Sunday, July 29, 2012

Tahniah Wanita Shah Alam



Seorang ustaz ( dalam majlis tazkirah Ramadahan ) bagi pendapat , katanya ramai ustaz suka memberi pendapat sendiri dalam masalah hukum agama Islam . Bila ada soalan diajukan depa dok kata.....mengikut pendapat saya........Katanya jangan bagi pendapat sendiri, sebaliknya berilah pendapat mengikut nas.

Ustaz -ustaz sekarang perlu banyak membaca, banyak menimba ilmu dan jangan berhenti menuntut ilmu. Katanya, kalau mengajar di tempat-tempat seperti  Shah Alam dan yang seangkatan dengannya misalnya , jangan diambil mudah dengan makcik-makcik yang hadir tu - ramai dari mereka yang menuntut, bertalaqqi kitab ada yang sampai 30 orang guru ( dah lama belajar dah ramai guru ) . Jadi  kalau ada pendakwah yang katam beberapa kitab je tu, janganlah mengajar sambil lewa melainkan terus terusan kena mendalami ilmu.

Pernah berlaku di sebuah surau, penganjur  memberi tahu penceramah .....Ustaz...janganlah mengajar apa yang ada dalam kitab tu aje, ustaz kena tambah-tambah lagi dari sumber-sumber lain . Kalau bagi contoh jangan cerita fasal kawan-kawan ustaz aje, berilah contoh tentang sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

 Alhamdulillah Ustaz tu berfikiran positif.......
Kak, terima kasih kak beritahu, insyaAllah saya akan bagi yang terbaik pada masa-masa akan datang!

Ada jugak ustaz yang pandang lekeh pada jemaah, maklumlah yang dok barisan depan tu ramai yang dah menopause . Kadang-kadang bila ustaz nak tanya  main rambang je....haa.. yang bertudung hijau tu.....ya... yang bertudung hitam tu......yang akhirnya membawa kemarahan jemaah.

Makcik-makcik dan tok cik-tok cik tu pun dah banyak berguru jugak adanya......

WaLlahu a'lam.



Friday, July 27, 2012

Perihal Bersahur




Buka puasa takde masalah, perut tengah lapar apa saja yang ada depan mata sedap - tak sempat nak komplen lagi dah! Masalah timbul masa bangun sahur - mata mengantuk kadang-kadang takde selera nak makan, terutamanya kanak-kanak. Macam-macam mak depa menggayakan makanan nak bagi anak makan lebih sikit supaya tak lemah esok hari.

Ada sesetengah kawan-kawan sangat beruntung sebab waktu sahur jadi macam waktu breakfast - makan dua keping roti dengan telur atau jem atau butter dengan se mug milo atau nescafe atau teh dah memadai. Bagus macam tu, tak pening kepala memikir nak masak apa waktu sahur!

Ada juga orang yang bersahur makan macam lunch. Inilah yang buat  banyak koje, maklumlah nak kena bangun lebih awal nak masak hidangan lengkap macam lunch di subuh yang gelap gelita tuh!

Ada yang bernasib baik tok laki boleh makan apa saja leftovers waktu berbuka puasa. Ramai juga yang nak makan semua yang baru dimasak...... Haru jugak tiap-tiap malam dok cerrr,cerrr goring ikan masin dan tong tang tong tang tumbuk sambal belacan.

As for me husben tak kisah apa saja yang I hidangkan  dia makan je - tak taulah , mungkin :

a . I pandai masak
b.  dah mangli ( Kedah speak tu! ) dengan masakan I
c.  malas nak buat balah dengan bini

Suami yang suka buat balah dengan bini tu jaga-jaga sikit ye! Bulan Ramadhan ni baik bertaubat nasuha - jangan dok buat naya kat bini hangpa! If you want to fight - pick someone your own size !

Ladies, don't let yourselves being bullied by anybody ! Pi belajaq silat ,  kuntau , fencing , boxing Siam ke apa-apa lagi yang patut.....for self defence!



Monday, July 23, 2012

Bertadarus Di Bulan Mulia



Bertadarus ramai-ramai kat surau atau masjid atau di rumah adalah digalakkan . Baca AlQuran dapat ganjaran pahala terutamanya di bulan Ramadan.

Macam-macam cara bertadarus, ada yang baca berkumpulan - setiap kumpulan ambil beberapa juzu' dibaca bergilir-gilir . Lagi banyak kumpulan lagi cepat katam .

Ada juga kumpulan yang besar 10-15 orang, baca sorang-sorang bergilir-gilir - akan mengambil masa 2 minggu atau lebih sikit untuk katam Al Quran  . Kumpulan yang baca laju cepat katam, kumpulan yang baca lambat, cermat dan membetulkan kesalahan bacaan mengambil masa lama sikit.

Ada Ustaz yang mengatakan kalau belum lancar baca tak perlu bertadarus, kena utamakan belajar dulu iaitu bertalaqqi  dengan berguru. Tapi tak dapatlah sesiapa menyekat orang tak mahir mengaji hadir bertadarus. Di situ orang yang mahir akan membetulkan bacaan mereka yang kurang mahir. Kadang-kadang ini menyebabkan  mereka yang mahir membaca AlQuran kurang senang kerana mengganggu kelancaran majlis. Inilah sebabnya kadang-kadang berlaku kecil mengecil hati dalam pada bertadarus tuh! Ada yang merajuk terus tak nak datang dah......

Saya rasa cara bertadarus yang disiarkan di tv sungguh baik dijadikan panduan - bacaan yang baik dan ada seorang yang menyemak dan membetulkan kesalahan bacaan dan tajwid. Cara ini mungkin lambat sangat, ramai yang tak dapat lakukan tadarus di masjid dan surau sepanjang bulan puasa. Yang kerap dilakukan ialah target boleh katam dalam masa 2 minggu . Lepas 2 minggu surirumah mula nak menumpukan pada hal-hal rumah dan persediaan hari raya!


Friday, July 20, 2012

Happy 26th Year.......Of Friendship!






Ramadhan Al Mubarak




Mula bertemu di suatu pagi bulan Ramadan  tahun 1986 di sebuah mini market di Kubang Kerian ( masa tu kami baru saja pindah ke KB ). Anak bongsunya Hazooka yang pada masa tu baru berumur 4 tahun berlari-lari dalam mini market  hingga hampir terlanggar saya. Dia pun meminta maaf dan perkenalkan dirinya dan saya pun perkenalkan diri saya .

Pada kali kedua kami bertembung pula di kedai Bata , juga dalam bulan puasa tu. Kali ini kami  bawak anak-anak  beli kasut raya . Bersembang panjang dan memperkenalkan anak-anak masing-masing. Habibti ada 3 anak and I ada 4 anak.

Pada bulan puasa itu jugak pada kali ketiganya kami bertemu di supermarket Pantai Timur ( the one and only pada masa tu ) . Apabila I hulur tangan nak ambik ayam dalam freezer tiba-tiba ada tangan lain yang juga nak ambil ayam tu.Tanpa kami sedari rupa-rupanya masing-masing nak beli ayam ( tak pandang kiri kanan dah ) tengok kat ayam yang tinggal sekor tu je !  Kemudian  kami berpandangan - lalu tergelak besar . Sampai sekarang dia masih dok kata I yang  bagi chance dia ambil ayam tu dan I pulak  ingat dia yang bagi  I ambik ayam tu...  dua-dua dah lupa!

MasyaAllah....I think Allah wants us to become friends..... let us be friends.  Hari raya ni sila datang  rumah saya  ( Habibti dapat pahala banyak sebab dia memulakan dulu! ).

 Di hari raya itu kami pun ziarah menziarahi mempereratkan silaturrahim dan persahabatan pun bermula dari situ... . Alhamdulillah! Rupanya sahabat adalah pemberian Allah. Setiap pemberian haruslah disyukuri dan persahabatan harus dipelihara selama-lamanya.

Begitulah yang dicatatkan dalam sejarah pertemuan kami sehingga ke dua-dua keluarga jadi family friends yang kekal hingga kini - dah masuk 26 kali bulan puasa. MasyaAllah, MasyaAllah, MasyaAllah...




Habibti recuperating in a hospital--------syafahallah!




Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan Dekat Dah !.............2














Sambungan  usul Hafs An Asim dari Toriq Assyatibi




11.   Surah Yusuf : 11 -  kalimah la ta'manna - boleh pilih antara  3 wajah/cara bacaan

          2 wajah baca isymam dan 1 wajah baca dengan raum

          Isymam -  muncung 2 bibir ke depan 1/2  huruf pada baris domah ( baris depan ) dengan  dengung

          Raum -  melemahkan suara semasa waqaf - bunyi 1/3 bagi baris domah dan baris bawah sahaja tanpa dengung

  ( hanya satu kalimah  dalam Al Quran )



12.  Surah AlFurqan :  69 -  kalimah  fiihi muhanan  - kalimah  fiihi dibaca dengan mad silahqasirah ( 2 harkat ) sedangkan dari hukum tajwidnya ia seharusnya dibaca dengan satu harkat  - fihi   ( hanya satu tempat  dalam AlQuran )



 


 13.  Surah Ali Imran : 1 , 2  -  kalau nak wasalkan ayat 1 dan 2  -  huruf mim pada asalnya mad lazim jadi mad asli -  jadi alif lam mimuLlah












14.  Surah Yasin :  1 , 2 - kalau nak wasalkan ayat 1 dan 2 - huruf  ya sin wajib diizharkan nun sebab ia izhar mutlaq

 

 



 15.  Surah AlQalam : 1  - kalau wasal nun diizharkan sebab ia izhar mutlaq ( sama seperti yasin )







16.  Surah Maryam : 1  -

         baca  huruf  kaf  6 harkat
                              ha   2 harkat
                              ya    2 harkat
                              ain   4 atau 6 harkat ( huruf lin )
                              sod   6 harkat



17.  Surah Al An'am  :  143 dan 144  ( dua tempat dalam AlQuran ) - kalimah  qul azzakarain - baca 6 harkat atau baca tashil









18.  Surah AnNaml :   59 - kalimah AAllah







       Surah Yunus     :    51 - kalimah aal aaana








      Kedua-dua kalimah  di atas -  AAllah dan Al aana  dibaca dengan 6 harkat atau dibaca dengan tashil.


Sekian.     WalLahu A'lam

Monday, July 16, 2012

Ramadhan Dekat Dah ! ..............1












Bersiap sedia  menunggu Ramadan ........

 Khas untuk puak gerabak saya  kat kampung yang nak bertadarus di bulan puasa  ni -  kena ambil perhatian bila baca Al Quran tu ,  jangan main redah je!
 ( Mek Jarah,  mu doh gi talaqqi  dengan tok guru Quran di masjid tuh? )

*******************************************************



RIWAYAT HAFS DARI TORIQ ASSHATIBI

Kita di Malaysia ini membaca Al Quran  mengikut cara bacaan Hafs.

Ada 18 perkara khas dalam bacaan  riwayat  Hafs an'Asim dari Thoriq Assyatibi yang berbeza
( dan yang sama ) dengan bacaan Imam- Imam yang lain dalam Qiraat 10.


1.      Surah Fussilat :  44 -   Kalimah  aa'jamiuun  -  dibaca  dengan Tashil
 ( hanya satu tempat sahaja yang ada bacaan tashil  dalam Al Quran ).












2.      Surah Hud  :  31-     Kalimah  majreha  - dibaca dengan Imalah
 ( hanya satu tempat sahaja yang dibaca dengan Imalah dalam Al Quran )






3.      Surah  ArRum :  54 -   Kalimah dha'fin ( ada 2 tempat dalam ayat ini )
 boleh juga dibaca dengan dhu'fun ( ada dua wajah bacaan ) -  hanya kalimah dalam ayat ini sahaja yang boleh tukar baris .











4.      Surah AlBaqarah : 245 -   Kalimah wayabsuthu -  wajib dibaca dengan huruf sin ( bukan huruf sod )











5.      Surah AlA'raf : 69  - Kalimah  basthoh -  wajib dibaca dengan   huruf sin ( bukan sod )











   

6.      Surah  AtThur : 37    - Kalimah almusoithirun -  boleh baca  dengan sin atau sod   tapi  sod lebih masyur bacaannya








7.       Surah Al Insan / Al Dahr : 4 - Kalimah salasila - bila wasal  baca 1 harkat iaitu salasila , bila waqaf dibaca  2  harkat iaitu salasilaa







8.      Surah    AnNaml   :  36 -    Kalimah  aataniya  -  bila wakaf  ada  2 wajah :

                      1. aaataani                                  2. aaataaan  ( 6 harkat )









9.   Surah al Hujurat  :  11 -    Kalimah bi'sal ismu -  Huruf mati iaitu lam  bertemu hamzah wasal - lam mati itu diberi baris bawah ( baris mendatang )  -  bacaannya jadi bi'salismu  ( hanya satu tempat yang dibaca dengan naqal dalam al Quran )






10. Surah Yunus : 87 - kalimah  ' bimisro ' bila waqaf - huruf ro' boleh dibaca tebal atau pun nipis, bacaan tebal lebih utama sebab ro' baris atas.












Ambillah  bacaan secara berTalaqqi dengan berguru

ps. Sumber dari nota Tajwid 1

Saturday, July 14, 2012

Boss Oh Boss.......2




Ada lagi satu cerita boss yang pencen aka yang telah hilang kuasa - rupa-rupanya ramai di antara mereka tu yang tak boleh terima hakikat bahawa mereka dah hilang kuasa. Ada yang jadi murung, ada yang jatuh sakit , ada yang terpaksa jumpa psikiatris  dan ada yang macam-macam jadinya.....

Bayangkan masa berkedudukan / berkuasa, mereka jadi tumpuan , dihormati dan disegani - ada ramai yang sanggup buat apa saja  - pendek  kata hidup selesa dan mewah dan sentiasa menjadi tumpuan orang -  tiba-tiba semua lenyap dari mata......tak ke haru!

Betapa terkejutnya mereka ( yang fikir kuasa yang ada boleh bawak sampai mati ) apabila orang-orang yang dulunya bukan main rapat rupa-rupanya dah pegi kipas orang yang baru naik pulak !  X- boss mulalah dok mengungkit - dulu dorang tu  - itu, ini , begitu, begini kalau I tak tolong..... dengan kata lain nak kata depa tu tak mengenang budi..... ( eh, jangan mengungkit, depa dah penat tolong angkat beg....)

Ada depa tu kesah?

Dah takde kedudukan......sapa nak malu segan?








Thursday, July 12, 2012

Boss Oh Boss!


Kalau seorang bekas boss besar pergi majlis kenduri kahwin dan ternampak bekas staf tapi ex-staff buat selamba derk je, sama ada ex- staff tu kurang asam atau ex - boss tu tak berapa digemari. Ada jugak pegawai-pegawai masa bertugas bukan main lagi ampu boss, bila boss dah pencen, nampak boss dari jauh, depa dah kona ikut lain - tu lah, boss jangan percaya sangat si pengampu, baik percaya pada orang yang tak pandai  mengampu tapi pandai buat kerja. Angkat si pengampu, macam tulah jadinya, bila boss dah hilang kuasa  depa pun hilang di mata.

Orang yang kuat mengampu memang buruk perangainya dan akan buat apa saja hingga hajatnya tercapai. Kadang kala bawak mulut atau mereka cerita untuk menjatuhkan seseorang dan menaikkan nama sendiri...

Bos yang bengap tu pun kelabu mata - tak de dah nak siasat ke, mintak pendapat ramai ke - akhirnya  mengambil si pengampu sebagai orang penting dalam pejabat, persatuan , parti atau kabinet ......menyebabkan orang-orang yang ada potensi atau yang boleh buat kerja di ketepikan .

Rugi besarlah kalau orang yang tak layak dinaikkan.......


Tuesday, July 10, 2012

BN Sunyi Sepi?



Tak tau nak katalah, ramai golongan muda kata BN tak buat apa-apa  pun lagi, tak macam pembangkang, macam-macam program ada -  banners bersepah-sepah keliling kampung keliling bandar. Gambar pemimpin depa tertera rata ceruk, ceramah jangan dikira -  ramai artis-artis terkenal yang megambil bahagian. Jadi nampak macam gempaq je! Depa dah mula serangan psikologi ----BN don't just wait and see!

So BN, amende ?  pada pru yang lalu gambar calon pada kain rentang bukan main gah lagi , tapi budak-budak muda tu kata who the hell is he? tak kenal pun, takde program apa-apa pun - mungkin buat program sesama dia je, senyap-senyap orang awam tak perasan pun! Patutnya kena jadi macam magician, pling! sana , pling! sini - bagi semua orang kenal muka dan ingat nama, orang nak kenal pasti sama ada calon tu tahan lasak , boleh buat kerja ke tak !

Hok dok nampak bekerja keras dalam tv, hanya Tok Jib dan TS Mahyiddin,  yang lain- lain tu ramai lagi orang kampung tak kenal. Demo dok wat gapo senyap je macam tikus jatuh ke beras!? Atau tak mau buat koje teruk-teruk takut bila keluar senarai calon nama tak lekat !

Tikus jatuh ke beras?....bahaya perumpamaan yang diberi tuh! dia boleh beri makna yang lebih besar - tikus jatuh ke beras ?......oiii........mewah makan  beras seguni senyap-senyap tu......


Di Gombak ramai orang kenal Hassan Ali -  dia  bersungguh-sungguh memperjuangkan whatever he is fighting for, kerap solat Jumaat dengan ahli qariah,  bila bulan puasa masukkan kurma dalam postbox , ambik senarai nama warga mas  dsb yang kecik-kecik yang orang lain ingat tak penting. Kalau Hassan Ali bertanding dengan calon BN yang tak dikenali atau yang turun dengan payung terjun dan tak memperkenalkan diri  pada semua orang.......guess who will get the votes? La ni ramai orang  pilih  calon.......


Sunday, July 8, 2012

Alam Kanak-Kanak .....2



 Di tahun 1960an dan 70an dulu......

Dalam pada kanak-kanak main beramai-ramai, adalah jugak timbul masalah -  pergaduhan dan tak puas hati berlaku, ejek mengejek , kata mengata  dan lain-lain...Kanak-kanak bermacam ragam, ada yang cengenge, ada yang born leader, ada yang jadi ekor je ( pengikut setia yang sanggup terjun parit kalau disuruh . Walhalnya siketua tu tak terjun pun, tukang arah je! )  Ada yang dari kecik tunjuk gedebe, tak boleh salah sikit...

Yang tak tahannya bila anak-anak bermain mak- mak masuk campur. Bila anak balik mengadu, mak pulak yang naik loktang, terus pergi terjah anak orang - marah-marah. Yang kena marah tadi balik pulak mengadu pada maknya, maknya pun pergi serang mak kawan tu. Akhirnya tak bertegur sapalah kedua-dua mak tadi!

Yang bestnya masing-masing mak beritahu anak-anak mereka, jangan berkawan dengan sianu tu - dia jahat, mak dia pun jahat. Dia nampak anak orang lepuk anak dia, masa anak dia lepuk anak orang dia takde kat situ! Selepas dua hari kemudian anak-anak berbaik semula tapi mak tetap bermasam muka!

Bila anak-anak  perempuan lawan netbal, mak dengan mak bergaduh di tepi padang. Anak yang kalah bertanding, mak yang jadi sore loser........kata orang main mengelat, dan yang bestnya tuduh pengadil berat sebelah.....

Dari kecik lagi mak dah ajar anak cara tak betul macam tu, bila anak dah besar takut jugak perangai huduh mak bapak menurun kat anak-anak !

Pendek kata rosak fikiran kanak-kanak kalau orang tua masuk campur bila mereka bermain sesama mereka...

Rumput Asli Vs Rumput Palsu

    Masa menyangkul panas bukan main, bila dah siap turun hujan macam banjir... Hari panas terik, tiada angin dan ditambah dengan jerebu yan...