Friday, December 20, 2013

Masakan Orang Rompin!




Antara masakan paling kerap mak masak masa kecik-kecik dulu ialah...........


Ikan Singgang!     








 Ramai orang tak suka ikan singgang sebab plain sangat dan ada yang kata ikan singgang masakan orang malas, macam minum air sejuk je. Tapi saya suka sebab dari kecik dok makan nasi lauk ikan singgang! Ia macam sup herba....

Nak masak pun mudah :

Kepala atau isi ikan tenggiri
Lengkuas beberapa keping
Kunyit hidup beberapa keping
Bawang putih 2 biji - dibelah dua
Asam keping 2
Garam, serbuk perasa ( optional ), cili padi

Semua bahan rebus naik sekali - bila mendidih kuah baru masukkan ikan.

Hidangan sampingan - budu atau sambal belacan . Kalau tak makan budu atau sambal belacan picit  cili api bagi kuah pedas .

Kuah  ikan singgang  takde minyak, takde santan , hanya air semata- mata yang berperisa lengkuas, kunyit dan bawang putih!  Sesuai dengan orang yang banyak lemak........

2 comments:

Anonymous said...

Hari hari makan singgang pun tidak mengapa bagi saya.. Lauk ni ringkas dan 'ringan' pula pada perut dengan syarat jgn makan nasi banyak. Tapi tulah yg selalu terjadi bila makan berlaukkan singgang....hih...U Haikal

Kerabu Jantung said...


Memang betul, kadang kala tak sedar pegi dok tambah nasi..konon tambah sikit je, tapi kalau dah 3 kali sikit, jadi 1 banyak.....

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin

Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bert...