Friday, August 30, 2013
Pindah Rumah
Pada mulanya saya bersaorangan solat jemaah ( di belah muslimat ) di sebuah surau dalam perjalanan kami ke suatu tempat. Walau pun waktu zohor tapi rasa begitu sepi bersaorangan. Tapi setelah 2 rakaat berlalu, ada seorang jemaah masuk, beliau membawa kerusi dan bersolat duduk di atas kerusi.
Setelah habis solat kami mula sapa menyapa...
Saya memang bersolat di surau ni tiap-tiap hari, sejak berpindah ke sini setahun yang lalu. Hari ni terlambat sikit..
Rupa-rupanya beliau yang pada asalnya tinggal di KL, kini berpindah rumah ke daerah yang baru .
Saya sakit lutut, tak larat turun naik tangga rumah 2 tingkat. Akhirnya saya pindah ke bilik bawah, sesekali bila naik tingkat atas rasa lain macam pulak..seram pun ada, maklumlah dibiarkan kosong tiada penghuni.
Lama kelamaan dia suruh anak perempuan dia cari rumah setingkat di mana-mana kawasan rumah yang berdekatan dengan surau. Pada asalnya dia nak berulang alik, tinggal di rumah baru sekejap, kemudian balik rumah asal. Tapi katanya akhir-akhir ini jarang balik ke rumah di KL..Anak cucu pun tertaya-tanya - malahan pada hari itu anak cucu nak datang beramai-ramai tidur di rumah baru neneknya itu.
Tambahnya lagi..
Elok jugak kita ada banyak rumah, maklumlah saya ada ramai cucu, kadang kala kalau nak privacy, saya datang sini. Saya suka surau ni, dekat rumah dan selesa -masjid yang saya dok pegi di KL tu bertangga , susah saya nak turun naik...
Semasa saya menaip entri ini, bermacam-macam persoalan terlintas di hati saya , adakah beliau itu ke ini, begitu ke begini....tapi apa yang saya nampak dia cukup gembira dan berpuas hati , mungkin dia telah bertemu dengan apa yang dicarinya selama ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin
Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment