Monday, April 29, 2013

Perkara Remeh!



.




Teringatkan hal dulu-dulu masa anak kecik-kecik dan ada pembantu rumah sepenuh masa. Sesetengah pembantu rumah sungguh joli , buat kerja dengan tak cakna - dan tak sayang benda. Nasi yang tak habis terus buang, ikan goring yang tak habis campak je dalam bekas sampah .Bila kita kata tak baik buang makanan yang masih elok , dia buat muka selamba je! sebab dia tahu dalam freezer ikan banyak lagi!

Bila anak besar, ambil pembantu harian - susah jugak, janji balik pukul 5 petang ( 9 - 5 ) tapi lama kelamaan pukul 4.30 dah balik , lepas tu balik pukul 4 . Kemudian datang pukul 10 balik pukul 4 - kata dia kerja tak banyak! datang lambat balik awal. Dia tak perasan pulak bawah kerusi bawah meja penuh bersawang!

Bila anak-anak dah bekerja, ada pembantu datang setiap minggu , yang robust buat kerja tu  vacuum cleaner kita  asyik rosak motor. Macam mana tak rosak,  habis semua benda atas lantai kena vacuum - kertas, tisu, klip rambut , pernah scarf yang jatuh atas lantai divacuum sekali!

Banyak orang sakit kepala bila memikirkan perkara remeh temeh. Ada yang sampai tak tidur malam. Pada hal perkara yang remeh -remeh tu patut delete je, jangan dok gi wat serabut otak.

Ada pembantu rumah yang rajin dan bertanggunggawab dan dianggap sebagai ahli keluarga - hingga kini masih belum putus hubungan!!








 !



Saturday, April 27, 2013

Hiasan






Kulit siput kecik atau besar sangat cantik dibuat hiasan dalam atau luar rumah






Kulit siput yang kecik mudah didapati di tepi pantai









Kulit siput yang besar dan berbintik jarang jumpa.....
Kulit siput kena varnish, kalau tidak akan jadi kusam....







Thursday, April 25, 2013

Cekur
















Urap daun selom :

1 ikat daun selom ( atau lain-lain jenis ulam ) - dihiris sederhana kasar 
Cili besar + cili api ( optional ) - ikut pedas
2 ulasBawang kecil
1 sudu besar udang kering - rendam air panas
Sedikit isi cekur ( optional )
1 hiris limau nipis atau limau kasturi ( kalau semua takada - sedikit cuka )
1 genggam kelapa parut ( dibuang kulit ari ) disangai ( goring tanpa minyak )  bagi layu sikit.





Cara-cara:

Blend kering / tumbuk cili + bawang + udang kering + isi cekur kemudian gaul dengan kelapa parut, bubuh sikit garam , sedikit gula ( optional ) dan perah asam limau.
Bila nak makan baru gaulkan dengan daun selom atau pegaga atau kubis atau kacang panjang atau lain-lain atau dicampur berbagai-bagai ulam !




Urap  / kerabu daun selom










Tuesday, April 23, 2013

Bior Bebenor!




J memberitahu saya jirannyaya pandai mengurut. I tanya  di mana  dia belajar mengurut , sebab saya pernah dengar ada kursus mengurut yang dianjurkan bagi orang-orang yang berminat nak jadi tukang urut.

J kata jiran dia tu tak ambik kursus mana-mana pun tapi tiba-tiba dia jadi tukang urut . Konon kata masa dia tengah mengaji Al Quran tiba-tiba datang cahaya dari Al Quran dan selepas itu dia pandai mengurut. Tak tau setakat mana benarnya , tapi sekarang ni ramai orang datang ke rumahnya untuk berurut.

Salah seorang orang yang kami kenal sejak kecik lagi , tiba-tiba kini dah jadi tok bomoh. Ramai pulak orang datang dari jauh berbomoh dengannya. Ada jugak ahli keluarga yang tua-tua tu tergelak , bila pulak si M menuntut ilmu perbomohan? konon katanya dia dapat ilmu perbomohan tu melalui mimpi, berjumpa dengan orang tua berjubah putih dan di tangannya ada tasbih yang mengajarnya ilmu perubatan secara jampi serapah.

Kerap berlaku orang yang datang dari jauh nak pergi jumpa bomoh di kampung saya - macam-macam bomoh ada, bomoh patah, bomoh mengubat orang yang kena sihir, bomoh mengubat segala macam penyakit yang ada atas dunia ni pun ada. Kerap berlaku orang kampung sendiri tak tahu mereka tu pakar perubatan alternatif, sedangkan nama mereka lebih terkenal di negeri-negeri lain.

Mungkin dengan orang tempatan ilmu kurang jadi sebab ramai yang kenal mereka secara dekat , ilmu jadi tawar dan kurang berkesan! Mungkin bila orang yang kita kenal kurang yakin pulak dengan kebolehan mereka!


Sunday, April 21, 2013

Favourite Corner



Bunga dip takkan layu, bila dah kepam ikut suka hati nak buang ke atau nak perosok dalam setor




Boleh buat hand bouquet....



Friday, April 19, 2013

Round Satu Dunia !


Tengah-tengah baca  Al Fatihah teringat kain dijemuran, dah angkat ke belum, petir dah berdentum hujan mungkin turun tak lama lagi. Mungkin juga hujan tak turun...sambung baca surah Asy Syamsi , best surah tu.

Teringat kisah masa bersembang dengan seorang kawan, dia kata boss dia pernah sabotage kertas kerja dia hingga menutup peluang dia naik pangkat. Dia pun baca doa dalam surah Asy Syamsi , sekarang ni ex boss dia dapat musibah besar kerana dituduh makan rasuah.

I takut sebab doa tu dia kena musibah..
Musibah tu dia cari sendiri.....apa pulak takut bukan you doa bagi dia kena gelek stemrol!

Dalam pada tu I teringat pulak zaman I sekolah dulu, ingat kawan-kawan masa kecik, pergi cari buah kemunting di belakang rumah. Malam raya main mercun dengan bunga api.

Lepas tu I  teruskan lagi baca Al Fatihah dan ingat lepas ni nak baca surah Al Ikhlas pulak, tengah dok baca teringat fasal padang pasir - susah jugak orang dok di padang pasir, air takde, kedai runcit pun takde...

Subhaana Rabbiala'la wabihamdih, subhana......

Astaghfirullah! Rakaat yang ke berapa dah ni?




Wednesday, April 17, 2013

Kisah Tahun 70an




Tahun 70an dulu cukup banyak drama masyarakat , dan ianya akan jadi halwa telinga pulak, maklumlah masa tu tak semua orang ada tv. Panggung wayang kat kampung saya pun dah terbakar jadi bila ada gosip terbaru, ramai-ramai pakat dengar cerita.

Ada jugak emak-emak yang tak bagi anak-anak dengar orang tua bergosip, kata mereka hal orang tua budak-budak tak boleh campur. Ramai yang tak kisah anak-nak nak join sama bergosip -  itu lah sebabnya kadang-kadang anak-anak dari kecik lagi dah pandai bawak cerita!

Walau bagaimana pun anak-anak yang takde chance nak dengar mak dan makcik-makcik bergosip di atas pelantar bawah pokok jambu , akhirnya dapat juga dengar cerita bila kawan-kawan pegi bawak mulut ke sekolah.....kadang-kadang cerita tu macam yang dia dengar, ada jugak kadang-kadang ditokok tambah dan banyak jugak yang didengar lain yang dicerita lain!

Eh..engkau tau tak, makcik Semek yang duduk di pantai tu dah cerai dengan Pok Leh....
Mana engkau tau? Engko pandai-pandai je bawak cerita
Semalam aku dengar mak aku dengan Makcik Limah cerita...
Habis tu, macam mana gerai kepok dia? kena tutup ke?
Entahlah!

Depa tak kisah fasal cerai ke tak cerai, yang depa kisah kalau makcik Semek tutup gerai, nak pegi makan kat mana petang-petang atau hujung minggu - keropok makcik Semek tu special, banyak ikan dan digoring garing, sos pun sedap buatan sendiri. Selain keropok, laksam makcik Semek pun sedap , makan laksam berulamkan keropok goreng! Wah! Teghanu habih orang Ghoping ( Rompin )!


Monday, April 15, 2013

Salah Jilbab?



Pada tahun 1980an dulu, tak ramai wanita yang bertudung labuh atau berjilbab.  Adalah suatu keganjilan kalau ada orang yang pakai tudung labuh  sebab masa tu tak ramai lagi wanita-wanita  Islam yang bertudung!

Salah seorang pendakwah bebas yang sangat aktif dan mempunyai pengikut yang ramai, pada suatu hari dengan sugulnya memberitahu jemaahnya yang dia telah ditimpa musibah, iaitu suaminya telah berkahwin lain. Sangkanya suaminya dah tak sukakan dia sebab dia berjilbab -  kalau sebab jilbabnya tu suami  kawin lagi, dia redha!

Rupa-rupanya dengar desas desus dari belakang mengatakan bahawa suaminya selalu merungut, balik rumah takde makanan! Tak larat asyik beli di kedai je! Isteri  sebok pegi dakwah, periuk kat dapur dok tergantung!

Alohlah che' abe....setakat makan tengahari tu, usahalah sikit! Dah isteri ada tugas, pandai-pandailah berdikari......takkanlah sebab nasi tak terhidang atas meja , gi nikoh lain!

Kalu lagu tu gak, bila takdok pitih jangae dok mitok pitih dengae  bini!


Tuesday, April 9, 2013

BR1M




Pada 2007 dulu ramai orang tak puas hati sebab tak dapat bonus yang mereka nikmati tiap-tiap tahun. Sedara mara yang susah merungut-rungut sebab apa takde bonus , depa kata bonus rm500 yang kerajaan  bagi jadi tali penyelamat yang terakhir yang depa boleh bergantung, sebab akhir tahun banyak nak belanja, anak-anak sekolah kena siap uniform, duit buku , yuran itu ini dan segala kelengkapan lain . Walau pun 500 tu tak cukup nak cover semua, tapi sekurang-kurangnya ada duit dalam tangan nak pegi kedai beli baju dan kasut sekolah serta alat tulis.

Memang betul, kalau nak tolong orang susah , duit cash yang paling ideal - sebab ia dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah mereka.

Dulu-dulu saya belajar dengan kawan-kawan yang lebih senior, kalau hadir majlis nikah kahwin tak bawak hadiah dalam kotak besar-besar pun takpe, bagi hadiah duit je , mereka boleh gunakan mengikut keperluan . Kalau bagi hadiah lain , mungkin mereka tak perlu sangat, bayangkan kalau dapat 5 biji periuk nasi, 10 blender , 10 dozen gelas nak buat apa?

kalau kita ada anak perempuan janganlah letak harga yang begitu tinggi sebagai hantaran. Naya bakal menantu nak mencukupkan permintaan bakal mertua ( nak  memenuhi keegoan bakal mertua ). Pendek kata kenalah sedar, kalau menantu lelaki susah anak perempuan kita pun turut sama menerima padahnya!

Sunday, April 7, 2013

Daun Karipulay












 Dulu saya pernah cuba tanam pokok karipulay berkali-kali tapi semuanya tak jadi - mungkin tangan keras dan kasar, pokok tak nak tumbuh!













Air asam banyak versinya, tapi saya buat dengan cara yang paling mudah, iaitu potong cili hijau + cili merah + cili api ( optional ) , mayang bawang besar ( bawang kecil, orang kata lebih sedap, tapi saya tak sabar dengan bawang kecil, lambat kerja ), sedikit garam, gula dan asam jawa . Asam jawa dibancuh dengan sedikit air ( sedikit saja! ) kemudian gaulkan semua bahan - dan hidangkan! Jangan risau air asam kita tu akan berair bila cili dan bawang mula layu.

Versi yang lain pula, bawang dan cili ditumbuk kasar dan separuh dipotong-potong , tambah belacan dan asam limau , garam dan sedikit gula. Ada juga orang tambah sedikit kerisik dalam air asam nak bagi kaw!










Wednesday, April 3, 2013

Dug Dag, Dug Dag!


...jantung berdenyut kuat - Parlimen dah bubar!

Akhirnya pada 3hb April , tepat pukul 11.30 pagi Rabu Parlimen diisytiharkan bubar. Sekarang kita menunggu pilihanraya pulak dan yang penting sekali ialah hari penamaan calon. Nak tengok pemimpin yang macam mana yang nak diangkat menerajui negara!

Saya harap semasa berkempen seluruh negara ni janganlah bawak cerita  dalam kelambu lagi. Ia sungguh memualkan - enough is enough, yes, this person that person buat maksiat...  TAHU BELAKO DOH.......nak percaya tak percaya belakang kira . Kempen secara jentelmen and may the best candidates win!

Bagi diri saya dan puak gerabak saya sentiasa memilih kerajaan yang ada sebab walaupun takde sorang pun dari kami yang jadi tokey besar, boss besar atau orang kenamaan, tapi kami bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Puak gerabak saya ramai yang dapat bersekolah tinggi hingga ke universiti , dapat menikmati segala kemudahan yang ada . Memang ada jugak sakit hati pada pemimpin terutamanya the little napoleons diperingkat bawahan , tapi kemarahan dan kebencian taklah sampai nak kondem seluruh jentera kerajaan!

Ada jugak di kalangan puak gerabak saya yang suatu masa dulu penyokong kerajaan yang tegar tapi tiba-tiba berubah camp. Sebab pertama ialah perpecahan Umno pada tahun 1988 , ramai yang masuk parti Semangat 46 yang akhirnya masuk parti lain bila semangat 46 dah hilang semangat. Antara puak gerabak ni  dah berubah wajah semua jadi warak belaka  - tapi bukan nak buat perubahan apa-apa pun ! kerja depa ialah dok maki Tun Mahathir.

Arwah ayah dan mak saya dulu pun ahli parti pembangkang yang tegar sehingga ke akhir hayat mereka, tapi mereka tak pernah mencerca pemimpin negara ( Tunku dan Tun Razak ) pada masa tu dan kemudiannya Dr Mahathir. Memang mereka nakkan negara Islam, tapi tak sampai memaki hamun dan ikut mengkafirkan orang atau menuduh orang UMNO fasik dsbnya.

Puak gerabak saya yang berputus arang dengan kerajaan itu pun masih lagi memaki hamun Tun M , dan saya ingat kebencian itu sampai di situ aje, rupanya bersambung pula pada Tok Jib ...Siapa yang lebih fasik, orang yang memaki orang atau yang bekerja keras membangunkan negara?

Setakat ini LGE nampak bekerja keras membangunkan Pulau Pinang - buat rumah mahal-mahal , nak buat terowong dalam laut.....lama-lama puak dia je yang duduk atas pulau tu.......





Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...