Saturday, August 11, 2012

Tazkirah Pendek Yang Panjaaang!



Carian Google: Blue Mosque di Turki



Makmum suka kalau tazkirah 5 minit  itu dijalankan selama 5 minit atau selebih-lebihnya 15 minit, kalau lebih pada tu, makmum akan jadi gelisah . Kalau tazkirah terlalu panjang  makmun akan lari ke tempat lain . Ada jugak masjid yang buat macam-macam pengumuman dan ceramah / tazkirah - yang meleret-leret setiap malam sebelum Tarawih .

Pendek kata nak solat Tarawih tu juga merupakan satu jihad , maklumlah lepas buka puasa, perut berat mata pun berat. Ramai pasangan muda yang terpaksa angkut anak-anak kecil ke masjid dan surau semata-mata kerana nak bersolat Tarawih. Ada yang bijak , depa solat 2 rakaat lepas tu berhenti, pegi dodoi anak atau layan anak yang tengah nakal. Bila anak dah settle, masuk sof dan solat . Lepas tu berhenti lagi.

Mummy yang lain-lain kontrol siket anak hangpa tuh! Kalu anak bueh semacam, jaga anak tu lebih afdal. Kalau nampak anak dah makin tak makan saman rasanya eloklah ibu itu permisi - kena buatTarawih sendiri di rumah je nampak gayanya!


Selamat beribadat di malam-malam 10 Terakhir Ramadhan!


Masjid Xian Zaman Dinasti Tang   ( 685 - 762 )
( Carian Google: Gambar hitam putih yang sungguh klasik! )

No comments:

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...