Wednesday, June 9, 2010

Cakap-cakap bawah khemah......Tok Wakil, beware......

Topik panas masih lagi berkisar tentang politik ( for the guys ), iaitu bakal-bakal calon pru 13 sepatutnya sudah mula buat field work masing-masing, terutamanya calon BN, maklumlah kerajaan Kedah dah bertukar tangan! Depa kata kalau buat stail macam dulu, dekat nak pilihanraya baru turun padang, mampuih kami tak undi !

Seorang bakal mempertahankan kerusinya calon wakil anak tempatan, dah balik tinggal di kampung, tinggalkan rumah gadang di KL tu. Tiap-tiap hari dia keluar jumpa rakyat, boleh panggil nama asal dia, tak payah panggil nama gelaran.

Pejabatnya beroperasi 24 jam . Pendek kata bersungguh-sungguh menjalankan khidmat pada masyarakat. Dan sungguh-sungguh berjiwa seperti orang-orang lain di kampungnya.

Walaupun ada di kalangan sanak saudara dia bukan penyokong kerajaan, tapi kerana khidmat yang diberi memuaskan, mungkin dia mendapat undi lebih ( atas dasar tali persaudaraan). Best of luck.

No comments:

Zaman Kanak-Kanak....6

  Khalas! Tengok kiri kanan dulu ya.. Masa kecik ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa ...