Friday, May 3, 2019

Lanjut Beach And Golf Resort....


...in Kuala Rompin..

Walaupun Lanjut Resort dah berpuluh tahun ujud di Kuala Rompin, tapi saya dan ahli keluarga tak pernah menjenguk...sebab takde sebab nak pegi situ. Kita tak main golf dan tak perlu tidur situ maklumlah balik kampung ada rumah mak...



Kali ni kami bermalam di resort sebab pakat- pakat nak rasa jadi macam tourist kat kampung sendiri...emak pun dah takde jadi bolehlah rewang- rewang- sikit



Boleh pegi ngopi-ngopi sambil sembang panjaannnggg sampai lewat tengah malam..



Ada pertunjukan main bunga api di tepi kolam mandi pada malam hujung minggu..



Makan malam di kawasan gerai yang jauh sikit dari hotel. Ada banyak gerai makan sepanjang jalan utama sebelum masuk Lanjut Resort. Gerai- gerai di sini menjadi tumpuan pelancong yang gemar makan udang galah..
Harga hidangan paling munasabah...tidak terlalu mahal..


Paling menarik hati ialah pemandangan di tepi pantai Lanjut di waktu pagi bila matahari mula naik...



Gambar golf course tak berani tunjuk sebab musim kemarau yang kuat menyebabkan rumput sedikit kuning....


2 comments:

ngasobahseliman said...

Assalam Sis. Alhamdulillah Allah masih beri kederat melancung walaupun dekat dengan rumah. My husband and I plan nak "melancung" kat hotel mewah berdekatan. Tujuan nak tukar angin tapi tak mampu drive ke mana-mana. Jadi nak suruh anak hantar ke hotel tidur 2 mlm ke just nak tukar selera makan kat hotel pulak. Macam ketagih sebab dah kurang kederat sekarang.
Apa pun alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk meneruskan kehidupan semoga kali ini dapat lebih teratur dari segi KehendakNya. Sama-sama doa untuk umur yang lebih bermunafaat di-sisiNya.
Selamat berpuasa. Maaf zahir batin.
Ramadhan Kareem.....

Kerabu Jantung said...

Wassalam Sis..lama tak bersua,
Bagus tu, rihat- rihat tukar angin.
Semoga Allah kurnia pana kita kesihatan yang baik, hidup yang bahagia..
Selamat berpuasa...

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...