Thursday, August 23, 2012

Kuih Tradisional











 Masih ada lagi dodol yang dibungkus secara tradisional, iaitu dalam upih




Teringat masa kecik dulu , dodol begitu istimewa sebab hanya pada hari raya atau kenduri kahwin sahaja orang akan membuat dodol. Di kampung saya tidak semua orang pandai buat dodol, hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran membuatnya ! Nak buat dodol mesti ada kawah besar, beberapa sudip kayu yang panjang dan ahli rumah kena ramai dan gagah perkasa nak mengacau dodol.


Arwah bapa saudara saya berkahwin dengan orang Sungai Dua Negeri Sembilan , setiap kali Raya ( di tahun 1960an ) mereka datang ke rumah mak dengan membawa dodol yang dibungkus dalam upih atau dalam daun kelapa (? ) yang dianyam rapi. Saya masih ingat dodol itu digantung dan boleh tahan berbulan lamanya . Pada masa itu orang Rompin  menyimpan dodol dalam bekas biasa sahaja - jadi bila tengok dodol dalam upih/anyaman , saya sungguh teruja dan merasakan ia sungguh istimewa!

Sekarang ni tak payah tunggu raya , hari-hari boleh makan dodol!

No comments:

Zaman Kanak-Kanak....6

  Khalas! Tengok kiri kanan dulu ya.. Masa kecik ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa ...