Tuesday, August 27, 2013

Pentingkan Diri






 Pernah berlaku dalam masyarakat kita , dek  kerana terlampau sayangkan anak perempuan ibu bapa tak nak melepaskan mereka .Akhirnya 2 orang anak dara mereka tidak dikahwinkan sebab semua yang datang melamar tak cukup sesuai a.k.a. semuanya tak qualified. Ibubapa merasakan merekalah yang dapat memberi segala kesenangan dan kebahagian pada anak-anak mereka. Akhirnya apabila ibubapa mati tinggallah 2 dara tua jadi penunggu rumah pesaka.

Ramai jugak ibubapa yang selfish , mementingkan diri mereka saja  - takut kalau anak dara kahwin mereka akan kehilangan anak atau mereka akan kesunyian untuk menghadapi hari tua. Kalau anak gadis tak kawin sudah tentu boleh menjaga mereka sepenuh masa. Sebenarnya mereka bukan sayangkan anak tapi sayangkan diri mereka sendiri . Mereka tak pernah fikir apa akan jadi pada anak perempuan mereka bila mereka tiada - tidak fikir kebahagian anak-anak, tak faham naluri manusia yang ingin mendirikan rumahtangga dan punya keluarga sendiri.

Tapi saya salute pada sebuah keluarga ni, yang mempunyai ramai anak gadis - setelah mereka habis belajar dan mendapat pekerjaan tetap  ibubapa  mula bertanya anak gadis samada sudah ada pilihan hati. Kalau tiada mereka berusaha untuk menjodohkan anak-anak gadis mereka!

Saya doakan semoga keluarga ini mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat - aamin!!


2 comments:

sho said...

Faham sangat

Kerabu Jantung said...


orang-orang muda mudah faham, orang tua pulak susah nak nampak...

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...