Friday, June 25, 2010

Home Alone

Ram memelihara ibunya yang tua dan uzur dan mata pun dah tak nampak. Bila bertanya kabar dia beritau maknya dah meninggal beberapa bulan dulu. Susah juga pelihara orang tua di bandar ni sebab suami isteri serta anak-anak bekerja. Nasib baik anak dia ramai , 10 orang semuanya boleh pakat-pakat bergilir tengok nenek yang uzur.

Seorang jirannya yang tinggal di tingkat atas mati bersendirian di rumah, sebab waktu siang anak cucu tiada ,mak bapak keluar bekerja dan anak-anak pula bersekolah petang baru balik. Bila balik tengok-tengok ibunya dah .. inna lillahi wainna ilaihi rojiuun..

Sekarang katanya anak-anak takut nak tinggalkan ibu atau bapa yang tua bersendirian di kampung. Anak-anak tak dapat menjenguk selalu. Ram kata salah seorang jiran bawa ibunya yang sangat tua dari kampung konon bertandang ke rumahnya di KL. Sampai masa ibu nak balik dia bohong pada ibunya kata rumah dah roboh kena puting beliung. Si ibu percaya bulat-bulat cakap anaknya langsung dok di KL bersama anaknya.

Menakutkan aje cerita macam ni, tapi ia sungguh berlaku di abad ke 21 ni!

No comments:

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...