Monday, April 15, 2013

Salah Jilbab?



Pada tahun 1980an dulu, tak ramai wanita yang bertudung labuh atau berjilbab.  Adalah suatu keganjilan kalau ada orang yang pakai tudung labuh  sebab masa tu tak ramai lagi wanita-wanita  Islam yang bertudung!

Salah seorang pendakwah bebas yang sangat aktif dan mempunyai pengikut yang ramai, pada suatu hari dengan sugulnya memberitahu jemaahnya yang dia telah ditimpa musibah, iaitu suaminya telah berkahwin lain. Sangkanya suaminya dah tak sukakan dia sebab dia berjilbab -  kalau sebab jilbabnya tu suami  kawin lagi, dia redha!

Rupa-rupanya dengar desas desus dari belakang mengatakan bahawa suaminya selalu merungut, balik rumah takde makanan! Tak larat asyik beli di kedai je! Isteri  sebok pegi dakwah, periuk kat dapur dok tergantung!

Alohlah che' abe....setakat makan tengahari tu, usahalah sikit! Dah isteri ada tugas, pandai-pandailah berdikari......takkanlah sebab nasi tak terhidang atas meja , gi nikoh lain!

Kalu lagu tu gak, bila takdok pitih jangae dok mitok pitih dengae  bini!


No comments:

Drama Klasik

    20 tahun dulu salah sorang anak masuk sekolah asrama penuh, sepenggal kemudian dia beritau nak masuk sekolah biasa semula... Oleh kerana...