Monday, July 23, 2012

Bertadarus Di Bulan Mulia



Bertadarus ramai-ramai kat surau atau masjid atau di rumah adalah digalakkan . Baca AlQuran dapat ganjaran pahala terutamanya di bulan Ramadan.

Macam-macam cara bertadarus, ada yang baca berkumpulan - setiap kumpulan ambil beberapa juzu' dibaca bergilir-gilir . Lagi banyak kumpulan lagi cepat katam .

Ada juga kumpulan yang besar 10-15 orang, baca sorang-sorang bergilir-gilir - akan mengambil masa 2 minggu atau lebih sikit untuk katam Al Quran  . Kumpulan yang baca laju cepat katam, kumpulan yang baca lambat, cermat dan membetulkan kesalahan bacaan mengambil masa lama sikit.

Ada Ustaz yang mengatakan kalau belum lancar baca tak perlu bertadarus, kena utamakan belajar dulu iaitu bertalaqqi  dengan berguru. Tapi tak dapatlah sesiapa menyekat orang tak mahir mengaji hadir bertadarus. Di situ orang yang mahir akan membetulkan bacaan mereka yang kurang mahir. Kadang-kadang ini menyebabkan  mereka yang mahir membaca AlQuran kurang senang kerana mengganggu kelancaran majlis. Inilah sebabnya kadang-kadang berlaku kecil mengecil hati dalam pada bertadarus tuh! Ada yang merajuk terus tak nak datang dah......

Saya rasa cara bertadarus yang disiarkan di tv sungguh baik dijadikan panduan - bacaan yang baik dan ada seorang yang menyemak dan membetulkan kesalahan bacaan dan tajwid. Cara ini mungkin lambat sangat, ramai yang tak dapat lakukan tadarus di masjid dan surau sepanjang bulan puasa. Yang kerap dilakukan ialah target boleh katam dalam masa 2 minggu . Lepas 2 minggu surirumah mula nak menumpukan pada hal-hal rumah dan persediaan hari raya!


4 comments:

Mama Amirul said...

Biar tak pandai mengaji tapi ada keinginan untuk mengaji dan belajar mengaji...

Kerabu Jantung said...

Bila dah belajar baru pandai!

WuMing said...

Maaf tentang PENGALAMAN DI MAHKAMAH tadi. Sebenarnya saya tersasul…. Awek dua orang itu bukan keluar MAKAN… Tapi keluar berehat saja… Mereka tak silap… Saya yang tersasul… Dan dah ubah dah Isi entri tuu… Ampun..ampun… Kesian kat mereka yang tak bersalah…Terlalu ghairah nak buat entri… tak semak pula…..

Kerabu Jantung said...

that's ok, orang pencen cepat reason things - anyway perkara utamanya ialah ada orang yang baik hati melayan sapaan orang ,ramai je yang sombong couldn't care less about others terutamanya kalau bukan dari kelompok mereka.

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...