Wednesday, June 16, 2010

Parlimen Baru Malaysia!

Menarik nafas lega bila baca suratkabo hari ni, kabinet menolak cadangan membina parlimen baru berharga RM800 juta. Sebaliknya dicadangkan Putera Jaya Convention Centre sebagai Parlimen Malaysia yang baru. Nazri said PICC was chosen because it is under utilised--- to quote the NST June 17, 2010.

Satu cadangan yang bijak dan dapat menyelamatkan banyak duit dan mungkin menyelamatkan kerajaan dari ditumbangkan pada Pru akan datang. Pemilihan PICC memang tepat sebab kalau ia tidak digunakan lama-lama ada makhluk lain yang akan menghuninya. Mungkin jadi tempat jin bertendang. Yang mendapat manfaat darinya ialah kontrktor dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan bangunan itu sedangkan faedah pada negara dan rakyat, nil!

Diharapkan kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah bijak supaya kekayaan negara dapat dirasai oleh semua penduduk Malaysia, terutamanya mereka dari golongan pendapatan rendah. Bila depa dengar ratus juta sana , ratus juta sini, putih mata depa.

Entah kenapa bila balik kampung perasaan menjadi lebih sensitif bila melihat ramai sedara mara berhempas pulas to make ends meet. Tok-Tok wakil yang ada , jenguk-jenguklah selalu anak buah mereka. Buat macam Tok Jib, pergi walkabout dengan oghe-oghe kapong! You need them during voting time, right?

Err...... DS Nazri, bagus jugak tak ada permanent seat macam Westminster tu, biar depa tahu tempat duduk yang empuk dan sedap tu bukan untuk tempat mengeram.....

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...