Tuesday, July 2, 2013

Qiraat Riwayat Syu'bah bin 'Ayyasy - Farsy Huruf








Sempena menyambut bulan Ramadhan 1432 Hijrah , marilah kita mengenali  Al Quran Riwayat Syu'bah



Kerajaan Brunei Darussalam telah lama mencetak Al Quran Riwayat Syu'bah dan telah dibaca oleh rakyat Brunei dengan meluasnya. Saya harap suatu hari nanti orang Malaysia akan terdedah dengan Mushaf Riwayat Syu'bah dan dibaca dengan meluasnya kerana Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama iaitu 'Asim An-Najjud .




Contoh muka dalam Mushaf Syu'bah yang dicetak oleh Kerajaan Brunei


Oleh kerana kedua-dua Rawi iaitu Syu'bah dan Hafs adalah dari Imam yang sama, maka keseluruhan bacaan kedua-duanya adalah hampir sama . Hanya ada beberapa khilaf  dari segi Usul Qiraat ( telah dibentangkan di posting yang lalu ). Kali ini saya hanya mengemukakan aspek Farsy Huruf sebagai panduan . 

Saya akan perturunkan perbezaan Farsy Huruf antara bacaan Syu'bah dan Hafs mengikut surah demi surah seperti yang terkandung dalam kitab:
 Riwayat Syu'bah  Bin 'Ayyasy
 Usul Dan Farsy Qiraat
 Asim Bin Abi An- Najjud Al- Kufi
 Dari Toriq Asy-Syatibi & Al-Jazari

Di susun oleh Ustaz Mohd Rahim bin Jusoh



Contoh perbezaan Farsy Huruf :

Surah Al  Anbiya ayat 88 dan 89

                                    وزكرئا - وزكرئاء 

Lihat perbezaan perkataan yang bergaris merah dalam Al Quran Mushaf Syu'bah dibaca dengan hamzah jadi mad wajib iaitu Zakariyaaaa' -   bandingkan dengan Mushaf Hafs ( yang kita guna pakai pada hari ini ) Zakariyaa  dibaca dengan mad asli  ( tanpa hamzah ).








5 comments:

Unknown said...

Salam...mcmmana sy nk dptkn mushaf syukbah ni...kalau ada sy nk beli satu...019236579

Kerabu Jantung said...


Alaikumussalam Mohd Nazri,

Cuba contact, Dato' Salehuddin Omar pada 012 2209373

mungkin dia ada stock baru Mushaf Syu'bah

motivasi5k said...

Assalamualaikum.Ana memang sedang talaqqi Qiraat Riwayat Syu'bah. Dah lama cari mushaf syu'bah tapi tak dapatla.. Saya memang berhajat betul nak mushaf tu. kamarudin 0122092280.

motivasi5k said...

maaf. hp ana 0132092280 bukan 0122092280.

Kerabu Jantung said...

Alaikumussalam - Dato' Salehuddin Omar kadang-kadang ada mushaf di tempat pengajiannya - Ulung Gemilang Ukay Perdana 1 Ulu Kelang.

Ada alternatif lain kalau belum dapat Mushaf iaitu buku susunan Ustaz Rahim - Qiraat Riwayat Syu'bah yang mengandungi usul qiraat Syu'bah dan Farsy huruf megikut surah demi surah.
Ust Rahim - 0173353371

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...