Thursday, May 23, 2019

Cabaran Solat Tarawih


Banyak jugak cabaran di bulan Ramadhan terutamanya bila pergi bersolat tarawih...

Bila imam surau dekat rumah baca surah lazim yang pendek-pendek...ah tak bestlah baca surah pendek je...

Esoknya pergi ke surau atau masjid lain yang imam Tarawih baca surah panjang...baru sedap dengar....

Bacaan tok imam dah sedap tapi bunyi bacaan bergaung sehingga tak jelas didengar..adui spoil sungguh...
Mikrofon tu kena servis betul- betul!

Ok esok pergi masjid lain pulak..oih..sedapnya bacaan imam, tapi baca 3 ayat je pada satu rakaat, alamak..tak puas dengar...pendek sangat bacaan tu...

Pergi pulak kat masjid yang satu ni, imam solat orang Arab..hah ni baru betul...tok imam baca satu juz satu malam.
Masuk rakaat pertama bukan main khusyuk dengar bacaan AlQuran..tapi tunggu punya tunggu tak sujud- sujud lagi - rupanya tok imam baca satu muka setengah satu rakaat. Mercik peluh jantan di dahi...

Akhirnya balik semula solat di surau dekat rumah. Ok jugak, baca surah pendek cepat habis. Tak lama sangat tunggu. Pukul 9.30 dah solat witir....

Begitulah adanya...nak menyampaikan satu bulan puasa macam- macam cabaran.


2 comments:

ngasobahseliman said...

Lucu lah you ni Sis. mana boleh puas semua. I pergi surau dekat sahaja. Masjid jauh. Solat 8 rakaat. Bacaan sedap dan sederhana panjang. Jam 10 bolih balik. Tapi I tak berapa sihat. Maka solat juga di rumah......ikut kemampuan. Kita buat sahaja sikit atau banyak dengan kesungguhan. Semoga Allah terima sebagai amal soleh, terampun dosa-dosa dan mendapat limpah Rahmatnya yang tidak terhingga dan mebuat hidup kita sejahtera di sisiNYA dunia akhirat. Salam.Semoga Allah kurnia malam LailatulQadr.

Kerabu Jantung said...

Wassalam Sis, I saja buat cerita kelakar yang real . Bila dah berumur ni dah jarang tukar masjid/ surau , tak brapa sempat nak kejar sana sini...walaupun ada masjid yang berdekatan..

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...