu atau tunjuk degree palsu atau bawak hantaran satu set emas intan berlian palsu dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah falsu belaka. Mugo kok alek anak daro mitok yang bukan-bukan, jadi dapatlah yang bukan-bukan jugak!

Beberapa tahun dulu pernah keluar dalam akhbar tentang lelaki palsu yang telah menikahi seorang gadis, lepas nikah baru tahu, suami gadis tu ialah oghe tino jugok! Alkelam walkalibut habis pegawai-pegawai di pejabat kadi.

Guano sapa jadi lagu tuh tok kodi?!
Nampak gayanya kena ambil kursus mengenal jantina....











No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...