Monday, August 13, 2012

Nak Raya Dah!





Sibuk dah sekarang ni mengorder kuih Raya! Dah jarang orang buat sendiri kueh raya, sebab macam-macam kuih dah ada di pasaran - pilih nak apa, semua ada, kueh moden, kuih tradisional.
Ketupat rendang pun semua dah ready made. Jadi orang- orang yang berkerjaya taklah kalut nak menghembus-hembus sawang dalam oven ( yang digunakan setahun sekali tuh! )


Walaupun  dah tak ada anak-anak yang nak makan kuih raya ( depa dah ada kuih raya sendiri! ), saya tetap mengorder kuih kegemaran iaitu semperit.


The first to arrive - semperit



Kuih makmur
 Jangan tergelak dengan kuih raya saya - kedua-duanya kueh zaman Jepun! Orang muda tak berapa gemar dengan kuih lama macam ni!








Jangan pandang sebelah mata kat kerepek dan kacang tu, bila orang datang raya depa makan kerepek, kacang dan maruku lebih dari yang lain!


ps.      Alhamdulillah anak-anak masih ingat masa depa kecik dulu, mak buat kuih raya  dan mereka dok tunggu keliling . Bila dah besar dan macam-macam kuih yang comel-comel ada dalam pasaran, mak depa pun perosok oven dalam store, never to be found again!

5 comments:

Deru Ombak said...

Assalam KJ..

Akhirnya panjang kaki melangkah kesini kerana akhirnya khatam juga membaca Al-Quran.

Masa I kecik2 tiap Kali khatam Quran, mak Akan kukus pulut kuning dgn Kari telor.. Sedekah keliling kampung, hantar pisang setandan ke mesjid. Haha nostalgic. Really miss my mom.

Cadang nak mengulangi nostalgia tersebut. Kukus pulut kuning, Kari ayam. Hahah..

Kuih rayaaaa... I pun pakai order. Bangkit santan ngan bangkit kelapa mesti Ada. Cecah kopi sebelum masuk mulut. Ekekekek..

Batang buruk Dari Johor right on the dot. Raya ni my eldest je dpt balik. My second and youngest celebrating with autumn down there. I dah lali mcm ni KJ. Anak2 sedara Dari matahari terbit Dan winter sonata dah sampai dgn selamat.

My eldest siang2 dah mintak rendang daging, rendang ayam, ketupat nasi, ketupat palas, serunding ikan.. Etc etc. You see.. You see! Mana perut nak sumbat tu? Belum lagi nasi bariani gam, laksa johor.. lemang dah mmg wajib Ada.

Hahaha.... Pickup the phone.. Order. X larat dah I nak buat semua tu..

By the way.. Selamat menyambut hari raya. Maaf zahir batin...

zurin a.k.a cengkih said...

agree dgn Sis Kerabu Jantung..kalau time raya kuih2 tu maybe will be the 2nd and the 3rd choice..kerepek will come first

Deru Ombak said...

Saya, kerepek ni x bagi pun x merajok, sebab saya mudah haus bila mkn kerepek.. Apa jenis jajan pun saya x penah mkn. :)

Kerabu Jantung said...

Wassalam D Ombak

Orang lain dah 2 round, I dok terangkak -rangkak nak habiskan bacaan AlQuran - dah katam baca doa sorang-sorang..

Masa kecik memang meriah katam AlQuran, pulut kuning tu yang tak boleh lupa - sungguh nostalgic!

Rumah kita dah jadi 'kampung' - anak cucu balik beraya...

Selamat menyambut hari Raya to you too, dan maaf zahir batin, semoga dapat bertemu di alam nyata! Dok bertemu di alam maya ni, macam orang berkasih dalam gelap....haha!

Kerabu Jantung said...

Dear Zurin - the best of all is rempeyek - kalau ada banyak mana pun tak cukup!lagi pulak boleh simpan lama.

I suka your entry about the wedding tu!

Selamat menyambut hari Raya dan semoga bergembira di samping keluarga!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...