Balik kampung kenduri kawin, seronok berkumpul semua adik baradik sedara mara jauh dan dekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Sambil makan kenduri meraikan pengantin dan memberi sokongan moral pada tuan kenduri, juga dapat beramah mesra antara mereka yang lama tak jumpa.
Dalam pada tu timbul juga sembang-sembang bawah kemah kenduri kawin, ramai yang meluah rasa, ada yang yang menzahirkan kecenderungan politik mereka, pro atau tidak pro gomen. Ramai yang begitu sensitif dengan ura-ura menarik balik pelbagai subsidi kerajaan. Maklumlah di kampung tak ramai yang berjawatan tinggi dan rata-rata menjadi petani atau penjawat awam yang berpangkat rendah.
Mereka berhujah berapi-api mengatakan kenapa kerajaan takut rugi bagi sabsidi pada rakyat ( yang sangat memerlukan ), dok kira tang rugi aje tapi tak cerita tang pendapatan kerajaan yang masuk. Dah nama kerajaan, kenalah tolong rakyat bawahan. Orang gaji ribu-ribu,puluh dan ratus ribu takpelah tak payah peduli fasal sabsidi. Yang lain-lain berjuang nak beri makan anak ( ramai pulak tu! ), makan pakai dan bagi sekolah anak pun tak cukup.
Depa kata syarikat besar dapat untung ratus juta tiap tahun, mana nak ingat kat orang susah.Dok cerita kejayaan depa aje!
Wah, geram sungguh depa tu. Sebut fasal kompeni besar meniaga rugi beribu juta mereka jadi sedih. Mana tak ,pegawai hebat-hebat, gaji besar ,tapi meniaga rugi. Ada juga yang untung tapi sebab jual aset kompeni. Duit bayar hutang, harta makin berkurang. Mereka terkilan, duit ratusan juta yang hangus macam kertas kena bakar tu boleh tolong menaikkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
Maka orang-orang yang pro gomen pun gabuih pungkok terus blah dari kemah itu........
Hoi, mana orang gomen tolong sat bagi penerangan kat orang ramai yang tak puas hati tuh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?
'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...
-
Yeah, orang bukan orang hantu bukan hantu! I often heard this phrase uttered by my late auntie when I was small. This phrase refers to a per...
-
Al Quran yang kita baca sekarang ini adalah Al Quran Rasm Uthmani, lama sebelum ini kita baca Quran yang di cetak di Pulau Pinang atau Singa...
No comments:
Post a Comment