Monday, December 10, 2012

Lebih Mudah Jaga Lembu Sekandang


Perkataan ' tak suka '  ni kerap didengar pada tahun 60an dan 70an dulu apabila anak gadis yang nak dikahwinkan dengan teruna bukan pilihan mereka.

Masa tu pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat terbatas, jadi ibubapalah yang memainkan peranan untuk menjodohkan anak-anak gadis mereka.

Anak gadis yang comel lote tiba-tiba ayah suruh kawin dengan teruna muka pecah rumah, sudah tentu mendapat tentangan hebat dari anak gadis....Kalau yang handsome sikit tu bolehlah jugak.....Tapi ayah tu dah buat pertimbangan yang saksama, yang muka pecah rumah tu rajin koje dan wara' jugaklah sikit...yang handsome tu pemaleh...... dok bela remos dia je!

Anda rasa kenapa  cerita-cerita tahun 50an, 60an dan 70an dulu banyak  berkisar pada kahwin paksa? Selalu dibawak cerita orang tua yang kaya nak kawin anak gadis muda - antara sebab yang diberi ialah, ibubapa terhutang duit dan terpaksa kawinkan anak dara comelnya dengan orang kaya yang dah tua tu!



google search





Cerita di atas tu kadang kala sengaja diada-adakan sebab orang sakit hati dengan orang kaya (  orang lain miskin belaka hanya beberapa kerat je yang kaya dalam kampung tuh! ) - jadi masyarakat pandang serong pada mereka . Dengan itu timbullah cerita Haji Bakhil yang dibinkan pulak  pada Haji Kedekut! dan banyak lagi cerita untuk menggambarkan perlakuan buruk seseorang hanya kerana dia kaya ( ....dan tak bertimbang rasa? yang tak bayar zakat? yang tamak? yang  suka ambil kesempatan? yang tak menjalankan tanggungjawab sosial? )

Begitulah kalau jurang kaya miskin sangat luas dalam sesebuah masyarakat , akan ada pelbagai tohmahan dan sosial sanction yang dikenakan oleh masyarakat pada mereka yang kaya.....




No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...