Tuesday, February 5, 2013

Baca Hati!



Ramai di antara kita , bila tengok kanak-kanak yang comel suka memuji .

Comelnya adik, kulit putih melepak , rambut kemerah-merahan! Tapi kakaknya lain pulak, kulit hitam sikit...

Kakak pun tersentap mendengar perbandingan tu.....

Bila bercakap dengan kanak-kanak kecil , kena beralas sikit kata-kata tu akak oii , walau pun depa kecil tapi depa ada perasaan .
Makcik yang bermulut capoi tu pun berlalu tanpa menyedari bahana kata-katanya setelah membukak mulutnya  yang luas tuh.......

Maka mama dan papa pun buat sekian kalinya  kena mententeramkan gadis kecil yang terluka hatinya......

2 comments:

Anonymous said...

Kakak tu seperti saya. Sering dibanding bandingkan oleh org dewasa kerana kurang paras rupa. Di kalangan teman pun sama juga. . Hati memang selalu terluka. Namun masih bersyukur jodoh saya ada dan alhamdulilah bahagia.. Lelaki yg bernama suami ini menerima segala kekurangan yang ada.

Kerabu Jantung said...


Kecantikan akan hilang ditelan umur, tutur kata dan budi pekerti yang baik dibawa mati...

..dan kecantikan itu pulak begitu relatif.

Setiap orang ada kecantikannya yang tersendiri, cuma dia tidak menyedarinya...

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...