Khas untuk puak gerabak saya kat kampung yang nak bertadarus di bulan puasa ni - kena ambil perhatian bila baca Al Quran tu , jangan main redah je!
( Mek Jarah, mu doh gi talaqqi dengan tok guru Quran di masjid tuh? )
*******************************************************
RIWAYAT HAFS DARI TORIQ ASSHATIBI
Kita di Malaysia ini membaca Al Quran mengikut cara bacaan Hafs.
Ada 18 perkara khas dalam bacaan riwayat Hafs an'Asim dari Thoriq Assyatibi yang berbeza
( dan yang sama ) dengan bacaan Imam- Imam yang lain dalam Qiraat 10.
1. Surah Fussilat : 44 - Kalimah aa'jamiuun - dibaca dengan Tashil
( hanya satu tempat sahaja yang ada bacaan tashil dalam Al Quran ).
2. Surah Hud : 31- Kalimah majreha - dibaca dengan Imalah
( hanya satu tempat sahaja yang dibaca dengan Imalah dalam Al Quran )
3. Surah ArRum : 54 - Kalimah dha'fin ( ada 2 tempat dalam ayat ini )
boleh juga dibaca dengan dhu'fun ( ada dua wajah bacaan ) - hanya kalimah dalam ayat ini sahaja yang boleh tukar baris .

4. Surah AlBaqarah : 245 - Kalimah wayabsuthu - wajib dibaca dengan huruf sin ( bukan huruf sod )


6. Surah AtThur : 37 - Kalimah almusoithirun - boleh baca dengan sin atau sod tapi sod lebih masyur bacaannya


8. Surah AnNaml : 36 - Kalimah aataniya - bila wakaf ada 2 wajah :
1. aaataani 2. aaataaan ( 6 harkat )

9. Surah al Hujurat : 11 - Kalimah bi'sal ismu - Huruf mati iaitu lam bertemu hamzah wasal - lam mati itu diberi baris bawah ( baris mendatang ) - bacaannya jadi bi'salismu ( hanya satu tempat yang dibaca dengan naqal dalam al Quran )

10. Surah Yunus : 87 - kalimah ' bimisro ' bila waqaf - huruf ro' boleh dibaca tebal atau pun nipis, bacaan tebal lebih utama sebab ro' baris atas.

Ambillah bacaan secara berTalaqqi dengan berguru
ps. Sumber dari nota Tajwid 1
No comments:
Post a Comment