Monday, November 12, 2018

Dinner For Two


Tumis bawang besar, masukkan daging cincang dan lain-lain yang kita suka, garam, pepper, tomato puree dan air secukupnya kemudian masukkan beras biarkan hingga kering air. Lepas tu  masukkan ke dalam tomato dan capsicum yang telah dipotong atas dan dibuang isi dalamnya. Rebus dengan sedikit air atau dibakar dalam oven.



Masak kari kambing atau daging lembu atau ayam campur ubi kentang dan buah zaitun. Boleh guna susu cair, susu rendah lemak atau santan untuk kuah.


Bon appetite!

Friday, November 9, 2018

Favorite Corner


Simpan gambar- gambar ni untuk blog header....

Bunga hydrangea ni kegemaran saya - masa kecik dulu sangat teruja dengan bunga warna purple. Pokok yang sama ditanam atas tanah yang berlainan akan mengeluarkan bunga warna pink

Bunga pokok ini bewarna pink dan menjalar, kalau tak kontrol dia akan jadi semak dan berserabut....

Pokok kenanga berbunga sepanjang musim dan berbau wangi.

My doter kata orang tak faham gambar ni, macam ayat yang takde subjek dan predikat. But I love it...

Inilah gambar blog header saya yang pertama - seorang rakan sepengajian dengan saya pernah terserempak dengan blog saya. Rumah you kat mana? Macam dekat- dekat hutan je? I love this corner the most!


Monday, November 5, 2018

93! Tanda Aras Baru...


Tak semua orang boleh hidup sihat, cergas, alert, kuat semangat...semacam Tun M!
Tapi kita ni kena jugak lah jaga diri sendiri jangan sampai berserabai ketika umur mencecah 60th ( dulu masa umur pencen 55 tahun, umur 56 tu dah tua sangat , gigi patah dibiar je rongak....)
Sekarang ni umur 60-70 tahun boleh kira masih muda lagi...

Walaupun dapat pelbagai penyakit orang veteran, jangan dibiarkan saja. Berubat itu penting. Baru- baru ini seorang kenalan tiba-tiba jatuh sakit hampir koma, rupa-rupanya selama ni dia ada darah tinggi, kolesterol dan kencing manis yang dibiarkan melambung naik! Bila dan sembuh dan keluar hospital habis ubat dibuangnya - dah baik buat apa ubat lagi!

Baru- baru ni seorang sahabat terjumpa dengan seorang lelaki yang berumur berjalan terhoyong hayang dengan hanya memakai kain pelikat. Dengan tak terurus, sedih dan marah sebab anak dia suruh berjalan sedangkan dia baru kena stroke - anak dia ( seorang doktor ) tak bagi bapak dia dok terbaring je di rumah.

Beberapa minggu kemudian sahabat saya bertembung lagi dengan lelaki tersebut, sekali ni  bukan main smart, ber t- shirt dan proper seluar dan berkasut, nampak terurus, rambut bergunting rapi. Berjalan pun dah agak steady!

Pendek kata, kita yang membuat diri kita......



Wednesday, October 31, 2018

Makan Apa Pagi Ni?


Suka makan ubi kayu rebus? Makan ubi kayu rebus dengan kelapa muda gaul dengan sedikit gula dan garam. Atau cicah dengan sambal tumis udang atau ikan bilis. Atau makan dengan ikan masin. Minum kopi pekat secawan!


Hari yang yang tak masak kat rumah, pegi beli breakfast kat gerai - boleh pilih , semua ada....Macam biasalah makan pagi dengan beratnya - ketupat cicah dengan sambal kelapa atau nasi dagang lauk gulai ikan tongkol. Pemanis mulut dengan tepung pelita. Kena minum teh takde gula akak oii..., dalam tepung pelita tu dah ada banyak sudu gula...


Sunday, October 28, 2018

Solok Cili Hijau


Cili hijau ini kurang pedas dan sesuai dibuat ' Solok'.
Cili dibelah memanjang


 Isi ikan dan kelapa muda dikisar atau diblend tanpa air, kemudian digaul dengan bawang merah, bawang putih, halia yang dicincang halus dan garam dan sedikit kepala santan masukkan dalam cili yang dibelah memanjang tadi..


 Setelah semua cili yang telah disumbat paste ikan dan kelapa itu, masukkan ke dalam periuk / kuali pengukus dan kukus selama 15-20 minit.

Bolehlah dihidangkan sebagai lauk sampingan. Solok ini selalunya menjadi lauk tambahan untuk nasi kerabu. UI

Ps. Mula makan solok ni masa duduk di Kota Baru pada tahun 1986-1990 dulu. Resepi ni baru pertama kali cuba.
Rasa macam jadi dah - my children like it dan besok nak cuba lagi buat solok timun dan sarak terung.....kalau rajin...



Wednesday, October 24, 2018

From The Drop Box


Tiga bulan berada dalam keadaan kekeringan seakan mati..


Selepas musim sejuk pokok yang seakan mati mengeluarkan pucuk dan daun baru yang segar bugar..


Kemudian keluar bunga...

Kemudian keluar bunga...

Alhamdulillah, di Malaysia pokok berbunga hampir sepanjang tahun...

Saturday, October 20, 2018

Floating Markets



Sangat teruja dengan floating market, saya rakam gambar ni dalam rancangan BBC Earth di Hypp TV.

Saya sangat teringin nak tengok floating market di Bangkok tapi tak sempat. Walaupun kami dibawa ke  floating market di Ayuthia yang dibuat khas untuk pelancong sangat cantik dan menarik tapi saya rasa ingin nak tengok yang asal.

Bila pegi Ho Chi Minh City, saya nampak gambar floating market yang sungguh bewarna warni terpampang di pejabat ajensi pelancongan di kawasan hotel kami menginap.

Kami pun dengan penuh teruja memberitahu Akun our tour guide nak pegi floating market tuh!
Wah....itu floating market tak dak cantik ma..itu dalam gambat punya angkat hali new year punya, colourful cantik, tapi betut- betut punya takle itu macam...
Pendek kata si Akun tu tak nak bawak kitorang pegi, katanya kena gerak dari hotel pukul 1 pagi, sampai floating market dalam pukul 4 pagi, cuaca masih gelap. Aktiviti jual beli bermula seawal 4 pagi dan habis pukul  9 pagi.

Oleh kerana masa pun tak berapa cukup kami pun discouraged dan abaikan saja niat kami.....

Nasib baik dah naik sampan di anak Sungai Mekong, boleh bayangkan macam mana the hustle and bustle of floating markets tuh!



Wednesday, October 17, 2018

Tambah Lebih Perasa?


Ramai jugak orang kita yang tak menggunakan serbuk perasa dalam makanan sebab takut kesan sampingan seperti rambut cepat beruban, mengalami masalah pernafasan atau menyebabkan alergi dan lain- lain lagi...

Baru- baru ni H bukak cerita dia takut nak makan masakan maknya, setiap kali makan muka naik merah dan badan berpeluh dan pening. Dia ingat pembantu rumah mak dia yang menghantar makanan tu nak mengenakan dia...
Kemudiannya baru dia dapat tahu rupanya bahana serbuk perasa. Patutlah terlebih sedap makanan tu, mungkin maknya terlebih bubuh!

Ramai jugak suri rumah tak mahu menggunakan serbuk perasa, tapi bila beli makanan di kedai tak dapat dielakkan serbuk perasa tu! Bayangkan makan tomyam takde serbuk perasa - ada yang kata macam minum air paip perasa bawang besar dan serai...

Salah seorang anak sahabat baru dapat kerja jadi sous chef  - masa masak lauk kenduri kahwin dalam kawah besar, dia tanya chef nak bubuh banyak mana gula dalam gulai ( ramai yang guna gula mengganti serbuk perasa )
Chef kata gula apa? Tu hah, bubuh ajinomoto.
Banyak mana chef ?
Bubuh dua tiga senduk besar!

Mak ai! Terkejut badak budak tu! Patutlah semua orang puji masakan sedap , malahan nasi pun sedap, makan gitu saja pun boleh!

Wednesday, October 10, 2018

Berdayung Sampan


Selesai naik ' river cruise ' di Sungai Mekong, kami dibawa ke Pulau Unicorn ( pulau yang terbesar di antara pulau- pulau kecil  àà muara sungai ). Mereka mendayung sepanjang 2 kilometer setiap satu sesi.

Aktiviti bersampan di sungai begitu rancak, setiap sampan ada dua orang pengayuh -kebanyakannya perempuan. Mereka terpaksa mendayung sungguh- sungguh kerana sampan penuh penumpang dan sudah tentu berat muatannya.

Sampan membawa pelancong memenuhi sungai yang sempit, ada yang ke hulu sungai, ada yang ke hilir sungai...


Pendayung sedang berihat sambil menunggu ketibaan kumpulan pelancong seterusnya..

Tempat sampan berlabuh jauh dari kesesakan di tengah- tengah sungai.

Pemandu pelancong tidak membenarkan kami menghulur tangan keluar sampan sebab sungai ada buaya - sungai berlumpur ada buaya katanya. Mungkin dia buat cerita tu takut tangan kami terkepit sampan yang penuh sesak dalam sungai yang kecik tu...
Lagi pulak suasana sibuk penuh sampan dan bunyi bising suara orang, buaya pun pindah rumah!

Monday, October 8, 2018

Makanan Halal Di HCMC!


Banyak tahun dahulu lihat orang Vietnam di Hanoi makan kuayteow  sup  ( pho`  ) dimakan bersama  ulam di gerai tepi jalan, saya punyalah teringin nak makan, tapi apakan daya ianya non halal...


Apabila menonton rancangan international chefs di Vietnam yang mempamerkan cara membuat salad rolls
  berkulit transparent ( yang dibuat dengan tepung beras secara cottage industry dan dijemur sepanjang jalan ) rasa macam boleh buat sendiri
sebab nampak mudah..
Tambahan pulak kulit popia kering  kini dah ada dijual di Malaysia.


Sekali ni dapat peluang makan pho dan salad rolls yang halal di Ho Chi Minh City, saya tak melepaskan peluang - Yep! Lunch and dinner the same menu for me for 3 days! Haha!


Bagi yang nak pergi ke HCMC jangan risau pegi saja ke Malaysia Street ( gelaran yang diberi orang Vietnam ), menginap di salah sebuah deretan hotel yang di hadapannya ada 6 buah restoran halal...berselang seli dengan kedai kain cotton, lace, telekong, jubah, kain tudung dan lain- lain khas untuk tourist dari Malaysia ( top of the list ), Brunei dan Singapore Malays!

Deretan hotel, restoran dan kedai kain di Malaysia Street di HCMC!

Wednesday, October 3, 2018

Paku Pakis


....di kawasan rumah

Masih ingat masa kecik dulu arwah mak suka tanam paku pakis, dibubuh dalam pasu dan di letak dalam rumah, dekat kawasan meja makan.
Mak saya panggil pokok pan. Saya pun sampai besar dok panggil pokok pan jugak...
Bila dah naik sekolah menengah baru tau pokok pan tu ialah ' ferns ' dan ianya ialah paku pakis!

Bila dah pencen seorang sahabat bagi saya sepasu pokok pan, tapi dek kerana tak cakna habis kering pokok sepasu . Mana taknya ....dok harap air hujan je....


Akhirnya saya alih ke atas tanah dan ia terlindung dari pancaran matahari, lama-lama ia tumbuh dengan eloknya dan membiak dengan gembiranya di belakang rumah!

Pendek kata saya dah menebus kesalahan saya mendera dia selama ni...haha!

Sejukkan Mata

Pokok-pokok yang tak menyusahkan tuan  rumah dan pandai berdikari .  Pokok hutan yang mudah tumbuh dan beranak pinak Bunga 3 bulan @ Siti Zu...